Thursday, June 23, 2011

MALAM ITU....

Alhamdulillah….
Setiap hari yang kulalui ku jalaninya dengan penuh kesyukuran pada-MU. Percaya pada hati bahawa setiap yang terjadi itu ada hikmahnya. Di malam yang sepi, usai sejadah itu kucium dan kusujud, terpaku ku sendirian mengenang memori silamku. Ujian yang kulaui amat perit sekali. Dalam tenungan silamku, aku tersenyum buat diriku… akhirnya aku berjaya menempuh semuanya atas kekuatan cinta dan beriman kepada Allah swt. Kasih sayang Allah dapat kurasai di saat ujian itu datang.

Deraian airmata tidak terkira. Di suatu malam….panggilan telefon dari seseorang….

Dengan tak sengaja, aku menangis… terluah segala yang terbuku di hati….

“ain jangan nangis, Allah sayang Ain. Allah uji sebab DIA sayang sangat pada Ain. Ain insan terpilih di sisinya. Mungkin saya tak rasa ape yang Ain rasa, tapi saya akan sentiasa bersama selamanya dan mendoakan Ain”

Linangan airmata itu, gugur dan gugur dengan derasnya.

“terima kasih awak…. Insya’Allah Ain akan kuat”

Tak mampu utkku meluahkan bicara. Moga kita bersama di syurga abadi....

Moga bersam-sama tegar mencari setitis cinta ILAHI.

Ya Allah….malam ini…aku redha dengan ujian dan bebanan yang telah Engkau berikan padaku. Jikalau tiada ujian seberat itu, mungkin tidak terkesan kasih sayang-MU pada hamba-MU yang hina ini. Sejadah itu kulihat, masih lagi terbentang di situ. Dialah penemanku setiap masa di saat aku bertemu dengan-MU.

Segenap sudut bilikku, kuperhatikan…. Merekalah menjadi saksi aku berbicara dengan-MU. Sungguh sunyi rasanya jika hidup tanpa-MU. Di-KAU selalu memujuk hatiku dengan warkah cinta-MU. Pabila kegundahan datang bertandang, ayat-ayat cinta-MU menyentuh hatiku. Aku tenang dengan pujukan-MU.

Ya Allah, syukurku pada setiap anugerah-MU. Anugerah yang hadir di setiap ujian. Kita takkan sedar akan sesuatu itu jika tiada ujian di sisi….