Thursday, December 29, 2011

KALAU JARI JEMARI NI DAH TAKDE....

Tadi in tanye...kalau jari jemari ni dah takde, dah takde dah penulis blog ni kan?...then die jawab, die boleh tulis...sambung cite dalam blog ni. 
Terima kasih  :'(.. 
Nanti...tolong citekan dan sambung tentang tintahati hidup ini ya...Dan segala coretan ini menjadi peneman dan memori buat hidupku di dunia ini utk yang ku sayangi...
Dan buat titipan buat zuriat keturunanku pada yang akan datang nt. Bahawa coretan ini khas buat kamu semua...
Inilah diri ku. Yang suke menulis diari, menulis coretan terindah dan isi hati yang tersurat dan tersirat dalam hidup ni.
Moga Allah memberkati kehidupanku di dunia dan di akhirat kelak.amin
Terima kasih kerana mahu menyambung coretan ini di masa akan datang nanti...
SALAM KASEH SUCI

Tuesday, December 27, 2011

ISTIGHFAR...MEMAKSA REZEKI BERTAMU


suke sangat baca majalah al-islam... emm sebenarnya sebelum- sebelum ni pun Ustaz Mustafa Omar (Lecturer Economic in Quran & Sunnah) pesan, alwez do istighfar kerana ia pembawa rezeki. Ustaz ade juga cerita, macam-macam tentang kelebihan istighfar. Memang sangat menakjubkan. Dan ianya juga ada berlaku di dalam saudaraku juga. Memang kuasa Allah itu amat menakjubkan.
Dan in sendiri pernah laluinya juga. Rezeki Allah itu datang tanpa disangka-sangka. Memang lumrah, sebelum kita dapat apa yang kita nak tu, pasti kita akan diuji. Kalau tak di uji, takdelah dinamakan tak disangka-sangka.
Rezeki itu datang dari pelbagai cara dan jenis. Rezeki bahagia, rezeki dari segi harta, anak, dan macam-macam lagi.
Bile in baca majalah tu, rasa nak baca lagi je...tertarik sangat dengan isi kandungan majalah tu...
Ape-ape pun, selalulah beristighfar, kerana dengan istighfar hati akan tenang, dosa terhapus, dan akan terasa Allah dekat dengan kita walau di mana kita berada dan kite akan sentiasa dapat rasakan yang seseorang sedang lihat dan mendengar luahan hati kita berbisik...^^ I feel it today and want it forever...^^ 

Monday, December 26, 2011

SOMETIMES ALLAH WILL BLOCK THE SUN FOR A WHILE & BRING LIGHTNING & THUNDER. WE'LL CRY LOOKING FOR THE SUN. IN FACT, ALLAH WANTS TO GIVE US THE RAINBOW^^... ♥

Ahamdulillah, semua dah selesai...tak pening kepala dah nak fikir lagi. Tinggal 1 je yang penting, perabot. Ramai sangat umat di sogo... Tapi puas...seluruh tempat di side bawah jalan. Memang fokusnya pun utk tempat di bawah saje. Yang di tingkat atas, nanti-nanti... Sebab tak penting.
Terima kasyi semua^^. Sangat seronok semalam. Dan dah dapat belikan semua.. suke? Alhamdulillah suke... Sangat suke...
Sampai je di rumah nek, semua kepenatan...terlepak semua. Mula-mula tu in tahan juga mata ni....last-last terlelap pulak dalam tengah tengok cite... terlelap jap di sofa...dengan kakak... Penat sangat tapi berbaloi. Wangi lah minyak wangi tu... In asyik bau je.. suke^^.
hari ni nak sambung lagi mencari barang yang belum setle...
Rezeki semakin murah sekarang... Alhamdulillah. Allah memudahkan segala urusan. Alhamdulillah, syukur sangat. Yang tak terhingga.
"Sometimes Allah will block the sun for a while and bring lightning & thunder. We'll cry looking for the sun. In fact, Allah wants to give us the rainbow^^... ♥"
Rasa bersyukur sangat pada Allah... nak termenangis je bile terkenangkan semua... Memang banyak sangat dugaan,. Sangat. Sekarang ni alhamdulillah, sangat bersykur. Ya Allah tetapkan  segalanya kekal abadi hingga akhir zaman. 
Terima kasih ya Allah kerana mendengar doaku... Walau mungkin aku ada mengingkari-MU, namun diKAU tetap memakbulkan doaku. Hanya pada-MU aku meluahkan segala. .. 
Patutlah dulu, memangis banyak, sedih banyak...Rupa-rupanya Allah nak bagi kebahagiaan yang tak terhingga... Kalau tidak kerana sabar, pasti hari ini aku tidak akan begini... Salam sayang buat istikharah cintaku...

Tuesday, December 20, 2011

SANGAT MENGHARGAI

Salam'alaik....
sangat menghargai akan sebuah penghargaan kepadaku.. Allah lebih tahu...Terima kasih kerana memilihku...terima kasih kerana menghargaiku...terima kasih kepada sebuah pertemuan dan terima kasih pada sebuah penerimaan...
Tiada kata utk kulafazkan, hanya untaian kata yang lahir dari hati kecilku ini utkmu yang kuabadikan dalam tintahati ini...Walau ku tahu diriku tak seindah bidadari syurga, tapi akan kutetap menjadi bidadari hatimu disepanjang hayatku. Menjadi peneman utkmu berkorban demi agama, berjuang demi agama dan menjadi Muslim yang sejati. 
Bimbinglah juga daku ke jalan-NYA, jalan yang diredhai... Sentuhan suami yang mithali menghayunkan langkah seorang isteri menuju ke syurga firdausi. 
Dan aku senantiasa berdoa agar aku mati sebagai seorang isteri. Kerana aku mengerti bahawa isteri yang mithali dan solehah adalah tempatnya dan ganjarannya di syurga abadi.. 
Terima kasih pada sebuah penghargaan... Walau bertahun menempuh onak dan duri, dikau tidak pernah jemu memberi semangat dan sokongan buat hatiku yang lemah ini Dikau meniupkan kata-kata semangat bahawa DIA sentiasa mendengar doa kita. Airmata ini selalu gugur bukan kerana tidak bahgia atau sedih, tetapi aku gusar tidak mampu memberi yang terbaik mahupun sebagai hamba-NYA dan sebagai temanmu... Jangan salah anggap pabila aku menitiskan airmata...bukan bermaksud aku lemah, tapi aku luahkan padaNYA...
Terima kasih segalanya... Hari menjelang tiba...Sama-sama kita jadikan diri kita terbaik antara satu sama lain...
mathurat sentiasa bersamaku bersama doa rabitah yang menjadi peneman ku dan juga kamu...

Ya Allah Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini
(orang yang telah dibayangkan tadi) telah berkumpul
kerana MengasihiMu, bertemu untuk mematuhi
(perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat
dan menyokong syari'at Mu, maka eratkanlah Ya Allah
akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati
ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalan-Nya (yang
sebenar). Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya
Rabbani Mu yangtidak kunjung rnalap. Lapangkan hati-hati
ini dengan limpahan iman/keyakinan.


Dan keindahan tawakkal kepadaMU. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat tentangMU.Jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMU.Engkaulah sebaik-baik sandaran & sebaik-baik penolong. 
salam sayang pada yang menghargai....

Saturday, December 17, 2011

BALIK TANGKAK

Hari ni nak balik kampung... tak sabar rasanya.Semntara menunggu , nak tulis ckit kat sini. emm sampai tertido-tido semalam lepas tengok cite Merlin... Makan durian yang sangat banyak.Makan serawa durian yang dibuat oleh kakak sedapnya...memang sangat banyak makan durian..^^
Dan jap lagi nak balik tangkak...seronoknya...macam da lame tak balik. Nak bubur pulut hitam tau mak...hehe..Mesti Alif dah tunggu kat depan pintu rumah nanti bile sampai...cumel la die...hihi...Alif tepon hari tu, nak cakap..Alif panggil Angah...hehe sebelum angah die panggil kaaaaakak...So sweet.. I love u Alif..
Malam ni mamar tito rumah tak ea? Tido la rumah atok ea....Angah balik ni...nt boleh tito same...Emmm rindu angat...Tak sabar nak pulang...

Friday, December 16, 2011

PENGHUJUNG CINTAKU^^

Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini telah ada yang miliki

Tiba diriku dipenghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu

Aku akan menyayangimu
Kukan setia kepadamu
Kukan selalu disisimu seumur hidupmu

Tiba diriku dipenghujung mencari cinta
Hati ini tak lagi sepi
Kini, aku tak sendiri

Aku akan menyayangimu
Kukan setia kepadamu
Kukan selalu disisimu seumur hidupmu

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu

Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu
Seumur hidupmu

Thursday, December 15, 2011

KEBAHAGIAAN

 
Kebahagiaan kita yang cipta...
 
Hari ni dah terbangn dan tersiap awal...siap semua, solat, basuh dan jemur baju, tengok2 jam baru pukul 6.30...Dalam hati berbisik awal lagi ni...emm boleh lah nak coret kat sini sikit... Alhamdulilah sekarang ni segalanya dipermudahkan Allah swt. Rasa seronok, bahagia dan gembira. Syukur pada Allah swt. Terima kasih pada yang telah ditakdirkan Allah utk saye...
Hari berganti hari, bulan berganti bulan...Emm cakap tentang bulan, pada 2 hari lepas nampak bulan cantik sangat. Subhanallah... Nak ambil gambar, tapi mase tu tengah dalam kereta. Tak sempat nak ambil gambar bulan. I want to draw a beautiful picture in my life. Only Allah knows the better...
Thank you Allah for the nice memory... That I never expect the meaningful things in my life now.
Eh, jam dah menunjukkan pukul 6.51am lah, nak kene bersiap semua. Nak gi keje daah, menunaikan ibadah...^^
Moga bertemu kembali...
Hope hari ni lebih baik dari semalam... amin..

Tuesday, December 13, 2011

TASBIH & BANTAL PURPLE


Terima kasyi tasbih dan bantal purple ini...emmm terharu...sangat suke dan sangat hargai... Sentiasa bawa even nak tido.. suke tak terkira...Allah swt sahaja yang tahu.. Terima kasih sangat. Moga Allah swt yang mampu balas. Dan in doakan pahala beroleh utknya juga...Sayang sangat.
Emm nak2 ia warna purple...sangat cantik..really appreciate it...even dah ngantuk nak juga cite kat tintahati ni...sebab ini adalah memory hidup...akan datang nt, boleh in review agi...suke sangat coretkn something sebab nak cite pada zuriat keturunanku dan insan yang kusayangi...salam sayang^^
Dan aku mengetahui bahawa dia adalah pembaca coretanku yang setia... terima kasih buat pembaca...
I like purple, putih dan pink... ^^

Friday, December 9, 2011

NURUL AIN! tanpa keberanian mimpi takkan bermakna^^

^^ Teringat ayat tu...bile ade sorang hamba Allah remind kan balik ayat tu padaku... emmm unik... suke nama dan kata-kata tu... betullah apa yang dikatakan... Hidup ni perlu berani...
Kenapa suke nama nurul ain? sebab ia adalah yang terbaik untukku. emmm ntah, tapi sangat suke nama itu. Dan rasa amat bertuah.
 
emmm  ni lah nurul ain....lebih kurang same tak dengan muke anak buahnya...mamar...


lebih kurang je kan...hihi...
yang penting, saye suke nama nurul ain^^

Tuesday, December 6, 2011

SEMENTARA MENUNGGU


Sementara menunggu di surau ni, nak coretkan something di sini la. Hari ni alhamdulillah, rasa ceria dan seronok, dan bertambah ceria walaupun penat baru balik keje ni. Sementara menunggu ni, macam-macam yang bermain i fikiran. Banyak sangat, tak terkata. Ada perkara yang kite boleh ceritakan dan ada perkara yang kte tak boleh nak ceritakan...sebabnya itu adalah rahsia hati kita bersama Allah swt...^^..
Hanya Allah swt sahaja yang tahu...
Tak sabar rasanya nak balik kampung lagi. Rindu pada semua. Tadi sebelum mula kerja, bos ade sampaikan pesanan yang bermakna buat semua. Yang dirku masih ingat bos cakap, hargai waktu dan masa yang kita ada. Bila kita menghargai, kite takkan berasa kesal di kemudian hari^^. Lame juga pagi tadi bos memberi motivasi pada semua. 
Yakin pada diri dan kemampuan diri....be positive...
Setiap musibah yang datang itu ada hikmahnya yang kesilapan yang lepas kita boleh perbetulkan di masa akan datang. 
Emmm sunyi je surau ni, tenang je. Perut dah berkeroncong dah ni, cacing dah menyanyi-nyanyi da ni, tunggu die jangan sampai memberontak je. Kalau cacing ni memberontak, gastrik la shaye^^... Insya'Allah tak, die baik....hehe...
Dah mengarut da ni...^^ hehe...sorry. gomenasai =(
There is butterfly in my stomach ^^. Sebab sekarang ni terasa gembira dan kene lalui hari-hari mendatang dengan penuh kegembiraan dan keyukuran. Alhamdulillah....Barokatillah

Monday, December 5, 2011

CERIA, HAPPY & ENJOY

Alhamdulillah, ape yang dihajati dimakbulkan. Allah mempermudahkan segala urusan. Seronok, ceria, dan happy sangat. Tak tergambar keceriaannya. Syukur pada Allah swt...

Emm segalanya berlaku dalam sekelip mata. Allah mempermudahkan segala urusan. Alhamdulillah. Tak terkata, segalanya ok. Memang ceri, happy dan enjoy. Takde raasa penat pun. Terima kasih segalanya...
Speechless...
Dan hari ni gi kerja dengan bersemangat. Seperti didorong-dorong utk lebih bersemangat.

Thursday, December 1, 2011

MAMAR^^

ini MAMAR saye...cumel sangat budak nih...habis kene cium dengan mak ngah die ni...Nt tito rumah atok lagi ea bila mak ngah balik^^... kalau mamar nangesh, dekat ibu die, die tamau diam....bile letak je dekat dengan mak ngah die ni, diam terus...terkebil2 diek...hikhik...
hai comel....^^

Tuesday, November 29, 2011

NANGESH :'( & SYURAN

time kasyi ... cantek.. speechless...sebab sangat hargai.

Emm knp nangesh mase in becerita tentang pengalaman berada di waktu operation? In kan masih hidup lagi. Cuma waktu operation je tu 50-50...Tapi segalanya atas keizinan Allah swt kan...emm tanye org nape nangesh, tapi mata ni nangis juga...seperti peluang kedua dihidupkan kembali. Dapat jumpe insan yang ku sayangi.
Emm alhamdulillah Alllah panjangkan umur ni dan kita semua bersama. In tahu, semua sayang in. Terima kasih.Maaf, sebab kalau boleh tak mau org nengok diri ni sakit... 
Jangan nangesh lagi ea....Diri ni masih ada lagi di sini....
Emmm hargailah di waktu diri ini masih wujud di bumi Allah swt ini....
Salam manis dan sayang selalu buat yang menyayangi diri ni....

Dikau hadir
Di kala aku memerlukan seorang teman
Dikau bawa secebis bahagia
Bila aku hampir berputus asa

Kuterima segala

Apa yang diperduga
Dan kini kubersedia
Hadapi hari muka

Kau bawa sinar cahaya

Di hariku yang gelita
Dan dikau hadir tepati waktunya
Membawa tawa ceria

Bila mana kau terima

Hidup ada suka dan duka
Mendung takkan selamanya
Sinar mentari kan menjelang tiba

Monday, November 28, 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433

Selamat menyambut kedatangan tahun baru hijrah...Jangan berpaling kepada yang negative. Yang dh berlalu biarkan ia berlalu. Jalani hari mendatang dengan ceria dan ukiran yang indah.
Hargai setiap detik seperti esok tiada lagi utk kita...
Hidup ni kene selalu ceria dan bersangka baik. Allah kan ade... DIA merancang sesuatu yang terbaik buat kita. Kita akan tahu nanti. Jadi.... sentiasa bersyukur atas segalanya... Kadang-kadang tu memang kita tak dapat nak kawal perasaan kita, kita cuma insan yang lemah. Tapi aku sperlu sentiasa mengingatkan diriku bahawa kekurangan dan kelemahan ku itu adalah amanah Alllah dan keunikan buatku...
Itulah dinamakan hamba-NYA.
Bas pun dah nak jalan ni... nak lambai mak dan ayah kat luar....jumpe lagi mak, ayah...
Salam sayang...
Allah uji sebab Allah sayanghambaNYA. Kata-kata ni selalu terngiang-ngiang dalam telinga...Penyejuk hatiku...Yang pentig...hidup kene ceria^^....
ALLAH TAHU YANG TERBAIK BUAT KITA....

Saturday, November 26, 2011

BALIK KAMPUNG

Sementara nak sampai ke destinasi....luangan masa di sini... tak sabar nak jumpe mak dn ayah...nak jumpe alif...yang sangatlah cume...terima kasih dinner malam tadi....kat Saba Restoran... Sedap^^
Balik kampung ni nak jumpe tok mak dan tok ayah jugak....windu tok mak tok ayah. Macam-macam nak buat.

Nak mamar tto rumah mak la malam ni...hikhik...

sambil2 menaip ni, dengar2 lagu kat blog ni sedap juga...^^
Alhamdulillah segalanya dalam perancangan Allah dan DIA mengizinkan menjadi kenyataan...alhamdulillah...

Thursday, November 24, 2011

WINDUNYE......

Salam'alaik semua.... Maaf sebab lame sangat tak update tintahati kesayangan ni.... windu sangat... dalam beberapa hari mendiamkan diri ni, pelbagai yang dilalui...alhamdulillah...segalanya atas aturan Allah swt... Suke sangat dengar lagu SITI ZULAIKHA~dehearty~sekarang ni... ta tahu nape... suke...terpaut sekejap... sebab saye suke sangat...

Minggu ni nak jumpe mak ayah...windu sangat  dengan mak ayah, alif dan mamar...hihi...walaupun sebuk dengan kije...tapi akan kutetap ade ruang bersama mereka yang tersayang... Macam2. 


TAHNIAH along!!!!!!!!!!! 
sebab dapat berita gumbira....hihi... Along nak dapat baby lagik...mamar kecit lagi.... Tapi tape....mamar dapat adik baruuuuuuuuuuuu....hikhik tapi cube nengok muka mamar ni....hepi ke tidak?
 huhu...
Takpe Mamar...ibu tetap sayang mamar juge...^^...Alif pulak, bile lagi nak dapat adik baruuuuuuuuuuu?ikiki^^
Insya'Allah Along bersalin bulan 7 tahun depan....huhu Along ni...pandai die nak mengelak ea....tape tape....tapi....Along kene juga tolong...NO berkecuali k.....I miss my family so much....Emmm nak nangesh^^..SALAM SAYANG SEMUA

Sunday, October 23, 2011

MOGA AYAH CEPAT SEMBUH...AMIN

ni mamar saye^^^... dah besahar dah...seronok dapat balik jumpe semua. Sementara tunggu mak ayah balik dari kebun, nak makan same, nak coret something kat sini... Moga ayah cepat sembuh.Mak kata ayah sensitif sejak sakit ni. Ayah, kite semua doakan ayah cepat sembuh. Buah hati ayah setiasa ada dengan ayah. Cucu-cucu ayah. ^^ Mereka berdua ni adalah buah hati ayah...


Thursday, October 20, 2011

SAYANG

Malam ni ayah telefon lagik....sebabnya hanya Alif nak cakap dengan mak ngah nya ni..hihi...Angah windu sangat dengan Alif. Mesti Alif dah beshar kan? eeee windu nak jumpe Alif. Hanya dengar kiss Alif je dalam telefon. Cumel sangat.


Alif panggil angah kakak... Macam ni... Ka............kak... Ayah mesti akan call setiap hari... Kalau sehari ayah tak telefon, pasti akan tertanya-tanya nape ayah menyepi jek hari ni. Eh bukan, sebenarnya kalau ayah tak call, pasti In call ayah....dan cakap dengan sume. Walau jauh di mata, tapi seolah-olah dekat di sini.  Dan kami mesti akan call ayah. Time kasih ayah dan mak sebab membuat anak mak dan ayah ni rasa dekat dan faham anak mak ayah ni.

maaaaaaaaaaaaaaaak, ayaaaaaaaaaaaaaaah, kite windu sangat dengan mak dan ayah... emmm...kite nanges bile teringat mak dan ayah...... terima kasih sbb faham kite..... salam sayang mak, ayah.... kite sayang sangat mak dan ayah...airmataku tak mampu ku tahan lagi....

Tuesday, October 18, 2011

PENCUIT HATIKU YANG DIRINDUI....^^ ANGAH WINDU SANGAT

ini lah si comelku yang sangat ku rindui... lame rasanye tak bertemu... buat buah hatu yang tersayang... angah rindu sangat pada ....


Ini dia ALIF kesayangan angah... shuke dengar suara Alif dalam fon... Angah buat message tone hari tuh suara Alif...hihi...cumel sangat... Nak dengar lagi Alif nyanyi lagu "twinkle, twinkle..."Geram dengan budak nih...Tunggu Angah balik tau...
Dan lagi sorang yang sangat cumel ni...hihi...

Saidatul.. Panggilan manja adalah Mamar... Ni lagi sorang budak cumel.... Bahik jek...diam jek bile letak kat lengan...hihi... Suke maen sorang2...Pandai nengok TV... Senang nak jaga....Mamar jangan nakal tawu... Abang Alif ade teman maen2 dengan Mamar...hihi...
Geram... nak cubit pipi diek...hikhik

Ape2 pun angah windu kamu berdua...Salam sayang
Esok birthday Adikku... Ibu Alif... 
SELAMAT HARI LAHIR ADIK....

Sunday, October 16, 2011

TAHNIAH^^


Tahniah kepada sebuah kejayaan.... di sinilah terlakar segala sejarah hidup kita....Kebanggaan ayah bonda dan keluarga juga teman dihatimu


 semua gembira dan tersenyum di hari bersejarah....khusyuk melihat anaknya...
semoga ilmu yang ada, diberkati Allah swt.... Terima kasih juga kepada sebuah pertemuan di sini... Pertemuan yang bermakna dalam hidup, dunia dan akhirat.... 
Yang paling berbangga adalah keluarga yang mengharapkan kejayaan. Hati ini tumpang gembira juga...^^
Tak ada hadiah yang istimewa yang dapat diberikan kerana dirimu mempunyai lebih dari segalanya yang telah dianugerahkan Allah swt.  
TAHNIAH ^^




Sunday, October 2, 2011

SEDETIK

Kita tak tahu bila kita akan mati kan? Emm kadang-kadang pabila teringat mati....takut sangat. Kita pun tak tahu macamane kita akan mati... Sempatkah utkku mengucap 2 kalimah syahadah nanti?

Terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan. Dapatkah kaki kecil ini, langkah kecilku ini memasuki gerbang syurga-MU ya Allah. Emm... ya Allah...Astagfirullah.... Jika suatu hari aku pergi, buat mak dan ayah.... doakan anakmu dipermudahkan di alam sana. Hanya doamu yang daku harapkan. Redhamu yang anakmu ini harapkan....

Maafkan segala kesalahan anakmu ini... Kita tak tahu bila kita akan pergi.... subhanallah... Terima kasih mak dan ayah, dan juga insan yang menjagaku sejak kecil, kerana memberikan diriku didikan yang sempurna...

Terima kasih juga pada yang benar-benar menyayangi diriku..... salam sayang

JALAN-JALAN MELIHAT KEINDAHAN ALAM

Terima kasih....emmm cantik langit... tenangnya air membiru... rahsia hati tak siapa tahu... Hidup ini terlalu banyak persoalan.. Dan pabila jawapan kita dah perolehi.... bersyukur dan sentiasalah mensyukuri nikmat-NYA. Rasa seronok je semalam tengok masjid besar^^.....

Bila hati terusik.... cepat-cepat pujuk. Allah kan ada. Kawan kita. DIA selalu nak berkawan dengan kita. Kite je yang selalu curang...Terima kasih sebab semuanya... Teman gi ambil jubah convo, terasa diri ni nak je lagi sekali convo... Tahniah ya... ^^


Sekali-sekala renung ke langit, melihat betapa agungnya ciptaan Allah swt. Speechless bile melihat dan merenung semula kehidupan. Semuanya dah di aturkan. Jadinya kena selalu bersangka baik dan pujuk hati... Allah kan ada.... Terima kasih pada segalanya...

Tuesday, September 27, 2011

TERIMA KASIH PADA SEBUAH KEHIDUPAN

Ya Allah, aku bersyukur kerana sampai hari ini umurku masih dipanjangkan lagi.
Tak terkata utk kucoretkan di sini. Yang penting aku mengetahui bahawa ENGKAU sentiasa di sisiku di waktu aku sentiasa memerlukan-MU. Terima kasih Ya Allah kerana sentiasa menemani hati kecitku dan diriku yang hina ini.

Allah mentakdirkan sesuatu utk kite berasa sedih atau duka. Emm ape yang boleh diriku pesan buat diriku juga, setiap kejadian pasyi ada hikmahnya yang tersembunyi. Perancangan Allah maha halus.

Monday, August 1, 2011

HARI TERAKHIR DI RISK MANAGEMENT DIVISION, TABUNG HAJI~1 ramadhan

Usai solat zohor tadi....alhamdulillah...saye dapat berita gembira....Terima kasih ya Allah kerana mendengar doaku....Tapi rindu same semua....

rindu same Ummi...(ibu angkat saye&tehah^^)....
banyak mendengar luahan di ofis ni....

rindu pada semua....


ni sewaktu kami bersama ke hospital....dapat jalan-jalan dengan ummi, kak sha, tehah dan haji Azman....

Pic di hari terakhir di sini....nak nangis rase bila melihat semua. Ummi nak nangis.....Saye pun nak nangis, tapi saye tanak org nampak saye sedih. Rindu semua. Pasti rindu sangat2. Allah je yang tahu. tapi mereka gembira dengan berita gembira saye....Terima kasih semua kerana mendoakan saye....
Pastinya saye rindu pada semua.
Teristimewa buat kak sha, kak lia, ummi, tehah, & haji azman...
Salam sayang buat warga Tabung Haji Pengurusan Risiko....
KENANGI DAKU DALAM DOAMU

YA ALLAH, YA ALLAH

Ya Allah, ya Allah.... kenapa lah dengan hati ni...janganlah diikutkan sangat.....Terima kasih buat sahabat yang sudi mendengar luahan hati ni....syukran jazilan....May Allah Bless You.....
Tengok-tengok gambar ni, tenang sikit hati ni












hukhuk.....:'(




Alhamdulillah...dah tenang dah...hari ni hari terakhir saye di sini....Terima kasih ya Allah kerana mendengar doa hamba-Mu yang hina ini....Syukur pada-MU

A GREAT MARRIAGE

RAHSIA HATI


Emmm.... tak tahu ape perasaan hati ini......


Ya Allah...hanya padaMU daku bermohon.
Ku bersimpuh dalam mihrabMU


Jom tengok matahari terbenam....Tenangnya rasa....Subhanallah, cantiknya sangat-sangat. seronok tengok alam yang luas terbentang. rasa hilang dari kesempitan. 

SALAM RAMADHAN

Setiap kali sambut Ramadhan, pasti rasa sebak dan sedih. Dah bertahun tak sambut Ramadhan bersama keluarga tersayang. Melihat keluarga insan lain, rasa sedih sangat. Tak rasa pun bagaimana apa yang mereka rasa. Bile ntah waktunya akan dapat menyambut Ramadhan bersama keluarga tersayang. Walaupun ada yang mngatakan family saye family awak juga, tapi tak sama kan?
Emmm...sedih....tapi apa yang mampu saye buat... Saye redha....

Kadang-kadang terasa down sangat. Banyak sangat kekurangan diri ni. Tak mampu nak puaskan hati semua. Tak mampu nak bantu, nak tolong, nak ringankan beban dan macam-macam lagi. Sometimes, kata-kata memujuk hati, tapi pabila rasa diri ni macam ni, sensitif sangat dalam. Mungkin salah saye. Tak tahu nak menilai. Tapi Allah je yang tahu ape yang tersirat di hati ni..

Kadang-kadang nangis sorang2. Allah je yang tahu. Kadang-kadang nak gi jauh sangat. Sampai dah berjaya dan dapat balas jasa org yang saye sayang, baru saye akan pulang. Pernah terfikir, agaknya kalau saye tak de dah kat dunia ni, mungkin ringan beban semua kan? Sebelum menutup mata, saye nak balas jasa semua. Saye cuba nak berikan yang terbaik buat semua.Tapi sempatkah saye?

Di pagi yang penuh syahdu ini, aku menadah tangan, memohon pertolongan-MU ya Allah.

Friday, July 29, 2011

ALLAH UJI SEBAB ALLAH SAYANG

"Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu."

SAKURA

Terlalu dalam makna SAKURA dalam hidupku. Terselit kenangan dalam sejarah hidupku... Cantik si bunga Sakura. lembut warnanya menyejukkan pandangan mata.

Sukakan ketenangan pabila melihatnya. Di sebalik SAKURA ade memori yang tersimpan. Yang kusimpan rapi dalam tirai hidupku ini....

Wednesday, July 27, 2011

RINDU PADANYA

ALIF


Ya Allah, rindunya pada mereka
MAR...(saidatul)

Dah beshar dah die....cumelnye anak2 buah Cik In ni.... Tak puas main2 ngan Mar....(panngilan manja  Saidatul Mardhiyah), sebab dapat jumpe Mar kejap jek. Tapi puas main2 ngan Alif...Sebab Alif datang rumah atok masa makciknya ni balik....hihi...

Waktu sampai2 je, dukung Alif...eee Alif tutup mata dengan tangan... Alif malu....hikhik...comel sangat.
Makin manja sekarang.

ade satu gelagat Alif yang sangat mencuit hati... Mula-mula Alif duduk kat ruang tamu...ayahku tengah solat kat ruang tengah, Alif jengah kat pintu nak ke tengah, Alif nampak ayah solat, die gelak-gelak....macam ni...(hihik...hihik...) sambil tangan tutup mulut. Rupanya...die nampak ayahku sedang duduk beri'tikaf atas sejadah.
Dengan perlahan-lahan, die jalan...die duduk atas tikar sejadah ayah.... nengok ni....

ni la Alif...nakal sangat....kacau ayahku solat. Alif manje sangat dengan atoknya ini...pantang nengok...mesti nak berkepit je....ayah pun geram..
 
ayah main ngan Alif usai memohon pada ALLAH swt....
Alif suke sangat sejadah.. Pantang nampak sejadah terbentang... mesti nak berdiri atas tu atau duduk....Alif, alif....

Malamnya pulak...mak, ayah dan diriku ke rumah Along...Saje jalan2 negok Along dan Mar...hihi..Mar dah beshar...
ni, nak pegang botol susu sendiri...tak padan yang kenit...hehe
mata cepet...ikut shape tuh? hihi...ikut ayahku lah....ade juga cucu ayah ikut ayah...hihi

Alahai...nak tito ya.... comelnye....
CIK IN kamu ini sayang sangat kamu berdua....
Salam sayang buat anak-anak kecilku...hihi...
Mak ayah sangat seronok dikurniakan sepasang cucu...Alhamdulillah





SELAMA MENYEPI



Kadang-kadang tak tahu ape yang difikirkan....tak sihat sangat...penat, letih....banyak keje?Banyak juga, tapi buat aje....Banyak cerita yang terlakar....

memikirkan masa depan....pakah yang bakal dilalui.... Risau orang yang disayangi sakit...tapi saye pun tak sihat....^^. kenelah cucuk ambil darah di hospital..emm....Kifarah....



Dalam memikirkan.....ade yang sudi menemani....



Kite same-same tengok keindahan alam....jalan-jalan tepi tasik sambil menyihatkan badan....seronok dan tenang menghayati keindahan alam. tak dapat tengok matahari terbenam, dapat lah juga tengok matahari nak meninggi....terima kasyi....^^

Berehat utk recover yang tak sihat... Dan alhamdulillah beransur pulih...Moga cepat sembuh ya...syafakillah....

Thursday, June 30, 2011

CERIA ~ SENYUM^^


Hidup ini terlalu singkat utk kite melakar kesedihan. Jadinya, kite perlulah ceria dan gembira selalu. Senyum selalu. Senyum itu mudah, tapi tak semua anggap ia mudah. Kan?^^....

Senyum seindah suria,
Yang membawa cahaya,
Senyumlah hari-hari,
Ceriamu bersemi,
Senyum umpama impian,
Dalam kehidupan,
Kau tersenyum,
Ku tersenyum
Kemesraan terjalin...

Susahke nak senyum? senang kan? hihi... tak kene bayar pun kan? hehe.... Cuba kite happy kan jiwa dan hati kita. Tengok langit, luas tak? aman tak? tengok burung, ceria tak mereka bercerita... Tengok ikan di akuarium...menari-nari tak mereka di dalam akuarium itu.... Cuba tengok people senyum... cantik tak wajah?
Kalau orang tamau senyum...tarik dua-dua belah hujng mulut die....hihi...(jangan buat, nanti kene marah pulak)...



Hidup ini terlalu singkat utk kite bersedih, berduka, menangis.... Jadinya gembiralah selalu. Doa selalu. Tanda kehambaan kita pada Allah swt. Kalau kite tak dapat ape yang kita target,nak, harapkan, ucapkanlah alhamdulillah juga. katakan pada hati... "ini jalan terbaik dari-MU untukku". Maka dengan itu, kita akan sentiasa bersyukur dan gembira selalu dalam menjalani hari-hari mendatang. Bila kita mensyukuri segala nikmatNYA, hati pasti tenang, dan senyuman pun akan mudah terukir. try lah^^....


Setiap hari, lakukan at least 3 perkara baik dalam hidup kite. Buatlah ape pun, janji amalan yang baik. Basahkan lidah dengan astagfirullah dan berselawat pada Nabi kita Muhammad saw. Jangan jemu utk sentiasa bertaubat padaNYA. Kite sering melakukan kesilapan, itu tanda kita sebagai manusia. Dan jika taubat tak jemu mengiringi, itu rasa kehambaan kita pada-NYA....^^

wallahu'alam...