Kakak, terima kasih sebab belanja main bowling. Seronok bersama family. Pelbagai mimik muka boleh dirakam. Gud Luck kakak for tuonament bowling ^^. Semoga berjaya....
Terima kasih ya Allah kerana menganugerahkan nikmat yang amat bernilai ini... sesungguhnya aku mengerti setiap yang diKAU jadikan punya lakaran hikmah dari-MU yang tersembunyi. Bahagia itu bermakna pabila sesudah kesulitan dan ujian dari-MU....
Dan hari ini, buku yang ku cari selama ini..... 'Dari Penjara Taliban Menuju Iman'.terima kasih ya^^. Syukran jazilan....
Dalam telinga, terngiang-ngiang kata-kata ini.....
"tawakal kepada ILAHI....terutama mengenai rezeki...tanpa ragu-ragu,walaupun sedikit,ada jaminan pembelaan dari-NYA.
Bila taqwa pakaian kita, urusan kita dimudahkan-NYA..."
Buat diriku dan semua, bersabarlah dengan setiap ujian. Janganlah meragui kasih sayang Allah. Hari ini, hati kecit ini tersentuh oleh-MU ya allah. Tersentuh sangat. Tiupkan hati-hati ini utk lebih mencintai-MU....
