Wednesday, March 13, 2013

PERKEMBANGAN JANIN UMMI AYAH 26 MINGU^^


"Bayi kita berukuran kira-kira 36sm/15 inci panjang dan semakin aktif bertindak balas pada bunyi.
- Mata bayi yang tertutup selama beberApa bulan yang lalu kini mula terbuka dan dapat melihat persekitarannya (tapi sayang tiada apa yang mEnarik dalam uterus huhu)..sabar ye sayang..nanti keluar lihatlah dunia yang penuh pancaroba ni.
- Cuba nyalakan lampu berdekatan perut anda, pasti ada tendangan balas kerana saraf optik bayi telah berfungsi. (agaknya baby anda cakap” jauhkan lampu tu dari saya”..ouchh terangnya hehe)
-Iris iaitu bahagian yang menentukan warna mata masih belum banyak berpigmentasi. Apabila 6 bulan ke atas baru warna mata bayi terbentuk.
- Dalam minggu-minggu ini juga aktiviti gelombang otak bayi adalah menendang kerana dia tidak hanya mendengar suara-suara malah bertindak balas dengan caranya (peningkatan denyutan nadi dan aktivitinya)
- Bayi yang semakin berkembang mungkin akan merasakn ruang rahim agak sempit baginya, tapi jangan risau ciptaan Allah adalah unik..
*tips untuk mommy to be:- banyakkan berbicara dengan baby, membaca Al-Quran dan dengarkan surah2 Al-Quran , melodi yang lembut dan bapa bayi berbicaralah dengan bayi anda sebelum tidur ;)"

 sukanya baca perkembangan baby.....baby suka kan nasyid kan?ni pun sambil tulis-tulis ni dengar nasyid. Baby...selamatlah lahir ke dunia dengan selamat dan tepat pada waktunya ya. Ummi harap baby tak keluar waktu ummi di maktab. Emmm nak menangis je rasa...Macam ni lah pengorbanan seorang yang bergelar ibu...
Ummi harap baby faham ummi ya. Daokan ummi kuat dan selamat juga....Buat suami yg sedang membaca, doakan isterimu ini juga ya. Juga anak di dalam kandungan ini....
Ummi sayang baby dan ayah...... salam sayang buat anakku dan suamiku

Tuesday, March 12, 2013

UMMI MENJAHIT^^

Assalamualaikum wbt....

Emm dah lama rasanya tak update blog ni. Emm rindu nak update. Tapi tak ter update pun. Sekarang tengah sibuk. Sibuk menjahit dress mengandung. Ummi ada juga beli, tapi biaselah, yang berkenan  pun 2 je. Yang lainnya singkatlah, besar sangatlah. Ummi ni dah lah tinggi, susah nak cari baju pragnent yang labuh-labuh. Last-last ummi buat decision jahit sendiri. Jadi da 2 dress. Ada pula cikgu2 di sekolah nak tempah buat jubah, alamak.....ummi ni jahit suke-suke je. Takut nak jahit utk org.

Last week gi beli barang utk baby........
Eeeee geram ummi tengok. Rasa macam nak beli je semua. Tapi slow-slow kata ayah. Ayah pun sampai tak larat nak teman ummi. Berjalan je ummi. Ummi paksa ayah jalan juga. Then malamnya, ummi la penat......

Sekarang ni kaki ummi pun dah membengkak. Berat naik mendadak. Perut dah naik, naiklah beratnya. hihi....
Kaki ni tak larat nak menampung berat ummi kot. Tu yang sakit tu dan membengkak. Ummi cakap ngan ayah.... "abang nak tengok tak kaki Mc Donald?" hihi....
Malam-malam, ayah la kene urut kaki ummi ni. Nasib ade ayah yg baik hati^^....selalu tolong ummi. Cian nengok ayah kadang-kadang. 
Baby tahu kan yang ayah setiap malam cakap ngan baby. Bila baby respon, ayah suke sangat...... 

Alhamdulillah dikurniakan suami sebaik ayah. Anugerah Allah yg amat bernilai.....