Monday, November 15, 2010

SANDARANKU

Semua orang pernah buat silap. Dan Allah itu Maha Pemaaf. Tetapi kesedaranlah yang mampu menenangkan hati. Terima kasih wahai Allah kerana menyedarkanku akan segalanya.

Pabila kesunyian datang menjelma, perkara pertama adalah perlu megingatiNYA. Hanya Dia yang menerima diri ini seadanya. Tetapi tidak hambaNYA.SAndaran hati ini hanya padaNYA. Sesungguhnya hati kecil ini mengetahui bahawa Allah mentakdirkan sesuatu yang terbaik buatku. Kalau takde semua dugaan dan ujian hidup, mungkin diri ini tak macam sekarang. Biarlah dikatakan diri ini keras, kerana DIA diri ini begini dan hati ini amat yakin dengan perancanganNYA. 

Ya Allah, Engkau mengetahui apa yang tersirat di hati ini. Engkau mengetahui apa yang hambaMU ini suka, tak suka, sayang dan segalanya. Dan aku hanya berserah dan bersandar padaMU. Sampaikanlah khabar hati ni, kerana diri ini tidak berdaya melakukannya sendiri. Dan ianya tak pernah berubah sejak dahulu. Dan aku juga mengetahui sejak dahulu hingga kini. Sandaranku hanya padaMU.

Sebaknya hati, genangan airmata sahaja yang mampu aku buat. Tapi aku tahu, Engkau memelihara hatiku dan maruah diriku... Terima kasih Ya ILAHI... Hanya Engkau sahaja yang mengetahui segalanya...