Monday, March 14, 2011

TERIMA KASIH SAHABAT

Syukran lela dan Azi... syukran lela teman balik kampung, syukran pada Azi dan lela sebab datang rumah dan tido... Seronok dapat jumpe semua...tapi sab je takde. Insya'Allah, ade kelapangan lagi, kite jumpe semua lagi k.

In, Azi, Lela dan Sab
Emm terima kashiey sangat2 pada mak yang banyak mendengar luahan hati ni. Emm tak pernah nangis mase cakap dengan mak, nangis pulak hari jumaat hari tu.

"Ain kene kuat"
Tu la pesan mak. "Sayang Allah, sayang diri..."

Drive dari KL ke kampung tidaklah menjadi satu beban hanya kerana bertemu orang yang kita sayangi. Berbaloi sangat bila hidup di dunia ni dapat berbakti dan membuktikan kasih sayang kita pada insan-insan yang kita sayangai. Terima kasih ya Allah kerana menyentuh hati ini. Akhirnya ia tercuit. Segalanya punya hikmah tersendiri. Betul cakap mak.

Bila balik rumah, lihat muka baby Saidatul Mardhiyah, rase tenang je. Walaupun sampai lewat 12 tengah malam jumaat hari tu, tak rase penat pun sebab gembira bertemu Saidatul Mardhiyah. Kebahagiaan yang membawa redha ILAHI. Comel je... Cik In doakan saidatul membesar ya.

Hari Sabtu, bersama Lela, Alif dan adik gi rumah Azi. Di Muar. Dapat juga bawa Alif jalan-jalan... Alif suka sangat naik kete dan jalan-jalan. Melompat-lompat ats pangkuan lela. Sibuk kacau makngah nya ni nak drive. Emm... sayang sangat Alif... Bawa Alif gi Tanjung Mas. Alif suke tengok layang-layang.

Nanti dalam 3 minggu lagi, cik In balik, kite gi jalan-jalan lagi k sweetheart.

Hari ni hari baru buat In, nak tutup segalanya... hidup baru, tambah keimanan... Semua ni pasti ada hikmah. Allah Maha Adil...Terima kasih Allah kerana membuat hati ini tenang ketika menerima segala yang terjadi.