Duk je termenung melihat awan di balik tingkap bilik ni... Emm apalah yang difikirkan dek akal ini. Terkenang zaman silam, kisah hidup, tawa riang, tangis dan sebagainya... Emmm semua tu ujian dariNYA kan? lagi banyak doa yang kita pohon, lagi bertambah ujian dariNYA. Kerana ianya tidak mudah kita perolehi. DIA kurniakan apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita inginkan.Ya Allah, dengarlah bisikan hatiku ini. Tabahkan hati dalam mengharungi setiap dugaan dan ujian dariMU. Sesungguhnya aku mengerti, setiap mehnahMU itu penghapus dosa-dosaku. Terima kasih kerana menguji hambaMU yang Kau pilih ini. Mungkin ini caraMU membuktikan kasih dan sayangMU pada hambaMU ini.
Ingin sekali kaki ini melangkah di gigian pantai, melihat cantiknya bentangan laut yang luas. Melihat juga akan kicauan burung yang masing-masing mahu pulang ke sarangnya sementara hari belum gelap malam. Emmm indahnya suasana itu. Melihat cahaya merah senja di ufuk barat.... Tenangkan lah hati kecilku ini... ya Robbi

