Wednesday, December 13, 2017

MUHASABAH

Setiap orang pernah melakukan kesilapan. Tak lari juga diri ni. Kesilapan yang berkali-kali kita lakukan membuatkan diri tidak bermakna. Sebaliknya, bangkit dan teruskan langkah kpd jalan yang lebih baik dan sempurna.
Hidup ni ibarat roda. Ada waktu kita di atas dan ada waktu kita di bawah. Pabila kita di atas, sentiasalah sedarkan diri bahawa kita takkan selamanya di atas. Dan apabila kita berada di bawah, katakan pada hati, bahawa kita takkan selamanya di bawah. Allah cuit untuk kita lebih mendekatiNya.
Lebih baik berada di bawah sekali sekala daripada di atas sehingga teralpa. 
Dalam hidup ini, 


Segalanya, dengan izinNYA. Kembalilah kepada Pencipta Cinta. Kerana Dialah yang lebih mengetahui yang tersurat dan tersirat. 
Hidup ini cuma sementara utk kita menghukum segalanya. Sebaliknya, serah dan berharaplah padaNya. Hati akan tenang, seindah setenang sang mentari terbenam dan akan muncul semula pada keesokannya.
Wallahu'alam

Aku cuma penulis yang hanya menulis dari hati. Suara hatiku membisikkan ini dan ku luahkan melalui jari-jemariku. Dan aku cuma pemburu cinta hakiki yg takkan pernah padam. insya Allah.
-innia-
NAAR 

Thursday, July 27, 2017

HANYA DIA...

Assalamualaikum wbt...
Selalu terdengar orang itu diuji, orang ini diuji. Tapi adakah kita tahu bahawa ujian Allah itu adalah pada titik kita yang paling lemah. Sebenarnya kita pun tak tahu apa titik kita yang paling lemah. Apabila kita telah berjaya mengharungi ujian itu, maka kita akan tersedar dan berkata "kadang-kadang rasa macam mimpi je boleh lalui semua tu". Benar...Itulah titik kita yang paling lemah. Allah lebih mengetahui segalanya yang ada seisi dunia dan alam semesta ini. 
Ujian datang pelbagai cara. Kadang-kala kita rasa marah, marah sangat. Kenapa aku diuji?Kenapa tak orang lain rasa apa yang aku rasa?
okay... sama ke orang lain dengan kita? Cuba kita imbas kembali. Adakah kita tidak pernah membuat dosa? Membuat perkara yang Allah marah? pasti tidak pernah?
ALLAH UJI KERANA ALLAH SAYANG.
Itu hukumnya... Allah sangat sayangkan kita. Allah takkan biarkan kita. 
Tapi kita sombong. Kita boleh persoalkan kenapa, kenapa dan kenapa. 
KENAPA?
Sebab kita rasa kita sempurna. 
Semua orang tak lari dari diuji. Percayalah....Manisnya kita akan dapat rasai pada waktu kita mula redha pd segala ujian Allah swt. Jangan pernah memandang buruk pada setiap kejadian Allah. Cuba ambil masa muhasabah diri semula. Lakukan lebih amal kebajikan dan kebaikan. Jangan memandang buruk pada semua seolah-olah kita sempurna di mata semua. 
Kita takkan selamnya di atas. Ada ketika kita akan berada di aras yang paling bawah. Yang tidak terjangkau dek pemikiran kita. Tapi ketahuilah, di saat itu, siapa yg ada sentiasa di samping kita?
Hanya Dia...ALLAH yang satu...

Wednesday, May 31, 2017

5 RAMADHN 1438

Alhamdulillah...
Aku masih diberi kesempatan untuk bernafas dan bersujud padaMu... Tak terhitung betapa besarnya dan banyaknya nikmat yang telah Kau berikan kepadaku... Kalau kita asyik memandang kepada apa yang Allah tidak makbulkan permintaan kita, sampai bila pun kita tidak akan bersyukur atas segala nikmatNYA... Sesungguhnya kita tidak mampu mengukur sampai mana kasih sayang Allah pada kita. Kerana kasih sayang Allah ini tiada batasnya... Kadang-kala nikmat yang tak disangka dari Allah itu hadir, membuat kita rasa seperti mimpi...

Setiap buku ada muka depan, dan ada muka belakang. Buku, ada nipis dan ada tebal. Setebal manapun buku itu, pasti ada muka depan dan belakang. Hanya isi di dalam buku itu yang membezakan satu sama lain. 

Begitu juga kehidupan. 
Seburuk mana pun hari semalam, selalu akan ada hari  yang baru untuk kita. Kita selalu di beri peluang yang lain untuk melalui hari yang mendatang. Terima kasih Allah, terima kasih utk hari yang baru ini. Akan kuisikan lukisan yang indah utk kupersembahkan kepadaMU nanti. Allahuakbar...
Pohonlah kepadaNya dengan hati yang ikhlas. 
Ya Allah ya Tuhan kami... ampunilah dosa kami dan juga dosa ayah bonda kami. 
Kurniakan kami kebaikan hidup di dunia dan juga di akhirat...amin