si comel nak bercerita... tapi karang2 dulu (*_^)
In mengenali seorang hamba Allah ini. Dia seorang yang sangat setia. Dan harapannya hanya disandarkan pada Allah sahaja. Dalam diam-diam, tidak seorang pun yang tahu dia telah mempunyai teman istimewa dalam hidupnya. Pabila setiap kali ada jejaka yang cuba mendekatinya, dia akan tolak mentah-mentah dan tidak akan melayan langsung. Walaupun ada seorang jejaka yang amat meminatinya sejak di bangku sekolah menengah lagi. Sahabat ini tetap menolak jejaka tersebut.
Tetapi tidak seorang pun yang tahu kenapa sahabat ini menolak perkenalan dengan lelaki-lelaki lain. Sampailah satu saat, rakan biliknya terhidu akan sikapnya. Rakan biliknya terbaca mesej di paparan screen handphone sahabat ini. Dan barulah rakannya tahu bahawa hati si dia telah di miliki. Dan sejak itu, rakan-rakannya yang lain juga akur andai die masih menolak perkenalan dengan mana-mana jejaka yang hendak berkenalan dengannya.
Sahabat ini sangat mementingkan syariat Islam dan sangat menjaga batas-batas cintanya terhadap manusia. Sampai masanya, suatu ketika sahabat ini terhidu sesuatu yang tidak elok. Walaupun hatinya kecewa, tetapi tidak kelihatan langsung kekecewaan dan kesedihan di raut wajahnya. Sahabat ini redha pada ketentuan ILAHI. Teman istimewanya memutuskan agar membuat haluan masing-masing. Sahabat ini juga akur kerana baginya siapa dia utk memaksa si dia mencintai dan menyayanginya.
Sahabat ini juga berpeluang mengungkap kata-kata dengan calon isteri si dia. Dan sahabat ini yakin, Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui atas segala yang terjadi. Dalam hatinya terdetik;
" Ya Allah, jika dia bukan utkku, jauhkanlah die dari hidupku dan hatiku. sesungguhnya aku yakin bahawa dia akan datang semula dalam hidupku, dan aku harap, pada saat dia datang kembali dalam hidupku, hatiku telah tiada lagi utknya jika dia bukan jodohku".
Sahabat menjalani hari-harinya dengan penuh ketabahan. tidak pernah dikhabarkannya pada seorang jejaka yang telah lama menunggunya sejak di bangku sekolah menengah lagi. Kerana bagi sahabat, tidak adil jika setelah segalanya, baru die menerima jejaka tersebut. Sahabat terus mendiamkan diri sampai pada suatu hari, si jejaka yang meminatinya itu bertanyakan tentang sahabat dengan teman istimewanya dahulu. Pabila sahabat berterus-terang, jejaka itu sangat sedih dan terluka kerana si jejaka sangat mengharap sahabat itu bahagia. Rupanya tidak seperti yang disangkakan.
Sahabat hanya mendiamkan sahaja. Si jejaka tersebut tidak mampu berbuat apa-apa kerana si jejaka tersebut telah terlanjur melamar seorang gadis. Sahabat hanya tersenyum dan mengatakan
"kita tiada jodoh, terimalah dengan redha".
Dan sejak itu sahabat dan si jejaka tersebut mendiamkan diri. masing-masing mendoakan kebahagiaan antara mereka.
Selang beberapa tahun ditinggalkan teman istimewa, tiba-tiba satu panggilan dari number yang tak dikenali menelefon sahabat. Sahabat seakan kenal suara itu. Ya, itu suara teman istimewanya dahulu. Sahabat hanya tersenyum sendirian dan yakin pada doa yang yang sahabat doa satu ketika dahulu. Kerana keyakinannya pada Allah, sahabat menghadapi situasi itu dengan tenang sekali.
Sahabat menjawab panggilan telefon itu dengan seolah-olah tiada apa perkara yang terjadi antara mereka. Sesungguhnya tiada dendam di dalam hati sahabat.
Kerana ketulusan dan layanan baik dari sahabat kepada insan yang pernah menjadi teman istimewanya itu, membuatkan si dia menangis teresak-esak memohon keampunan dari sahabat. Tetapi sahabat dengan tersenyum mengatakan,
"sesungguhnya saya dah lama memaafkan awak, dan saya tidak pernah berdendam dengan awak. Kerana segalanya saya serahkan pada Allah.Saya sentiasa doakan awak bahagia bersama keluarga yang telah awak bina. Jaga isteri awak baik-baik.Dan juga anak".
Si dia terus-terusan menangis dan ingin kembali semula kepada sahabat. Berkat doa dan petunjuk dari Allah, sahabat menolak proposal si dia. Kerana bagi sahabat, sahabat tidak akan meruntuhkan rumahtangga orang lain dan melukakan hati perempuan lain yang bergelar isterinya.
Sejak dari itu, si dia mnghilangkan diri dan meminta maaf atas perlakuannnya yang dahulu.
Sehingga ke hari ini, sahabat masih meneruskan langkahnya yang disusun atur oleh Allah swt. Sahabat redha atas segala yang telah berlaku dalam dirinya. Kerana sahabat amat yakin pada perancangan Allah yang Maha Halus dan penuh hikmah.
*Bagi In, pabila kita yakin pada cinta dan janji Allah, kemana kita pergi, seteruk mana kita dikecewakan, hati tetap akan tenang walaupun pada suatu ketika airmata mengalir juga. Dan ketenangan pasti akan datang setelah itu....