Thursday, December 23, 2010

DIA DAH BESAR


eeee dah besar dah die. alala... comelnye alif... eee geram Cik In tengok. Cubit pipi baru tau. Main cak-cak pulak die ya. Dah lame dah rasanya tak jumpe. Cik In macam nak balik kampung, tapi keadaan tak mengizinkan. Tak lame lagi Alif dah nak dapat sepupu. Siaplah Mak Long tu. hehe...

Geramnye tengok.... macam teddy bear. Tak sabar nak tunggu tengok Alif boleh duduk. Nanti Alif ikut Cik In gi jalan-jalan ea. Cik In drive, Alif duk sebelah k. Cakap kat ibu, Cik In pinjam Alif.Hihi


comelnye die.... geram...rupa macam ibunya....
Atok Alif kata, Alif dah pandai mencubit sekarang ya. Tak mau kene cium pipi tu ya, cubit-cubit pulak. Dah lah sakit atok kata. Alif pantang tengok muka Atok, nak ketawa je. Kalau Atok tak datang dekat, Alif yang tegur atok dulu. Macam-macamlah reaksi comel yang Alif buat semata-mata nak ambil perhatian Atok...Pandai ya. bijak....
ala.....minum susu ya. Sambil peluk bantal bushuk lagi...hihi

BIARKAN

Bisakah aku mengorak langkah,
Mengukir senyuman seperti suatu ketika dahulu,
Bak sang burung berkicauan gembira,

Mampukah aku menjadi yang terbaik,
Khilafku membuahkan airmata kekesalan,
Memutuskan suatu yang bermakna,
Mengukir memori duka.

Biarkan saja airmata itu mengalir,
Jika ketenangan menjadi hasilnya,
Biarkan saja memori duka itu berlalu,
Agar senyuman terukir indah,
Biarkan saja perasaan itu tersimpan,
Kelak akan terluah juga dengan izinNYA,
Biarkan saja hati bersendirian seketika,
Untukku bermujahadah kepadaNYA yang ESA.

Biarkan TUHAN menjadi penyimpan rahsia hati ini...
Rahsia yang kekal abadi yang hanya dia sahaja yang tahu...