Manusia berubah pada 2 perkara. 1 pada ketika memang belajar untuk berubah. Yang kedua adalah berubah kerana keadaan mendesak. Yang pertama memang da sering kita dengar. Tidaklah dihairankan sangat pun. Tapi yang kedua acapkali kita terfikir kenapa-kenapa dan mengapa. Perubahan kepada keadaan yang mendesak kau takkan faham apa yang dia telah lalui. Ada perkara yang terbuku di hatinya. Yang disimpan dalam-dalam. Yang tak mampu diluah dengan kata-kata. Walau didesak dan di asak pelbagai cara pun, dia takkan mampu meluahkan segalanya. Kerana apa?
Ada hati yang perlu dijaga. Ada maruah yang perlu dijaga. Ada rasa yang perlu dijaga. Ada Allah menjadi pendengar setianya tak kisah di mana dia berada.
Orang memang senang mengatakan, beri peluang pd diri sendiri. Buanglah yang lama, buka buku baru. Tetapi kau takkan mengerti segala apa yang telah dia lalui.Renunglah matanya dalam-dalam. Terlalu banyak yang disimpan yg adakala boleh menjadi barah. Berapa lama dia simpan usah kau tanya. Terlalu pahit untuk dilalui sedangkan jalan itu dia terpaksa tempuhi sendiri. Kalau dicerita, takda kata yang mampu terluah melainkan airmata berbicara. Bukan mudah, bukan senang untuk kau ubahnya semula. Bukan kerana degil atau egois, tapi kerana dia bukanlah seperti yang dahulu lagi.
Kaca yang hancur, apabila dicantum, takkan cantum cantik seperti yang asal. Hati, bukan kerana dia tak kuat. Tapi kekuatan dahulu yang dikumpul menjadikan dirinya yang sekarang. Sakit, perit utk dilalui berhadapan orang sebegini bukan? Tapi percayalah, hati tak sama seperti kaca yang berderai sebenarnya. Hati mampu dipujuk. Mampu dilentur. Percaya dan yakinlah padaNYA. Jangan sandarkan pada manusia. Tapi sandarkanlah harapan pd Allah. Insya'Allah, akan tertunai hajat kau.
Semuanya punya hikmah yang Allah sampaikan dengan cara yang halus. Ada redha Allah disetiap ujian. Ada seribu hikmah yang perlu kau gali dan cari. Kerana 1. Kasih sayang Allah mendahului kemurkaanNYA. Sang hati, merajuk itu perlu. Terlalu lama juga boleh menjadi gila atau pun sakit. Sesungguhnya kau sedar itukan?
Wallahu'alam

No comments:
Post a Comment