Di sinilah tempatku dan kontinjen2 yang lain menginap....^^
Dan gambar-gambar di bawah ini adalah tempat sejarah yang pernah ku lakar suatu ketika dahulu....
Wahai Kompleks sukan Melaka, diriku kembali semula menjengukmu... pabila ku berjalan di setiap tempat itu, masih terbayang sewaktu diri ini training netball di situ.Ianya sudah berlalu 7 tahun yang lepas...
Di sinilah tempatku berjalan dan berkampung selama sebulan sebelum perlawanan kebangsaan suatu ketika dahulu. Macam tak percaya jek..^^
Di tapak inilah kami suatu ketika dahulu, team Melaka membuat latih tubi. Dan yang paling sweet sekali, pelajar tingkatan 5 yang menyertai kebangsaan suatu ketika dahulu terpaksa mengambil percubaan SPM di sini. Hihi... termasuklah diriku ini....
Di laluan inilah yang kami sering lalu suatu ketika dahulu usai menjalani latihan bola jaring utk ke dewan makan.
Inilah laluan yang sering kami lalu... Urm masih teringat kepada pemain-pemain itu, kak oyet, Yani, cikgu-cikgu dan ramai lagi.
Di dalam dewan ini lah kami membuat latihan indoor. pada masa duduk di dewan ini hari itu, ternampak bayangan kami membuat latihan suatu ketika dahulu... Erm sungguh sekejap masa berlalu....
Di kerusi-kerusi atau tempat duduk inilah tempat kami melepaskan lelah setelah penat bermain.
Ha...... dan di bawah pohon inilah pernah suatu ketika Yani dan diriku membuat trial SPM selepas kami berlatih bola. Sambil bersandar di bawah pohon inilah.
Semua itu kenangan yang amat bernilai dan sungguh tidak kusangka diriku ini sampai semula di sana...
Asif.... dalam gambar-gambar di atas tiada diriku. Kerana diri ini sendiri lah yang snap pictures ni.
Semoga kenangan itu tetap ada dan segar dalam ingatanku ini....
