Alhamdulillha, esok cuti. Dan insya'allah In akan pulang berjumpa dengan insan-insan tersayang. Tak sabar rasanya. Ayah called pukul 6.45 pagi tadi..
"Tak balik ke?Esok kan cuti", ayah tanye.
"Ye ke! Tak tahu pun ayah.:)...hihi", In ketawa.
"Insya'Allah, kalau takde ape-ape dan dipermudahkan, kite balik ;)", jawab In.
Sebenarnya dalam hati ni, gembira sangat. Iye lah, siapa tak gembira pabila akan bertemu dgn insan -insan yang kita sayangi kan?Mak, ayah dan Alif tersayang, nantikan kepulangan si comel ni.=). buat Along dan adik, I saje nak beri surprise dekat korang. Hihi;). If Angah balik, Angah sampai je rumah nanti. jangan marah.Dan Alif, bersedialah utk jadi teddy bear Cik In Alif yang comel ni ya.
Tak sabar nak tunggu esok. Lumrah, pabila ayah dah menelefon bertanyakan antara balik kg atau tak, pastinya perasaan ayah itu mahukan anaknya ini pulang. Faham sangat dengan ayah. Tak pe ayah, Insya'Allah In balik. Ayah doakan In selamat di dalam segala yang In lakukan. Terima kasih ;) ayah dan mak.
Emm... tiba-tiba rindu sangat dengan Tok ayah dan tok mak. Tak boleh nak telefon Tok Ayah. Nanti tok ayah nangis. selalu macam tu. Nanti In nangis sekali. Tak sanggup nak dengar tangisan tok ayah. Tok Ayah, sedaya upaya In tunaikan impian Tok Ayah. In cuba selagi termampu. Dan Inya'allah, ada umur panjang sampai In di rumah, In akan ke kampung jenguk Tok Mak dan Tok Ayah. Ada hadiah buat Tok Ayah dan Tok mak.Pasti Tok Ayah dan Tok Mak suka sangat.tak lupa juga, ada juga hadiah buat mak dan ayah.
Terima kasih ya Allah kerana meminjamkan kasih sayang mak, ayah, tok mak, dan tok ayah pada In. Moga kite bertemu esok nanti.
Now and forever, I'll be there for you my love....hukhuk:'(
Thursday, December 30, 2010
WELCOME HAPPINESS!
Deposit all the happiness you can in your bank account of memories.
TQ for your part in filling my account with happy memories, which I am still continuing to fill...
Remember these simple guideline for happiness:
1. Free your heart from hate.
2. Free your mind from worry.
3. Live Simple.
4. Give more.
5. Expect Less
SALAHKAH?
Salahkah? Besar sangatkah salah saye?Kalau memang benar saya dah dimaafkan, kenapa saya tidak rasa seperti dimaafkan? Ntahlah, saya hanya ada 1 pengharapan. Saya serahkan segalanya pada Allah. Kerana saya tahu, saya tidak ada kuasa utk memaksa hamba Allah utk memaafkan saya.
Saya minta maaf kerana mengguris dan menyedihkan hati anda. Membuat anda kecewa. Sesungguhnya, kenalilah diri saya, bukan itu yang saya maksudkan. Destinasi kita satu. Ke jalanNYA. Saya gembira ketika di ajak beriringan bersama ke jalaNYA. Hanya Allah sahaja yang tahu. Dan saya menanti saat itu.
Biarlah orang mengatakan saya kolot. Saya pentingkan diri. Saya tak faham orang. Saya sombong.Tapi saya tahu, hanya orang yang betul-betul mengenali saya tahu apa yang saya rasa dan apa corak kehidupan saya. Saya nak sampai ke syurga abadi. Bukan syurga dunia semata-mata.
"Semua orang pernah buat silap".
Kata-kata ini sering bermain di fikiran saya. Mengingatkan keikhlasan dalam menerima setiap hamba Allah. Saya redha menerima jodoh yang sanggup membawa saya ke jalanNYA dan membawa ke syurga abadi. Kerana itu yang saya inginkan dalam salah satunya menggapai redha Allah.
Walau selama mana pun yang dijanjikan Allah, saya akan tunggu insan yang dijanjikan Allah itu. Segalanya akan terjadi dengan izin dariNYA.Dan saya yakin dengan janji Allah. Saya tidakkan memutuskan sebuah ikatan persaudaraan dan perhubungan sesama Muslim kerana itu adalah perkara yang amat dibenci Allah. Sekali saya mengenali seseorang yang tidak kira siapalah dia, ianya akan kekal buat selamanya. kerana kita semua sama. InsanNYA yang kerdil.Saya marah dan sedih hanya sekejap. Kerana itu fitrah manusia manusia. Kerana itu juga, saya bukan alien =).
Saya nak kembali seperti dahulu. Seperti sediakala. Maafkan saya buat kali ini. Sesungguhnya saya sangat menghargai setiap detik dalam hidup saya.

Wednesday, December 29, 2010
KESETIAAN, DITINGGALKAN, & BERSERAH
si comel nak bercerita... tapi karang2 dulu (*_^)
Tetapi tidak seorang pun yang tahu kenapa sahabat ini menolak perkenalan dengan lelaki-lelaki lain. Sampailah satu saat, rakan biliknya terhidu akan sikapnya. Rakan biliknya terbaca mesej di paparan screen handphone sahabat ini. Dan barulah rakannya tahu bahawa hati si dia telah di miliki. Dan sejak itu, rakan-rakannya yang lain juga akur andai die masih menolak perkenalan dengan mana-mana jejaka yang hendak berkenalan dengannya.
Sahabat ini sangat mementingkan syariat Islam dan sangat menjaga batas-batas cintanya terhadap manusia. Sampai masanya, suatu ketika sahabat ini terhidu sesuatu yang tidak elok. Walaupun hatinya kecewa, tetapi tidak kelihatan langsung kekecewaan dan kesedihan di raut wajahnya. Sahabat ini redha pada ketentuan ILAHI. Teman istimewanya memutuskan agar membuat haluan masing-masing. Sahabat ini juga akur kerana baginya siapa dia utk memaksa si dia mencintai dan menyayanginya.
Sahabat ini juga berpeluang mengungkap kata-kata dengan calon isteri si dia. Dan sahabat ini yakin, Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui atas segala yang terjadi. Dalam hatinya terdetik;
" Ya Allah, jika dia bukan utkku, jauhkanlah die dari hidupku dan hatiku. sesungguhnya aku yakin bahawa dia akan datang semula dalam hidupku, dan aku harap, pada saat dia datang kembali dalam hidupku, hatiku telah tiada lagi utknya jika dia bukan jodohku".
Sahabat menjalani hari-harinya dengan penuh ketabahan. tidak pernah dikhabarkannya pada seorang jejaka yang telah lama menunggunya sejak di bangku sekolah menengah lagi. Kerana bagi sahabat, tidak adil jika setelah segalanya, baru die menerima jejaka tersebut. Sahabat terus mendiamkan diri sampai pada suatu hari, si jejaka yang meminatinya itu bertanyakan tentang sahabat dengan teman istimewanya dahulu. Pabila sahabat berterus-terang, jejaka itu sangat sedih dan terluka kerana si jejaka sangat mengharap sahabat itu bahagia. Rupanya tidak seperti yang disangkakan.
Sahabat hanya mendiamkan sahaja. Si jejaka tersebut tidak mampu berbuat apa-apa kerana si jejaka tersebut telah terlanjur melamar seorang gadis. Sahabat hanya tersenyum dan mengatakan
"kita tiada jodoh, terimalah dengan redha".
Dan sejak itu sahabat dan si jejaka tersebut mendiamkan diri. masing-masing mendoakan kebahagiaan antara mereka.
Selang beberapa tahun ditinggalkan teman istimewa, tiba-tiba satu panggilan dari number yang tak dikenali menelefon sahabat. Sahabat seakan kenal suara itu. Ya, itu suara teman istimewanya dahulu. Sahabat hanya tersenyum sendirian dan yakin pada doa yang yang sahabat doa satu ketika dahulu. Kerana keyakinannya pada Allah, sahabat menghadapi situasi itu dengan tenang sekali.
Sahabat menjawab panggilan telefon itu dengan seolah-olah tiada apa perkara yang terjadi antara mereka. Sesungguhnya tiada dendam di dalam hati sahabat.
Kerana ketulusan dan layanan baik dari sahabat kepada insan yang pernah menjadi teman istimewanya itu, membuatkan si dia menangis teresak-esak memohon keampunan dari sahabat. Tetapi sahabat dengan tersenyum mengatakan,
"sesungguhnya saya dah lama memaafkan awak, dan saya tidak pernah berdendam dengan awak. Kerana segalanya saya serahkan pada Allah.Saya sentiasa doakan awak bahagia bersama keluarga yang telah awak bina. Jaga isteri awak baik-baik.Dan juga anak".
Si dia terus-terusan menangis dan ingin kembali semula kepada sahabat. Berkat doa dan petunjuk dari Allah, sahabat menolak proposal si dia. Kerana bagi sahabat, sahabat tidak akan meruntuhkan rumahtangga orang lain dan melukakan hati perempuan lain yang bergelar isterinya.
Sejak dari itu, si dia mnghilangkan diri dan meminta maaf atas perlakuannnya yang dahulu.
Sehingga ke hari ini, sahabat masih meneruskan langkahnya yang disusun atur oleh Allah swt. Sahabat redha atas segala yang telah berlaku dalam dirinya. Kerana sahabat amat yakin pada perancangan Allah yang Maha Halus dan penuh hikmah.
*Bagi In, pabila kita yakin pada cinta dan janji Allah, kemana kita pergi, seteruk mana kita dikecewakan, hati tetap akan tenang walaupun pada suatu ketika airmata mengalir juga. Dan ketenangan pasti akan datang setelah itu....
In mengenali seorang hamba Allah ini. Dia seorang yang sangat setia. Dan harapannya hanya disandarkan pada Allah sahaja. Dalam diam-diam, tidak seorang pun yang tahu dia telah mempunyai teman istimewa dalam hidupnya. Pabila setiap kali ada jejaka yang cuba mendekatinya, dia akan tolak mentah-mentah dan tidak akan melayan langsung. Walaupun ada seorang jejaka yang amat meminatinya sejak di bangku sekolah menengah lagi. Sahabat ini tetap menolak jejaka tersebut. Tetapi tidak seorang pun yang tahu kenapa sahabat ini menolak perkenalan dengan lelaki-lelaki lain. Sampailah satu saat, rakan biliknya terhidu akan sikapnya. Rakan biliknya terbaca mesej di paparan screen handphone sahabat ini. Dan barulah rakannya tahu bahawa hati si dia telah di miliki. Dan sejak itu, rakan-rakannya yang lain juga akur andai die masih menolak perkenalan dengan mana-mana jejaka yang hendak berkenalan dengannya.
Sahabat ini sangat mementingkan syariat Islam dan sangat menjaga batas-batas cintanya terhadap manusia. Sampai masanya, suatu ketika sahabat ini terhidu sesuatu yang tidak elok. Walaupun hatinya kecewa, tetapi tidak kelihatan langsung kekecewaan dan kesedihan di raut wajahnya. Sahabat ini redha pada ketentuan ILAHI. Teman istimewanya memutuskan agar membuat haluan masing-masing. Sahabat ini juga akur kerana baginya siapa dia utk memaksa si dia mencintai dan menyayanginya.
Sahabat ini juga berpeluang mengungkap kata-kata dengan calon isteri si dia. Dan sahabat ini yakin, Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui atas segala yang terjadi. Dalam hatinya terdetik;
" Ya Allah, jika dia bukan utkku, jauhkanlah die dari hidupku dan hatiku. sesungguhnya aku yakin bahawa dia akan datang semula dalam hidupku, dan aku harap, pada saat dia datang kembali dalam hidupku, hatiku telah tiada lagi utknya jika dia bukan jodohku".
Sahabat menjalani hari-harinya dengan penuh ketabahan. tidak pernah dikhabarkannya pada seorang jejaka yang telah lama menunggunya sejak di bangku sekolah menengah lagi. Kerana bagi sahabat, tidak adil jika setelah segalanya, baru die menerima jejaka tersebut. Sahabat terus mendiamkan diri sampai pada suatu hari, si jejaka yang meminatinya itu bertanyakan tentang sahabat dengan teman istimewanya dahulu. Pabila sahabat berterus-terang, jejaka itu sangat sedih dan terluka kerana si jejaka sangat mengharap sahabat itu bahagia. Rupanya tidak seperti yang disangkakan.
Sahabat hanya mendiamkan sahaja. Si jejaka tersebut tidak mampu berbuat apa-apa kerana si jejaka tersebut telah terlanjur melamar seorang gadis. Sahabat hanya tersenyum dan mengatakan
"kita tiada jodoh, terimalah dengan redha".
Dan sejak itu sahabat dan si jejaka tersebut mendiamkan diri. masing-masing mendoakan kebahagiaan antara mereka.
Selang beberapa tahun ditinggalkan teman istimewa, tiba-tiba satu panggilan dari number yang tak dikenali menelefon sahabat. Sahabat seakan kenal suara itu. Ya, itu suara teman istimewanya dahulu. Sahabat hanya tersenyum sendirian dan yakin pada doa yang yang sahabat doa satu ketika dahulu. Kerana keyakinannya pada Allah, sahabat menghadapi situasi itu dengan tenang sekali.
Sahabat menjawab panggilan telefon itu dengan seolah-olah tiada apa perkara yang terjadi antara mereka. Sesungguhnya tiada dendam di dalam hati sahabat.
Kerana ketulusan dan layanan baik dari sahabat kepada insan yang pernah menjadi teman istimewanya itu, membuatkan si dia menangis teresak-esak memohon keampunan dari sahabat. Tetapi sahabat dengan tersenyum mengatakan,
"sesungguhnya saya dah lama memaafkan awak, dan saya tidak pernah berdendam dengan awak. Kerana segalanya saya serahkan pada Allah.Saya sentiasa doakan awak bahagia bersama keluarga yang telah awak bina. Jaga isteri awak baik-baik.Dan juga anak".
Si dia terus-terusan menangis dan ingin kembali semula kepada sahabat. Berkat doa dan petunjuk dari Allah, sahabat menolak proposal si dia. Kerana bagi sahabat, sahabat tidak akan meruntuhkan rumahtangga orang lain dan melukakan hati perempuan lain yang bergelar isterinya.
Sejak dari itu, si dia mnghilangkan diri dan meminta maaf atas perlakuannnya yang dahulu.
Sehingga ke hari ini, sahabat masih meneruskan langkahnya yang disusun atur oleh Allah swt. Sahabat redha atas segala yang telah berlaku dalam dirinya. Kerana sahabat amat yakin pada perancangan Allah yang Maha Halus dan penuh hikmah.
*Bagi In, pabila kita yakin pada cinta dan janji Allah, kemana kita pergi, seteruk mana kita dikecewakan, hati tetap akan tenang walaupun pada suatu ketika airmata mengalir juga. Dan ketenangan pasti akan datang setelah itu....
Tuesday, December 28, 2010
SAYUNYA HATI NI
Semalam sewaktu duduk-duduk di playground, di tepi sebuah masjid, terdengar sayunya suara ustaz membacakan bacaan Al-Quran. Sedap sangat alunan bacaannya. Tersentuh hati ni. Sedikit demi sedikit airmata ni bergenang di kelopak mata tanpa diri ini sedari. sebak dan sayu sangat hati ni. Tak pernah dengar alunan yang sangat menyentuh hati.
Ikutkan rasa hati, hendak duduk di situ lebih lama, nak teruskan mendengar, nak isi rohani yang rasanya agak lama tak terisi dengan sentuhan sebegitu, tetapi teman seperjuangan dah menjemput utk pulang. Jadinya In pun melangkahkan kaki pulang. Walaupun dapat mendengarnya hanya seketika dan sedetik, ianya amat bermakna. Teringat Dr. Arif Zakaullah, yang mengajar In satu ketika dulu mengatakan, "Allah always touch the soft hearted". Pada masa tu kami sedang belajar tentang Tokoh-tokoh Ekonomi Islam. Terkebetulan tentang Ibn Hzm.
Siapa yang tak kenal Ibn Hazm al-andalusy, yang terkenal dengar syair-syair nya yang menyentuh hati. Bukunya yang sangat laris di pasaran, "Di Bawah Naungan Cinta". In sendiri sangat suka baca buku itu.. Sementara hendak sampai ke destinasi kepulangan, In menghabiskan masa dengan membaca buku itu dalam LRT. Buat readers, bacalah buku itu. Sangat bermanfaat.=)...
Terima kasih ya Allah kerana mendengar doa ini dan menggerakkan hati nurani ini ke jalan ketenanganMU. Ke destinasiMU yang hakiki..
Monday, December 27, 2010
CONFESSION SAYANGNYA IN PADA....MEREKA
SAYA SANGAT SAYANG......
kasih sayang mereka amat bernilai.... Kasih sayang pada mereka tidak boleh di jual beli...
MAK & AYAH
TOK MAK & TOK AYAH
SI COMEL BERCERITA
Hari ni cerah. tenang je. Duk sini asyik dengar lagu Maher Zain je.Lagu ape lagi kan, Always be There and For The Rest Of My Life la selalu yang diulang. Berangan je In ni. STOP! jangan berangan. ..hehe. Tercuit juga hati ni. Semalam mesej adik-adik di UIA. Rindunya pada semua (Rozi, CT, & Sal). CT and sal, nanti gi hiking jangan la lupa akak. Ajak akak sekali k. Mesti best kan dapat tengok pemandangan yang cantik. Jeles ni. Tengok pics dalam blog CT, geram je. hihi. dah lama tak buat aktiviti lasak. Mesti best kan. =)
Since CT dah cakap akak comel, akak admit lah. hihi. Akak comel awak ni rindu pada awak-awak semua. Akak mesej je, masing-masing bz. bz dengan program masing-masing. takpe, akak comel awak ni faham. Ape-ape pun akak sokong perjuangan kalian. Dah lame sangat akak tak gi UIA. Rindu bumi UIA.
Ingat lagi tak kite same-same bagi burung makan roti, biskut. Setiap pagi mesti burung-burung tu datang kat jendela bilik kite kan, kejut kite.=). Especially die kejut CT. Hihi. Sebab CT special case. gurau je. Marah CT nanti.
Ingat lagi tak, kite minum same-same. Akak buat air teh, kite minum same-same malam-malam. Sweet sangat memori waktu tu. bahagia je. hihi. Itupun kalau adik-adik ni balik bilik awal hari tu. Mostly, balik lambat je. Akak comel awak ni macam baby (ayat CT), tido awal.hehe. Ye la, asyik balik lambat je. Akak tido je lah. Waktu nak final exam, time tu lah ade game baru. Orang sibuk bace buku, akak main game,and akak pun ajak CT and semua maen game. Nakal akak ea. Saje tak nak bagi semua tension. Hihi.Marah CT akak maen game je. Orang nak exam, akak main game.
Bile lagi kite nak spend time bersama? Adik-adik, free-free kan lah time ya. Nanti kite jumpe ya. Akak bile-bile je boleh datang UIA.=)...
Buat semua, terima kasih tau teman akak berceloteh pagi-pagi, petang-petang dan malam-malam. Terima kasih teman akak di bilik. terima kasih sebab jadi roomate akak. terima kasih sebab sudi mengukir senyuman di wajah akak. Dan terima kasih pada kenangan terindah sewaktu akak di Bumi UIA.
Last but not least, terima kasih sebab jadi adik-adik pada akak yang comel ni... =)...
Salam rindu dan sayang buat semua...
Semoga semuanya sentiasa di dalam redha Allah.

Masihkah Ada Taubat Bagi Dosa Yang Berulang?
Soalan: Prof Madya Dr MAZA, saya seorang pemuda dan sering melakukan dosa. Sudah berulang kali saya bertaubat. Tapi kemudian saya tidak mampu kawal diri, saya buat lagi. Sudah berapa kali saya taubat sehingga saya rasa Allah sudah tidak mahu terima lagi taubat saya. Adakah taubat saya palsu? Adakah saya bohong Allah? Saya terus hanyut dengan perbuatan saya sendiri. Saya hendak taubat lagi, tapi rasa macam Allah dah tidak terima, atau takut saya sendiri ulang lagi. Boleh tak Dr berikan nasihat kepada saya?
Safwan, Melaka.
Jawapan Dr MAZA: Saudara, perasaan kesal atau keinsafan yang ada dalam jiwa saudara –alhamdulillah- menandakan bahawa cahaya iman itu masih kuat dalam diri saudara. Semoga kita semua selalu dibimbing Allah ke jalanNya yang lurus. Untuk soalan saudara maka saya jawab seperti berikut;
1. Secara umumnya taubat bermaksud kekesalan dan keinsafan terhadap dosa yang dilakukan, lalu memohon keampunan Allah dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Ini berdasarkan firman Allah: maksudnya:
“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal” (Surah Ali ‘Imran: 135-136).
Maka, asalnya taubat itu di samping keinsafan dan memohon keampunan, ia juga adalah azam untuk tidak mengulanginya.
2. Keikhlasan atau kesungguhan seseorang yang bertaubat itu hanya diketahui oleh Allah dan dirinya sendiri. Ketika dia bertaubat, jika ia lahir dari keikhlasan maka perasaan khusyuk, duka, insaf, mengharapkan keampunan Allah akan menyelinap masuk ke dalam setiap pelusuk jiwanya. Airmata keinsafan antara bukti kejujuran insan yang menyesal dan mengharapkan keampunan. Keinginan untuk berada dalam keampunan itu akan membawanya kepada azam untuk tidak mengulangi dosa. Jika taubat seperti itu berlaku, maka itu adalah taubat yang nasuha atau yang ikhlas. Ia diterima Allah.
Sekalipun kemungkinan selepas itu, atas kelemahan diri dan kecuaian, hamba yang bartaubat tadi tergelincir sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Jika, dia ikhlas pada taubatnya yang awal, Allah Maha Mengetahuinya dan insyaAllah akan mengampuni dosanya yang awal, juga dosa kemudian jika dia terus bertaubat lagi.
3. Taubat yang sebenar bukan satu perkara yang boleh dibuat-buat. Ia bukan satu lakonan. Perasaan keinsafan yang hadir dalam jiwa seorang hamba bukannya perkara yang diada-adakan. Ia adalah cahaya iman yang lahir dari kekudusan jiwa yang mengakui kebesaran Allah dan takutkan dosa. Apabila perasaan kerohanian itu wujud, maka seorang hamba pun bertaubat dengan penuh insaf dan nekad untuk tidak mengulangi. Siapakah yang mengetahui kewujudan perasaan itu dalam sesuatu jiwa? Sudah pasti hanya Allah dan insan yang bertaubat itu sendiri. Jika keadaan yang disebutkan itu berlaku, insan itu sebenarnya telah benar-benar bertaubat.
4. Insan atau anak Adam itu ada kelemahannya. Kadang-kala dia terjatuh lagi dalam kesalahan setelah bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Ini –seperti yang dijelaskan- kegelinciran kedua atau ketiga dan seterusnya tidaklah bererti dia tidak ikhlas dalam taubatnya yang sebelum itu. Namun, kelemahannya menyebabkan dia berulang kali jatuh ke dalam dosa, sekalipun telah benar-benar insaf sebelumnya. Maka, jika hal ini berlaku dia hendaklah mengulangi taubat dan jangan berputus asa. Syaitan akan membisikkan perasaan putus asa dalam jiwa, sedangkan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penerima taubat.
5. Hal ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda:
“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
6. Dari hadis di atas menggambarkan, selagi seseorang hamba Allah menyesal dan insaf, sekalipun telah berulang dosa, Allah Yang Maha Pengampun tetap mengampuninya. Namun, hendaklah kita berhati-hati kerana waktu kematian tidak pasti. Orang yang bertaubat dan berjaya mengawal dirinya tentulah lebih baik dari yang gagal mengawal diri. Tidak mustahil ketika dia gagal mengawal diri itu, kematian menjemputnya pergi.
7. Apapun, pintu taubat dalam Islam ini sentiasa terbuka. Tidak kira besar mana pun dosa, berapa kali ia mengulanginya. Insan jangan berputus asa dari rahmat Allah. Firman Allah: (maksudnya):
“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar: 53).
Putus asa dari rahmat Allah adalah bisikan syaitan yang enggan melihat hamba-hamba Allah kembali kepada Allah.
8. Antara cara untuk memboleh kita istiqamah dengan taubat kita ialah memohon pertolongan Allah agar kita tetap atas jalan hidayah. Al-Quran mengajar kita doa: (maksudnya)
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).
Nabi s.a.w pula selalu membanyakkan doa:
“Wahai Yang Membolak-balikkan jantung hati (Allah)! Tetapkan daku atas agamuMu” (Riwayat al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Abi ‘Asim- dinilai sahih).
9. Juga, antara langkah mengekalkan dalam kebaikan adalah dengan mendampingi mereka yang baik dan soleh. Teman yang baik dan mahukan kebaikan akan membawa kita berterusan dalam kebaikan. Begitulah sebaliknya. Firman Allah: (maksudnya)
“dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang menyeru Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaanNya semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui jantung hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran”. (Surah al-Kahfi: 28).
Hiduplah dalam lingkungan teman-teman yang selalu berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.
10. Maka, diingatkan jangan kita berputus asa dari rahmat Allah, dan jangan kita jadikan orang lain berputus asa dari rahmat Allah. Insan mempunyai peluang bertaubat sehingga nyawa ke halkumnya. Sabda Nabi:
“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).
http://drmaza.com/home/?p=1301

Friday, December 24, 2010
HUJAN TERINGATKAN AKU....
Hujan Teringatkan Aku
Tentang Satu Rindu
Dimasa Yang Lalu
Saat Mimpi Masih Indah Hidup Bersamamu
Terbayang Satu Wajah
Penuh Cinta Penuh Kasih
Terbayang Satu Wajah
Penuh Dengan Kehangatan
Kau Ibu Oh Ibu
Awan mendung, gelap. Petanda nak hujan. Patutlah hari ni sejuk sangat-sangat. Kesihatan pun macam cuaca hari ni. Ia datang balik. Teringat kene masuk wad dulu sewaktu tengah malam. Kesian mak dan ayah, terpaksa bawa gi hospital. Kene tahan sekejap. Sakit tak hilang-hilang, doctor masukkan air. Mak ade je duk tepi sampai mata ni tersedar. tapi hari ni ia datang balik....
Tahan je... tahan ya. Mak ayah jauh. Tak de sape nak bawa nanti. harap-harap kembali seperti sediakala. Esok pasti sembuh. Insya'Allah. If tak juga, Hospital Tuanku Mizan lah tempat yang paling dekat. Mak Ayah, doakan In sembuh dan sihat seperti sediakala. Tak nak jadi macam dulu. tak sanggup. Rindunya pada mak dan ayah. Wahai tummy, neutral lah....:'(...
In kuat...mesti boleh tahan...selamat berhujung minggu semua....
Thursday, December 23, 2010
DIA DAH BESAR
eeee dah besar dah die. alala... comelnye alif... eee geram Cik In tengok. Cubit pipi baru tau. Main cak-cak pulak die ya. Dah lame dah rasanya tak jumpe. Cik In macam nak balik kampung, tapi keadaan tak mengizinkan. Tak lame lagi Alif dah nak dapat sepupu. Siaplah Mak Long tu. hehe...
Geramnye tengok.... macam teddy bear. Tak sabar nak tunggu tengok Alif boleh duduk. Nanti Alif ikut Cik In gi jalan-jalan ea. Cik In drive, Alif duk sebelah k. Cakap kat ibu, Cik In pinjam Alif.Hihi
![]() |
| comelnye die.... geram...rupa macam ibunya.... |
![]() |
| ala.....minum susu ya. Sambil peluk bantal bushuk lagi...hihi |
BIARKAN
Bisakah aku mengorak langkah,
Mengukir senyuman seperti suatu ketika dahulu,
Bak sang burung berkicauan gembira,
Mampukah aku menjadi yang terbaik,
Khilafku membuahkan airmata kekesalan,
Memutuskan suatu yang bermakna,
Mengukir memori duka.
Biarkan saja airmata itu mengalir,
Jika ketenangan menjadi hasilnya,
Biarkan saja memori duka itu berlalu,
Agar senyuman terukir indah,
Biarkan saja perasaan itu tersimpan,
Kelak akan terluah juga dengan izinNYA,
Biarkan saja hati bersendirian seketika,
Untukku bermujahadah kepadaNYA yang ESA.
Biarkan TUHAN menjadi penyimpan rahsia hati ini...
Rahsia yang kekal abadi yang hanya dia sahaja yang tahu...

Wednesday, December 22, 2010
SAYA MINTA MAAF
In dah buat orang sedih dan kecewa. In minta maaf. Dan terpulang pada individu tersebut utk memafkan atau tidak. Segalanya In serahkan pada Allah. Segala yang terjadi ada hikmahnya. Kalau betul In telah membuat orang menangis dan sedih, In minta maaf. Dan pada individu tersebut, In serahkan pada Allah. Sesungguhnya ukhwah itu indah apabila bertemu dan berpisah kerana Allah.
In juga insan biase. Tidak lari dari membuat kesilapan. Segalanya In serahkan padaNYA. Wahai penilai hati... lihatlah dan nilailah dengan mata hati... wallahu'alam.

Tuesday, December 21, 2010
SAYANG
"Walau ku senyum... bukan bermakna hatiku tersenyum"
Sayang itu amat subjektif. Sukar diukur dan sukar utk pada sesetengah individu utk mengungkapnya. Dan sayang yang mahal terletak pada diri individu itu tersebut. Di mana ia meletak kemahalan sayang tersebut. Hargailah sewaktu insan lain menyayangi kita. Jangan kita biarkan sayang itu berlalu pergi begitu sahaja dan apabila kita baru tersedar setelah ia pergi, ianya sudah tidakkan bermakna lagi buat kita dan juga insan yang menyayangi kita.
Sayang yang ikhlas dan jujur adalah sayang yang amat mahal. Tidak salah pabila sering mengungkapkan kata sayang pada insan yang kita sayangi, kerana ucapkanlah selagi ia masih hidup ataupun selagi dia masih di sisi, kerana bila dia sudah tiada, ungkapan itu akan terus tersimpan buat selamanya dan akan membuat ianya sakit kerana tersimpan lebih lama tanpa luahan. Jangan malu utk meluahkan. Contohnya, anak-anak sering malu utk meluahkan sayangnya mereka pada mak dan ayah masing-masing. Ungkapkanlah sementara mereka masih hidup. Agar penyesalan di kemudian hari tidakkan timbul.
Dan sayangilah DIA yang utama, kerana, kerana DIA yang mengizinkan sesuatu itu. Tanpa keizinan dariNYA, segalanya yang diinginkan tidakkan akan menjadi nyata. Ada sesetengah dari kita amat sukar menyatakan sayang walaupun dalam hatinya ada rasa itu. Kenapa ya? Pendapat In, mungkin sayang itu amat istimewa di hatinya yang tak mampu diungkapnya dengan kata-kata seperti orang lain. Dan pasti insan yang mengharap kata-kata itu darinya akan merasa sakit. Tetapi fahamilah, insan yang sebegitu perasaan sayangnya amat mahal dan istimewa kepada tersebut. Insan sebegini, lihatlah dari tindakannya. Itu juga 1 bukti perasaan sayangnya. Jagalah kata sayang pada yang betul-betul hak, dan saling menyayangilah antara 1 sama lain, kerana Allah kasihkan umatNYA yang saling menyayangi antara 1 sama lain. Wallahu'alam.

Friday, December 17, 2010
MAK AYAH DATANG....
Hari ni sejuk sangat. Sangat-sangat. Kepada CT, akak comel awak ni minta maaf sangat-sangat. Akak tak dapat nak datang UIA dalam masa terdekat ni, sebab mak ayah datang. jadinya akak perlu menyambut kedatangan mak dan ayah akak... maaf ya CT. Insya'Allah, kite jumpe and akak will let u know bile akak akan datang k my dear... ;)Suka sangat mak ayah datang sini. Macam dah lame je tak jumpe mak dan ayah. Mak dan ayah nak bercuti, jalan-jalan. Adik dan Along tinggal.
"Kamu berdua, sila jaga rumah mak ayah baik-baik. Hehe. Dan jaga rumahtangga baik-baik... Hihi. Angah yang single ni nak jalan-jalan dengan mak dan ayah. Jangan jelous ea."
Jubah utk mak ada ni. Mesti mak suka. Mak nak yang macam In punya. Tapi patern tu dah takde dah mak sekarang. Dan In beli yang sama jenama dan patern lagi lawa utk mak. Nanti mak tengoklah. Mesti mak suka.Tak sabar nak tunjuk kat mak.
Malam ni, after Maghrib terus gi Kajang rumah makteh bertemu mak dan ayah. Mak doakan In selamat sampai. Esok jom lah kite ke pantai. Tengok matahari terbenam dan main-main air dengan nana comel. Jom lah mak ea. Pujuklah ayah. Hehe... Dah lame tak gi pantai. Dah bertahun kite tak berpicnic same kan?
Hari ni hati terasa tenang sahaja. Alhamdulillah. Pabila kata-kataNYA sentiasa menari-nari di mata pemilik Cahaya Mata ini, hati ini sentiasa tenang dan sangat kagum akan anugerahNYA yang tak ternilai.
buat Kak Sha, moga cepat sembuh. Kesian akak....
Jumpe nanti hari Selasa...=)
Wednesday, December 15, 2010
DON'T BE SAD... JANGAN BERSEDIH...
Salam'alaik... Hari ni terasa tenang. Alhamdulillah =)...
Buat ape lah kesayangan In kat rumah tu. rindunya pada die. Moga cepat beshar ya... Rindunya pada die...Tak terkata rindunya... Macam teddy bear.hehe
Merujuk kepada tajuk di atas, jangan bersedihlah In. Allah itu Maha Mengetahui. Kenapa DIA beri kite sedih? sebab Dia nak kita rasa nikmat bahagia yang kita sendiri tak jangka akan kebahagiaan yang akan kita dapat. Galilah hikmah disetiap musibah dan ujian, pasti terasa kemanisan itu.=)
Pandai je In ni berkata-kata, tetapi kadang-kadang kalah juga. Kesedihan itu tersasar juga. Ingat pesan mak selalu, Sayang Allah dulu... Terima kasih mak. Yang penting kita juga perlu menghargai diri kita sendiri. Ye lah, siapa yang akan menghargai kita jika tidak diri kita sendiri kan?
In... jangan besedih lagi...jangan bazirkan airmatamu. Sungguh mulia andai airmata yang mengalir kerana takutkan Allah dan mengharap kasih dan cintaNYA... =)... Hidup mesti ceria. Tiada siapa yang mampu mengubah takdir. Segalanya telah tertulis di Lauh Mahfuz.
Monday, December 13, 2010
CINTA ILAHI CINTA YANG HAKIKI
Kalau kita cintakan manusia, manusia akan pergi dan akan buat kita menangis kecewa. Tetapi pabila kita cintakan Allah, DIA tidakkan pernah mengecewakan kita. Malah memenuhi segala hajat yang kita nak. Sesungguhnya cinta Allah itu, cinta yang amat menenangkan. Who knows? Segalanya akan dirasai pabila kita meletakkan cinta kita padaNYA.
Seringkali cinta manusia ini membawa kepada tangis dan duka. Kenapa manusia itu mahukan kesempurnaan sedangkan diri sendiri tidak sempurna. Yang layak memiliki segala kesempurnaan adalah Allah swt. Kita takkan mampu memiliki sebuah kesempurnaan. Tetapi kita boleh mengejar sebuah kesempurnaan andai cinta kita sandarkan hanya padaNYA. Kerana hanya DIA yang mengizinkan sesuatu perkara itu terjadi.
Sesungguhnya DIA tidak pernah mengecewakan kita... Hati yang perlu percaya dan yakin pada ALLAH. Kadang-kadang kita manusia ini lemah. Kita tak sedar yang kita melebihkan ciptaanNYA dari DIA. Moga istiqomah di jalanNYA. Salam sayang buat hati kecilku =) IN

Friday, December 10, 2010
COMOT & COMEL
=)... "Ape die?"- mak tanye in.
"tak de pape la mak, kite cakap sorang-sorang."-jawab In.
Bile kadang-kadang ayah tanye pun, In memang tengah cakap dan mengomel sorang-sorang. mak dan ayah pun dah faham dah anak daranya yang sorang ni. Pastu mesti mak ngan ayah ketawa. Ye la, lain anak, lain lah perangainya kan. Ntahlah, kadang-kadang In suka cakap pada diri sendiri. Seolah-olah bercakap dengan diri sendiri. Tapi memang pun.
Suatu ketika dulu, In ade comot dan comel. Geli nak pegang die, tapi suke tengok die. Bile waktu siang je, In letak depan pintu, sebab nak diorang kene cahaya matahari. Kesian diorang. In nak keluarkan, In takut, sebab In geli, geli nak pegang. Bile In masak, In bawa diorang ke dapur. In cakap la dengan diorang, sambil tu diorang main pusing-pusing dalam sangkarnya. Ada 1 hari, sangkarnya terbuka, terkejut In. Masa tu In tengah masak, puas cari comot. Tak tahu nak pegang die macamane...geli....sebab kecik dan comel sangat.
Last2 jumpe die bawah rak pinggan dekat dengan tangga rumah. In pun terpaksalah menggunakan jari-jemari ni ambil die. Cian die, mujur tak masuk bawah dapur. Dah la kecik...geram je. Bile waktu malam, ayah, along dan adik mesti bawa diorang duk tengah ruang tamu sambil tengok TV. Sambil-sambil tu beri diorang makan kacang botol. =)...Comel...
Rindu pulak pada comot dan comel. Tapi sekarang, kedua-duanya dah takde...hayat mereka tak panjang...Sejak itu, tak pernah bela makhluk yang seangkatan dengan mereka. Kerana kami sangat sayang mereka. Mereka ialah hamster kami yang sangat comel.....=)
MENCARI KETENANGAN HATI YANG HAKIKI
-Duduk-duduk sambil jari-jemari menari di atas keyboard. Tercari-cari motivasi utk diri ini. Tiba-tiba terpaut pada sebuah entry... Ya...inilah yang dicari..terima kasih Allah..
MENCARI KETENANGAN HATI
Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang.
Ada orang berkata, "ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?"
Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan "membaca" kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli).
Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan. Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli.
Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af'al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.
Dimensi Kata, Rasa Dan Tindakan
Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi "hadiah" kepadanya. Firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai..." (Surah At Tahrim: 8)
Firman Allah lagi:
"... Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri." (Surah Al-Baqarah: 222)
Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan – forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kita?
Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.
Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!
Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:
Rasa kehambaan. Rasa bertuhan. Memahami maksud takdir. Mendapat hikmah di sebalik ujian.
Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti.
Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
Rasa Kehambaan
Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan, cercaan misalnya, seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah. Firman Allah:
"Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman." (Surah At Taubah: 51)
Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita "memberontak" hati akan bertambah kacau.
Imam Ghazali pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah "memberontak" kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya.
Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya.
Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu "demonstrasi" seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.
Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja' – innalillah wa inna ilaihi rajiun. Firman Allah:
"...Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali." (Surah Al-Baqarah: 156)
Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja'?
Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.
Rasa Bertuhan
Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan.
Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah.
Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, "la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!"
Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa.
Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah.
Firman Allah:
"Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat." (Surah Al-Baqarah)
Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang. Firman Allah:
"Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana." (Surah Al-Fath: 4)
Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:
Maksudnya: "Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan." – Al Hadis
Memahami Maksud Takdir Allah
Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can't direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.
Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita adalah hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.
Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya:
"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah : 216)
Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, "barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang."
Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan... mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.
Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.
Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini: "Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik."
Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih "kerja Tuhan" yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: "It's not what happens to you, but it's what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!"
Mendapat Hikmah Bila Diuji
Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh "mehnah" – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!"
Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian.
Ringkasnya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.
Firman Allah: "Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" (Surah Al-Baqarah: 214)
Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.
Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: "Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah."
Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.
Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.
Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita.
Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat... hanya berada di dalam hati sendiri!
- Artikel iluvislam.com
USTAZ PAHROL

Thursday, December 9, 2010
PENGHARAPAN YANG TERHENTI
Emmm.. siapakah yang sudi menerima diri kita seadanya? jawapannya hanya Allah. Hanya Dia sahaja yang mampu menerima umatNya even yang penuh dengan dosa. Apabila umat itu tersungkur, mengharap keampunan dariNya, hanya Dia sahaja yang mampu menerima sepenuh hati walau sebanyak mana kekecewaanNya pada umat itu.
bagi In, In tidak mengharap penerimaan seadanya dari umat Allah sendiri. Kerana penghargaan itu tiada kepastian. Penghargaan yang pasti hanya ada pada Dia. JanjiNya juga pasti. In tak nafikan. Pabila bermunajat disepertiga malam, kemanisan cinta dan kasihNya amat terasa. Dan pada saat itu, terasa Dia sangat dekat dengan diri, walau tak nampak dengan mata zahir, tetapi hati tetap terasa. Dan pada waktu itu juga, ketenangan tersirna, dan mulianya airmata yang mengalir yang bertaubat dan bermunajat padaNYA.
Berhentilah berharap pada manusia. Hati ini yakin, tiada siapa yang mampu menerima diri ini seadanya kecuali Allah. Tapi tak mengapa...biar hina di mata manusia asalkan tidak hina di mata Allah.. kita memang sedia tahu, cinta Allah tidak akan mengecewakan, dan utk apa kita berharap pada manusia... dan kita juga tak salah mengharap. Sesungguhnya diri ini serba kekurangan.
Maaf pada yang terkecewa.. saye tak sempurna...

KETIKA CINTA BERTASBIH
Assalamualaikum... Lame rasanya tak menulis. Seperti yang tertulis pada tajuk di atas...in sangat suka tengok cerita tu. Kalau ada jodoh takkan ke mana kan? Walaupun sebelumnya kita bertemu dengan insan yang salah. Emm semua orang pernah buat silap. Emmm indahnya jika cinta sesama manusia disandarkan pada Allah swt. rasa manis je. Semanis haruman syurga.
Tapi... dapatkah In rasa sebegitu? =( Setiap orang ada cara tersendiri utk meluahkan rasa hati dan cinta. Tapi bagi In, In sangat malu utk meluahkan. Ye lah, terpulang pada individu. Cinta itu subjektif. Bagi In, asal cinta yang berlandaskan Islam, dah alhamdulillah dah. Zaman sekarang, bukan mudah nak kecap sebegitu. Dugaan dunia amatlah hebat.
Emmm bersyukur sangat pada Allah if kita bertemu dengan insan yang kita suka dan sayang. Kadang-kadang kita bertemu dengan insan yang tak kita sukai, tetapi die sahaja yang suka pada kita. Tetapi percayalah, perancangan Allah itu Maha halus. Pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Hanya Dia sahaja yang mengetahuinya. Percaya dan yakinlah padaNYA.
Oh Tuhanku, agungnya kuasaMU, menciptakan segal-galanya penuh misteri... Semuanya membuat ku berasa kagum...
Ya Allah, terimalah amal ibadahku di dalam lembayung rahmatMU...
Aku tahu, hanya Kamu sahaja yang mampu menerimaku seadanya, tetapi bukan makhlukMU...
Terima kasih kerana menerimaku walau dalam apa keadaan aku ini...
Friday, December 3, 2010
INTERVIEW KPLI
Alhamdulillah... dari pagi dengan penuh debaran... terjawab juga... Alhamdulillah... Terima kasih ya Allah kerana mendengar doaku... Dapat panggilan interview utk KPLI. Bersyukur padaNYA. Rezeki Allah datang dengan yang tak diduga... Dan In tak sangka... Terima kasih pada sahabat, keluarga yang memberi sokongan. Rasa terharu... Dan ada rasa sedih kerana rakan-rakan seperjuangan tak dapat. In yakin, mungkin ada yang lebih baik utk mereka. In doakan semua...
Moga Allah mempermudahkan jalan hidup In di dunia dan akhirat. Amin. I trust YOU. Kepercayaan hati ini takkan berganjak walau seinci pun....
Buat sahabat terbaik... kepercayaan dan keyakinanmu padaku tak pernah luntur. Terima kasih sahabat... hari ni saya gembira...=)

Thursday, December 2, 2010
CINTA DAN KASIHNYA
Hari ni rasa tenang je. Alhamdulillah. Cinta dan kasihNYA menghadirkan ketenangan di hati. Terkadang Allah memberi kita bahagia dan gembira, tetapi jangan kita lupa, di sebalik kegembiraan dan kebahagiaan itu akan terselit ujian dariNYA. Yang mungkin kita tidak perasan.
Semakin kuat cinta dan kasihku pada Allah, semakin banyak ujian dan dugaan yang perlu aku tempuhi. Hidup yang penuh dengan gelora. "Allah always touch the soft-hearted".... Orang yang hatinya lembut suci dan paling besar kasih sayangnya dari percikan rahmat ILAHI....
Petikan dari surah Ali Imran ayat 159:
"Maka disebabkan kasih sayang Allah lah engkau berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu".

Subscribe to:
Posts (Atom)