Wednesday, March 9, 2011

MENGHARGAI

Hargailah sementara ia masih di sisi...
Hargailah selagi dia masih memerlukan kita...
Hargailah selagi ia masih ada di depan mata kita...

Kita tak tahu kenapa allah jadikan sesuatu pada kita kadang-kadang tu kan?
maknanya kita lah yang kene bawa cangkul, gali sendiri hikmah segalanya.
selagi kita masih bernafas, berjalan sendiri, janganlah mengharap pada yang lain. Buatlah segalanya sendiri. Allah kan ada...
Usai siap sume keje, barulah In dapat luangkan mase menari-nari atas keyboard ni. Terasa kosong sangat kepala ni. Termenung sejenak... why everything happened in my life?

Pastinya Allah menjanjikan yang terbaik buat In. entry bawah ni, membuat In tersedar, Allah nak In jahit balik sejadah iman yang dah terkoyak. Walaupun kecit, tapi amat dalam. Cuba kita lihat, kain yang terkoyak cikit pun, if kita tak jahit balik, ia akan mudah menjadi lubang yang besar. tak sayang?
Macam tu jugalah kita perlu sayang iman kita. Polish setiap hari . Banyakkan membaca al-Quran setiap hari.
Lewat malam semalam kawan baik In mesej, kecewa....
Nangis je banyak.
Sweet, jangan sedih lagi.
hatimu sangat lembut....
Tak salah kita menangis, dan in tahu kenapa na mudah menangis....
sebab Allah sentuh hati na...
Kerana hati na di cuci dengan kalimah Allah yang na baca setiap hari....
Yakinlah bahawa kebahagiaan pasti menjadi milik kita.
Yakin pada-NYA. Ya sweetheart^^
Teruskan adanya kalimah Allah di setiap hari dalam hidupmu...
hargai apa yang ada... Redha atas segala yang terjadi k...

JANGAN SEDIH...^^

Dalam kita melangkah, kekadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk dan menangis..

Peritnya terasa, tetapi ketahuilah dan renungkan kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata yang hadir tika itu kerana Dia mahu kita menjahit semula sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar daripada keikhlasan..

Alihkan mata ke laut..
Airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..
Tetapi hanya Allah saja yang tahu rahsia di dalamnya..

Begitulah dengan kehidupan manusia..
Riang ketawa..
Tetapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya..

Jika kita rasa kecewa..
Pandanglah ke sungai..
Airnya tetap mengalir..
Biarpun berjuta batu menghalang..

Jika kita rasa sedih..
Pandanglah ke langit..
Kita akan sedar bahawa..
Allah sentiasa bersama kita..

Biar kepahitan itu pergi, agar kemanisan mengisi..
Biarkan kekecewaan berlalu, agar kegembiraan mewarnai..
Biarkan kegelisahan lenyap, agar kita kuat semangat..
Biarkan penderitaan itu menyapa, agar kekuatan kita jana semula..
Biarkan diri derita, agar ku tahu kepahitan derita ini,
agar ku sedar kesengsaraan ini, tak semua bahkan secebis daripada penderitaan Rasulullah..
Tuhan sesekali tidak menzalimi hamba-Nya..
Tapi, manusia sendirilah yang menzalimi diri mereka sendiri..



Jangan berasa terlalu sedih di atas sesuatu kesedihan yang melanda..
Kerana mungkin, Allah merindui rintihan suara hamba-Nya..



Bahagia itu anugerah..
Derita itu tarbiyah..