Dan yang paling rindu, suasana sekolah dahulu.
"apabila kita beriman kpd Allah, kita yakin dgn segala janji-NYA. Kita percaya dengan semua amaran-NYA. kita beriman dgn semua kekuatan-NYA. Maka hati kita akan sensitif utk hidup sebagai hamba-NYA dgn baik"
Rindu suasana usrah pada setiap Jumaat malam if kami tak balik kampung. Masih teringat sewaktu adik-adik bertanya tentang iman... Senang sangat berkongsi dengan adik-adik usrah.
Terimbau kenangan, sewaktu ade hari sempena ape ntah, diriku mendapat 10 cup cake. Semuanya dari adik2 yang tak kukenali. Dan ade tinggalan pesanan di setiap kek itu^^. dan salah satu dari kek itu, selalu ku dapat pesanan itu. Dari 2 org, tapi 1 kek. Semasa malam merdeka, aku duduk bersama teman-teman rapatku di dewan makan. Sepasang adik kembar, form 1 datang padaku.
"kakak, nak ambil gambar dgn akak"....
"boleh je...."aku menjawab.
Tiba-tiba Rai datang. "Dik, ambiklah gambar kitorang semua sekali, janganlah kak ain sorang jek. kitorang ni kawan die tau"....Rai berseloroh.
Dan apalagi, semua kawan-kawan rapatku masuk sekali ambil gambar bersama adik kembar itu.
bila kutanya namanya, macam pernah ku dengar nama berdua itu. Rupa-rupanya merekalah yg memberi kek setiap kali ade dedication....
Akhirnya...pecahlah secret admire diorang.....
Pabila aku di matrik, ade program khemah ibadah utk adik2 sekolahku.... Adik berdua itu masih ada lagi. pada waktu tu mereka form 3. Mereka juga nak ambil gambar bersama.
Terima kasih adik. Kenangan adik bersama kawan-kawan akak, sentiasa akak ingati selalu. Walau di mana adik berada, akak doakan adik sejahtera selalu....^^Semoga sentiasa di dalam lindungan rahmat ILAHI...^^
