Sunday, June 24, 2012

MAJLIS WALIMATUL URUS ZAFRI & AIEN



ASSALAMU'ALAIKUM WBT
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

"YA ALLAH,

Engkau mengetahui hati-hati ini,Telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,
Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,Bersatu memikul beban dakwah-Mu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,Akan jalan-Nya yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu,Yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan Iman dan keyakinan,
Dan keindahan tawakkal kepada-Mu,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat tentang-Mu,

Jika Engkau mentakdirkan mati,Maka matikanlah pemilik hati-hati ini,
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu,
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong,

YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini."


Alhamdulillah, dengan doa & restu mak ayah, mak abah, keluarga, sahabat handai, pendidik dan semua,
dengan inzin-NYA kami menjemput semua bersama ke hari bahagia kami....

***Walimatulurus di Ledang,Tangkak Johor(sebelah Perempuan)***
AHAD, 8hb Julai 2012 bersamaan 18 Syaaban 1433H
DEWAN KG ANJUNG BATU 1, LEDANG, JOHOR.
9.00am (Majlis Pernikahan)
11.00am-4.00pm (Jamuan Makan)


***Walimatulurus di Kuala Lumpur (sebelah Lelaki)***
SABTU, 14hb Julai 2012 bersamaan 24 Syaaban 1433H
DEWAN MASJID SALAHUDDIN AL-AYYUBI, TMN MELATI KL.
12.00pm-4.00pm (Jamuan Makan)


Semoga dengan kehadiran serta iringan doa & restu semua akan menyerikan & memeriahkan lagi majlis kami.
Insya'Allah.



Saturday, June 16, 2012

TERMENANGIS

selangkah kita ke jalanNYA...Allah bukakan pelbagai pintu rahmat buat kita...Kadang-kala rahmat dan anugerah yang datang, tanpa diduga...Pabila terkenang, termengalir airmata ni...cinta dan kasihnya DIA pada umatNYA...Syukur alhamdulillah...
Pagi tadi, di meja ofis...terkenangkan diri...termenangis sendirian.... banyaknya anugerah Allah yang tanpa di sangka-sangka sejak dahulu hingga kini. Selangkah aku mendekatiNYA,  tarasa banyak sangat rahmat dan anugerah buatku...Banyak pintu rahmat terbuka utkku...
Memang kasih sayang Allah mengatasi segalanya... Emmm bergenang airmata ni ketika mencoretkan ini... Memang pada mulanya payah atas dugaan dan ujian yang datang. Tetapi tetap yakin padaNYA...Memang tanpa disangka-sangka. Satu kisah rahsia hati yang tak mampu kucoretkan di sini...Kerana ia sangat bermakna...Akan tiba masanya akan kuceritakan....
Sayang sangat insan-insan yang menyayangiku...terima kasih kerana sentiasa bersamaku, memahamiku...dan menguatkan aku akan kasih dan sayangNYA...
Moga rahmat dan anugerah Allah akan sentiasa bersamaku...amin

MUHAMMAD DANISH HAIKAL


Alhamdulillah...Along dah selamat melahirkn baby boy di dunia milik Allah swt ini. Tahniah Along. Dah sepasang dah anak along. Kata Along, 2 2 die sayang. Sayang sangat. Yang pertama, Saidatul Mardhiah, dipanggil adik. Yang Muhammad Danish Haikal, di panggilnya baby...Ala....comel sangat.
Tanggal 12 June Along melahirkan Haikal... Yang sepatutnya Haikal lahir 9hb Julai 2012...Sehari selepas majlis. Tapi Haikal nak juga kuar awal sebab nak turut serta majlis la tu...hihi...

Dah 3 orang dah buah hati shaye...Sekejap je masa berlalu. Moga Haikal jadi anak yang soleh, dan Mar jadi anak yang solehah. Setiap tahun kami beraya bersama org baru. Dah 3 tahun berturut-turut. Alhamdulillah...

Rezeki Allah yang tidak disangka-sangka...Cinta dan kasih Allah mengatasi segalanya...

Thursday, June 14, 2012

SUKE TUDUNG KUPU-KUPU

Alhamdulillah...
Di suatu malam...termenangis akan muhasabahnya diri...
Terima kasih kerana terfikir sejenak...Kuasa Allah tiada siapa yang tahu... Hatimu terusik, begitu juga hatiku...
Didiklah daku menjadi wanita syurga......Akan ku cuba menjadi wanita syurga yang terbaik , dan juga dicemburui oleh bidadari-bidadari syurga...
Terima kasih utk segalanya...
Sesungguhnya hati ini terasa kebahagiaan...

Monday, June 11, 2012

UNDANGAN HARI BAHAGIA NURUL AIN & MOHD ZAFRI


ASSALAMU'ALAIKUM WBT
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

"YA ALLAH,

Engkau mengetahui hati-hati ini,Telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,
Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,Bersatu memikul beban dakwah-Mu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,Akan jalan-Nya yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu,Yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan Iman dan keyakinan,
Dan keindahan tawakkal kepada-Mu,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat tentang-Mu,

Jika Engkau mentakdirkan mati,Maka matikanlah pemilik hati-hati ini,
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu,
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong,

YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini."


Alhamdulillah, dengan doa & restu mak ayah, mak abah, keluarga, sahabat handai, pendidik dan semua,
dengan inzin-NYA kami menjemput semua bersama ke hari bahagia kami....

***Walimatulurus di Ledang,Tangkak Johor(sebelah Perempuan)***
AHAD, 8hb Julai 2012 bersamaan 18 Syaaban 1433H
DEWAN KG ANJUNG BATU 1, LEDANG, JOHOR.
9.00am (Majlis Pernikahan)
11.00am-4.00pm (Jamuan Makan)


***Walimatulurus di Kuala Lumpur (sebelah Lelaki)***
SABTU, 14hb Julai 2012 bersamaan 24 Syaaban 1433H
DEWAN MASJID SALAHUDDIN AL-AYYUBI, TMN MELATI KL.
12.00pm-4.00pm (Jamuan Makan)


Semoga dengan kehadiran serta iringan doa & restu semua akan menyerikan & memeriahkan lagi majlis kami.
Insya'Allah.

Friday, June 8, 2012

SEMENTARA MENUNGGU

Sementara menunggu bas di TBS ni, boleh lah luangkan masa mencoret...Balik kampung...Matul dah bergelar isteri. Esok nak gi kendurinya...Beria balik kampung sebab nak hadirkan diri di majlis matul. Dapat juga jumpe kawan-kawan yang terbaik dulu di waktu persekolahan.
Lepas ni turn sape plak ya?hehe...Dalam menghitung hari ni, terasa sangat penat. Tapi alhamdulillah. Semuanya smooth saje. Perancangan Allah itu Maha cantik. Esok sempatlah jumpe kawan-kawan dan dapat jemput sekali. 
Emm tanggugjawab dah makin besar...^^.
Ni, tak sabar nak balik kampung malam ni. Bas pukul 10. Moga di permudahkan segala urusan. Macam-mcam terjadi tadi.Dengan LRT Star tutup, rosak. Jalan lah kaki ke Stesen Bank Negara. Jauhnya, penat sangat. Dah naik KTM setelah menunggu agak lama, eeem terlepas pulak sampai ke Pantai Dalam. Hari dah makin gelap. Takut pun ya. Nak nangis pun ya. Dah tak boleh nak fkir ape pun.
Then, beristighfar atas saranan teman hati, tenang juga hati ni. Perlahan-lahan melangkah patah balik ke arah KL sentral. Beg dah lah berat. Emm Alhamdulillah dapat juga KTM ke KL sentral. Dan tukar ke arah seremban pulak...Emmm hanya Allah je yang tahu. Dah lah sorang. 
Bila dah sampai TBS ni, panjang plak org beratur nak beli tiket...Perut dah lapar. Lepas je beli tiket terus menuju KFC...sebab teringin nak makan KFC sejak hari tu. Makan KFC sorang2. Cedih je....
Tapi Tak pe lah, Allah kan ada....Cian mak, abah dan abang sebab risaukan IN...Mahap ya...Berkat doa semua, dipermudahkan segala urusan...
Ni dah nak hampir pukul 10 dah...Tak sabar nak jumpe mak ayah pulak.... Nak tito atas katil empuk baru yang mak ayah belikan....Rindunya....Time kaceh semua sebab doakan Ain selamat... Sayang semua...Sayang sangat-sangat....