Thursday, January 31, 2013

JAWI


Alhamdulillah...selesai sudah pengajaran minggu ni. Hari ni ngajar kelas Agama Islam dan Tasmik. Macam cepat sangat masa berlalu. Sambil tengok Forum Perdana Ehwal Islam ni, coretkan sebentar dalam blog ni. Panel-panel malam ni pun best juga...
Hari ni ngajar jawi utk kelas Agama Islam. Seronok juga...Lepas je ngajar, bagi kerja pada murid. Seronok sangat ngajar. Nasib baik baby dalam rahim ni baik je hari ni. Lepas meeting Panitia tadi je baby aktif. Nape ya?hehe...Bila umminya ini pujuk, berulah dia diam.ikiki

Wednesday, January 30, 2013

SUDOKU

salam'alaik....
Emmm nak tahu ape di atas? Inilah sudoku. Dah lame saye tinggalkan sudoku ni. Tapi sejak pragnent ni suke sgt main sudoku....suke sgt bermain dgn nombor-nombor ni. Nak gi jalan pun bawa, main dalam kereta sementara nak sampai ke destinasi yang nak dituju. Ada la ustazah di sekolah ni kata, "Esok anak akak pandai matematik"...hehe...amin...
Main sudoku ni bukan main saje-saje. Memang sangat menguji minda. Even nak tido pun saye main sudoku ni. Seronok sangat. Abah pun tanye, macamane main tu...saye pun terangkanlah....hehe... Suami pun tanye camane mainnya...hehe
Saye siap beli buku sudoku lagi. 
I like number.^^... Eventhough I'm teaching Arabic Language and Pendidikan Islam, I still like number^^...
"baby, jangan main2 dengan ummi ya"....hihi

Sunday, January 27, 2013

MAHU KUSENTUH JARI-JEMARI KECILMU

PUTIK KASIH-MU AMANAHKU



Tuhanku,
Sesungguhnya limpahan rahmat-MU,
Mendakap seluruh sanubari kami,
Kan kami buktikan kehambaan kami terhadap-MU,
Dengan mendidik jiwa kerdil ini mencintai-MU,
Kan kami pastikan segar jiwanya,
Walafiat fizikalnya,
Emosi dan spiritualnya,
Agar menjadi generasi Islam yang cemerlang,
Permata agama yang gemilang,
Penyeri mata dengan bunga-bunga akhlak.

Tuhanku,
Biarlah tangan mulus ini,
Melalui karier seorang ibu,
Bisa menggegarkan dunia satu hari nanti,
Denga zuriat berkualiti,
Modal insan yang bertamadun.

Maka Tuhanku,
Anugerahkan kami taufiq dan hidayah, 
Bantulah dan permudahkanlah urusan hamba-MU ini,
Dan janganlah KAU bebani kami,
Dengan ujian yang tak mampu kami tanggung,
Pada-MU kami bermohon dan berlindung,
Sesungguhnya diKAUlah sebaik-baik tempat,
Permohonan dan perlindungan


~Diari hamil, menanti detik keindahan bersamamu~

Tuesday, January 22, 2013

EEEEE DIA DAH MEMBESAR^^


Assalamualaikum baby.....
Baby buat ape dalam rahim ummi ni sekarang?tahu tak yang ummi sedang bercerita dgn baby...alhamdulillah...mi dah bacakan surah Yusuf utk baby....Sok mi bacakan surah Maryam pula ya. Ummi sayang baby...Inilah yang ummi impikan, ada banyak masa bersama baby.... Kalau kerja ummi yang dahulu, ummi sangat sibuk. Sangat-sangat. Gi awal pagi, balik dah malam. Tak dapat nak borak-borak dgn baby. Nak coretkan dalam ni pun jarang sekali. Sekarang alhamdulillah, sejak ummi dah tukar profession ni, ummi banyak masa dengan baby dan juga ayah.
Allah memang nak selamatkan ummi....baby. Alhamdulillah, sekolah ummi pun alhamdulillah. Semua guru-guru baik dan ok. Ummi gembira dengan apa yang ummi ada ni. Allah mendengar doa hambaNYA ini, dan ini juga impian ayah^^...

Sekarang ummi mengajar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Seronok ummi ngajar. Kadang-kadang ummi garang juga...hihi...geram....

Nanti ummi sambung lagi ya. Ayah dah mantuk^^....
Salam sayang.

Thursday, January 17, 2013

CONT......TENTANG HARI DAPAT TAWARAN DPLI-SR (J-QAF)

 KUNFAYAKUN

Pada mulanya, hubby bangun-bangun je tido, bacalah mesej di handphone nya. Then terus dia send kat saye...Saye pun pelik, apa benda yang di send nya tu. Then, dengan mata yang rabun dan mamai, bacalah sms tu. Rupanya dari KPM. Hubby dalam bilik air, terus saye ketuk pintu bilik air, saye cakap, "knp tak bagitahu tentang ni?"
Hubby jawab, tentang apa? saye jawablah tentang tawaran ni. Mase tu hari Isnin bersamaan 7hb Januari 2013. Semalamnya baru je balik dari kampung. Terkejut sangat-sangat. Yang kelakar sangat tu, hubby jawab,
"abang ingatkan abang yang dapat"
saya jawab,
"knp pula abg nak dapat, abg tak apply. Kan syg letak number hp abg mase syg daftar mtest hari tu"
eeee sabar je kan. Boleh die tergelak kat dalam toilet tu.
Masa tu saye dah tak tahu nak fikir ape. Tak sempat nak happy, runsing semua ada. Pagi-pagi nak bersiap g keje lagi. Berbelah bagi samada nak ke tempat kerja atau nak g IPG. Dalam sms tu kata, kene gi IPG hari tu juga utk pendaftaran. Saye peliklah, macamana saye boleh dapat sedangkan saya pragnent. Dalam kalut-kalut tu, saye terus forward pada mak mertua mesej tu. Mak terus call. Mak kata, g je dulu IPG, sahkan. mana tahu rezeki.Kalau dapat, alhamdulillah.

Dalam tak tahu nak fikir dan nak buat apa tu, terus hantar sms pada supervisor kat tempat kerja, mengatakan saya datang lewat ke office. Saya beritahu hal yang sebenar. Dia pun tumpang happy, katanya takpe, selesaikan mana yang penting tu. Dah sahkan, bagitahu.

Masa tu memang sangat kalut, hubby pula tak dapat nak temankan. Lepas je hubby sampai office, saye ambil kereta gi sendiri ke IPG. Mujur IPG dekat. IPG Bahasa Melayu Lembah Pantai. Memang berdikari sendiri sangat-sangat. Gi sorang-sorang, buat macam tahu je nak ke mana. Saya lihat ada yang pakai baju putih kain hitam. Saya dengan berjubah hitam dan selendang. Saya ke kaunter tanya Puan tu, terangkanlah situasi saya, saya ada bagitahu yang saya pragnent masa saya interview tu. 

Rupa-rupanya, saya yang mengandung ni memang diterima. Ada juga sorang kakak ni dalam situasi saye juga. Kami dtg nak sahkan je, tapi memang betul layak program ni. Puan tu pujuk supaya jangan tunda. Masuk je. Alhamdulillah. MAsa tu, seolah-olah macam mimpi sangat. Saye tak tahu nak buat ape. Then Puan tu tanye, ade bawa semua? Saya tanye, "semua apa puan?". Jawabnya, "baju-baju dan dokumen2 asal?" 
Saya jawab, "taklah puan, saye dtg nak sahkan ingatkan tak dapat.saye bawa sijil2 asal je, yang lain tak bawa".
Puan tu jawab, ""takpe, rumah awak dekat kan, awak balik, ambil baju dan buat semua, hari ni daftar, hari ni masuk kampus juga"....
Terperanjat saye...
"Ha! kena masuk kampus ke?bape lame"
jawabnya..." seminggu"
Lepastu....saye sudahkan bicara dan minta nak balik semua.


Saye terus tak tahu nak buat apa. Saya call mak, bagitahu. Mak pun terperanjat dan bersyukur sangat-sangat. Call suami, suami pula tak dapat nak amik EL atau cuti. Emmm sedihnya, memang kene buat sendiri semua. Bila saye cakap dengan hubby, seminggu duk sini...die terus terperanjat. Macam tak percaya saye dapat dan kene duk hostel. 
Memang tak sempat nak hepi, teruja sangat-sangat.
Bila da setle semua, masa magrib tu, duk kat tikar sejadah, termenangis saye. Betulkah semua ni...Seolah-olah bagai mimpi.
Semua terkejut. 
Bila Allah said, "KUNFAYAKUN"....
maka terjadilah....
Hubby rindu...datang jumpa saye di hostel malamnya...ye lah, kami tak pernah berpisah..nak2 saye tengah pragnent ni...Doakan semuanya selamat...

Sekarang saya sedar, semua yang saya impikan menjadi kenyataan. Cuma saya perlu banyak bersabar kerana ia tetap terjadi mgkin cuma lambat. Ia sampai tepat pada waktu dan ketikanya. Alhamdulillah ya Allah...

Lepas je settle di IPG, saye g ofis, saye bg notis 24hours. Semua terkejut...Terima kasih semua kerana mendoakan saye dan turut gembira dengan kegembiraan saye....

Buat mak dan ayah.....hadiah buat mak dan ayah juga tok mak dan tok ayah.
Buat hubby...ini yang terbaik yang syg lakukan buat abg....
Buat mak dan abh...terima kasih segalanya dan banyak membantu dan ini kegembiraan buat mak dan abah juga kan....
Jazakallhukhairankathira

18 WEEKS OF BABY...SHEKOLAH & AYAH


Minggu 18

Bayi Anda
Kulit bayi anda ketika ini masih lagi berkedut kerana mereka belum pun mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi anda juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, janganlah terperanjat jika tiba-tiba bayi anda menendang setelah terdengar bunyi kuat yang tidak anda duga. Bayi anda kini berukuran kira-kira 21 sm dengan beratnya 235 gm.

Tubuh anda
Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakan anak. Dalam masa yang sama, ibu hamil juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana semasa hamil, membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah. Sepanjang trimester kedua ini, anda akan dapat mengesan beberapa perubahan sampingan yang ketara pada tubuh selain daripada pertambahan berat badan."



comelnya die.....tak sabar nak menantikan kelahiran baby...malam tadi baby gerak-gerak ya?terjaga ummi. Tapi tak kejut ayah la. Sebab ummi tengok muka ayah penat sangat keletihan.Tak sampai hati ummi nak kejut. 
Petang ni ummi balik awal. Insya'Allah. Ummi relief lagi kelas BM.... Ape nak ajar hari ni ya?
Eeee...
semalam anak murid ummi cakap...
"ustazah, suara ustazah ni lembut je"
ummi jawab
"ooooo sebab saya lembutlah awak nakal ya? saya garang kang baru tau. nak?"
emmm cepat je die jawab tanak....eeee sabar je lah ummi tau...
Apa-apa pun ummi terhibur sgt2...
ni salah satu kelas yang ummi relief semalam...^^
Ummi cakap, sape nakal-nakal ummi ambik gambar die, emmm sume lari^^...haha
Emmm semalam pun ayah ade PMS...Lebih kurang macam KPI jugalah. Ayah dapat Gold. Alhamdulillah... Rezekimu baby....
ni ayah...handsome tak ayah?hehe...kalau baby muka macam ayah kan, mesti ummi geram...sebab ayah suka nyakat....hihi....Ayah...keje baik-baik....ikhlaskan hati kerana Allah swt...Tahniah buat ayah....
Salam sayang...

Wednesday, January 16, 2013

CULIK BABY NI SEKEJAP HARI TU...BALIK KG


eeee...geram la sangat dengan budak ni. Yang tak sempat-sempat nak lahir sebelum kami kahwin. Sekarang dah montel n tembam. Geram je. Baby sangat suke dengan shaye sejak-sejak saye pragnent ni. Die tahu ade kawan die kot. hehe...
Tapi.... yang peliknya, bila dengan suami saye die takleh lame, nak nangis je. Hihi...Along kata, anak shaye mungkin gugurl....Hihi...Ape-ape je lah, tak kisah lelaki ke, perempuan ke, yang penting dia sempurna dan baik, soleh dan solehah. Eeee geram nya dengan baby ni. Nama die Mohd Danial Haikal.
Cumey sungguh budak ini...



Tuesday, January 15, 2013

KEHIDUPAN SEBAGAI PENDIDIK

Hari ni hari ke 2 sekolah bgku....Alhamdulillah dpt yg dekat dengan rumah. Drive ke sini dari rumah pun dlm 10 minit je. Alhamdulillah. Seronok je tengok adik-adik comey ni. Rasa nak cubit je. Nama masing-masing, cantik-cantik. Boleh survey2 nama utk anak ni^^... Tadi relief kelas BM, ada yang panggil ustazah lah, dan ade pulak yang panggil cikgu. Apa-apa sahajalah kan. Kamu smua sangat comel dan menghibur hati saye...
Emmm hari ni penuh pula kena relief. Jadual pendidikan islam tak dapat lagi. Patutnya ada tasmik, tapi dah kene relief, tak dapat nak hadie tasmik dengan lagi satu cikgu jqaf. Kadang-kadang macam mimpi .. semua ni. Bila tanye balik pada suami, betul ke ni? suami kata, betullah sayang^^... Allah tu ciptakan ssuatu dengan cantik dan menarik. Kita pun tak tahu.
Tiba-tiba teringat lagu ni....

"oh Tuhanku, agungnya kuasa-MU...
Meciptakan segala-galanya penuh misteri"

Alhamdulillah juga dapat sesi petang. At least pagi rileks sikit. Sabtu ni ada Kem Bestari Solat.  Sekejap je dah hari selasa. Nanti-nanti sekejap je dah hari Sabtu kan. Mujur ade bahan utk assignment MOS ni. Tak lah runsing sangat. Terima kasih buat ustazah-ustazah dan ustaz di sini.

Sekolah saye adalah.....