Kasih Allah swt...
Kita takkan tahu kasihNYA sampai satu masa kita sendiri merasainya. Tatkala kaki menjejakkan kaki buat kali ke dua di sana, hanya Allah sahaja yang tahu hati ini. Sungguh tidak terjangkau di fikiran akan sampai lagi di sana menyambut kasih dan sayang-NYA. Berguguran juga airmata tika teringatkan memori umrah kami. Aku pergi dengan seribu persoalan. Persoalan yang mungkin terjawab atau yang takkan terjawab di sana. Hanya satu yang kupinta, jangan hilangkan kasih-MU padaku yang berdosa ini. Itu yang sangat aku takutkan. Aku sendiri akan gusar andai aku berada di haramain airmataku tidak mengalir. Yang aku takutkan itu. Sebab, aku taknak sombong berjalan di bumi-MU ya Allah.
Saat aku menjejakkan kaki di Airport Jeddah, hatiku berdebar Allah taala sahaja yang tahu. Seolah seperti mimpi kerana tahun lepas (2018) rasa seperti baru menjejakkan kaki di sana. Tapi kuasa dan rezeki Allah tak siapa boleh persoalkan. Aku pendosa datang kepadaMU untuk kupersembahkan diriku untuk KAU menerimaku sebagai tetamuMU....
Sungguh hati sangat merindui. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang tersirat di hati ini. Andai diberi peluang, aku tidak mahu pulang. Akan kuteruskan hidup di sana. Tapi apa dayaku untuk menghalang takdir Allah untukku. Di sana tiada apa yang difikirkan melainkan hanya untuk-MU. Semuanya aku perasan....
Engkau beri yang terbaik buatku. Tempat terbaik dan masa yang terbaik untuk meluahkan segalanya. Andai Engkau tiada dalam hidupku, aku takkan masih di dunia ini. Hanya Engkau ya Allah yang sangat memahami hati dan kehendak ini. Dan hanya Engkau sahaja yang bisa memujuk tika hati ku terluka. Hanya Engkau sebaik-baik tempat untukku meluah segala.
Sesungguhnya aku mngetahui bahawa kasih sayang-MU mendahului kemurkaanMU... Allahu Rabbi.....Aku rindu haramain. Rindu yang teramat sangat hingga menitis airmata. Kuatnya kasih sayang-MU bertaut di hati ini. Jangan Kau jauhkan aku dariMU. Sesungguhnya aku amat memerlukanMU hingga nafasku yang terakhir dan hingga ke syurgaMU....


