Salahkah? Besar sangatkah salah saye?Kalau memang benar saya dah dimaafkan, kenapa saya tidak rasa seperti dimaafkan? Ntahlah, saya hanya ada 1 pengharapan. Saya serahkan segalanya pada Allah. Kerana saya tahu, saya tidak ada kuasa utk memaksa hamba Allah utk memaafkan saya.
Saya minta maaf kerana mengguris dan menyedihkan hati anda. Membuat anda kecewa. Sesungguhnya, kenalilah diri saya, bukan itu yang saya maksudkan. Destinasi kita satu. Ke jalanNYA. Saya gembira ketika di ajak beriringan bersama ke jalaNYA. Hanya Allah sahaja yang tahu. Dan saya menanti saat itu.
Biarlah orang mengatakan saya kolot. Saya pentingkan diri. Saya tak faham orang. Saya sombong.Tapi saya tahu, hanya orang yang betul-betul mengenali saya tahu apa yang saya rasa dan apa corak kehidupan saya. Saya nak sampai ke syurga abadi. Bukan syurga dunia semata-mata.
"Semua orang pernah buat silap".
Kata-kata ini sering bermain di fikiran saya. Mengingatkan keikhlasan dalam menerima setiap hamba Allah. Saya redha menerima jodoh yang sanggup membawa saya ke jalanNYA dan membawa ke syurga abadi. Kerana itu yang saya inginkan dalam salah satunya menggapai redha Allah.
Walau selama mana pun yang dijanjikan Allah, saya akan tunggu insan yang dijanjikan Allah itu. Segalanya akan terjadi dengan izin dariNYA.Dan saya yakin dengan janji Allah. Saya tidakkan memutuskan sebuah ikatan persaudaraan dan perhubungan sesama Muslim kerana itu adalah perkara yang amat dibenci Allah. Sekali saya mengenali seseorang yang tidak kira siapalah dia, ianya akan kekal buat selamanya. kerana kita semua sama. InsanNYA yang kerdil.Saya marah dan sedih hanya sekejap. Kerana itu fitrah manusia manusia. Kerana itu juga, saya bukan alien =).
Saya nak kembali seperti dahulu. Seperti sediakala. Maafkan saya buat kali ini. Sesungguhnya saya sangat menghargai setiap detik dalam hidup saya.

No comments:
Post a Comment