" Tidak adil untuk saya ubah Faiza jadi perempuan seperti orang lain hendak. Yang penting saya tak ada apa-apa hendak kompelin tentang Faiza. Saya terima Faiza macam ni sebagaimana Faiza terima saya macam ni. Kenapa kita kena korban perasaan kita untuk beri orang lain puas hati? Kasih sayang itu anugerah, saya tak paksa kalau Faiza tak boleh! Tapi, Faiza cubalah. "
Novel ni amat bermakna untuk mujahid-mujahid Islam. Betapa besarnya pengorbanan seorang wanita bernama isteri... Tapi zaman sekarang, rata-rata mahukan seseorang yang dia sayang ubah untuk jadi apa yang dia nak. Sebenarnya ia silap, kekurangan adalah amanah Allah. Terimalah insan itu seadanya, lengkapkan segala kekurangannya, bukan menjadi bahan yang mengikut sahaja kehendak yang dia inginkan tanpa mengira hati dan perasaan pasangannya. Tidak akan ada kebahagiaan di situ.
Allah itu Maha Adil. Tahu apa yang hamba-Nya perlukan dan tidak perlukan. Dan Islam itu saling melengkapi antara satu sama lain. Sampai masanya sudah, Ain pasrah pada segala ketentuan. Diri ini hanya milik Allah. Kerana itu Ain redha atas setip yang terjadi. Emmm kesedaran yang Allah kurniakan itu amat mengusik hati ini. Ya Ilahirobbi...
Ain tahu, ranjau yang berduri ni tidak akan sunyi.... Apa-apa pun Ain perlu laluinya... Ain redha andai ini takdirnya buat Ain... Wallahu'alam.
