Monday, August 23, 2010

ALHAMDULILLAH....

Alhamdulillah... hari ni aku melangkahkan kaki dalam hati yang penuh tenang dan bersemangat... Senyum je juga hari ni. Teringat pesanan seseorang,
"jangan lupa bila melangkah je kaki ke luar rumah baca ayatul Qursi"...

bila teringatkan itu, aku pasti tersenyum dan terusik. Rasa bersyukur kerana ada yang mengingatkanku padaNYA. Alwez make me remember Him. Terima kasih ya Allah... Insya'Allah, selagi diri ini bernafas, hati ini akan selalu mengingatinya. Sayang sangat pada insan tu hanya Allah sahaja yang tahu dan tiada siapa yang mengetahuinya. Terima kasih =)...

Emm... terima kasih makcik kerana concern pada diri ini. Setiap hari rezeki melimpah ruah. Alhamdulillah. Kadang-kala tak tahu nak balas apa.Walaupun katanya tak payah beri apa2, tapi kita sesama insan malu lah juga. Nanti hari Jumaat nak belikan kek coklat moise la kat yang sangat pemurah hatinya... Bersyukur dikurniakan insan2 yang amat menyayangi dan mengambil berat. Even family jauh di mata, terubat rindu family di sana. Hari jumaat dapat makan bubur pulut hitam. Sedapnya... tak sangka dapat juga melepaskan rindu pada bubur pulut hitam...

Rasa bersyukur sangat. Tak terkata pada-Mu ya Robbi. Kesedihan dan tangisan dulu terhapus sedikit demi sedikit. Betullah apa yang dikatakan, kekurangan adalah amanah Allah buat kita. Nobody perfect in this world. So, bila kita terasa kekurangan, pasti Allah akan takdirkan kelengkapan bagi kekurangan itu. Cuma kadang-kala lambat ataupun cepat. Jika tiada kesukaran dan kesedihan, mungkin diri ini tidak merasai erti nikmat hidup bahagia yang sebenar.

Senyum je bile mencoret ini. Alhamdulillah. Satu hari nanti, aku ingin mengungkapkan segalanya pada yang amat bermakna dalam hidupku.

Rasa sebak bila terkenangkan anugerah Allah yang tak terhingga. Aku menadah tangan mengucap kesyukuran padaMU.... Airmata kegembiraan dan kebahagiaan mengalir juga...