Wednesday, March 13, 2013

PERKEMBANGAN JANIN UMMI AYAH 26 MINGU^^


"Bayi kita berukuran kira-kira 36sm/15 inci panjang dan semakin aktif bertindak balas pada bunyi.
- Mata bayi yang tertutup selama beberApa bulan yang lalu kini mula terbuka dan dapat melihat persekitarannya (tapi sayang tiada apa yang mEnarik dalam uterus huhu)..sabar ye sayang..nanti keluar lihatlah dunia yang penuh pancaroba ni.
- Cuba nyalakan lampu berdekatan perut anda, pasti ada tendangan balas kerana saraf optik bayi telah berfungsi. (agaknya baby anda cakap” jauhkan lampu tu dari saya”..ouchh terangnya hehe)
-Iris iaitu bahagian yang menentukan warna mata masih belum banyak berpigmentasi. Apabila 6 bulan ke atas baru warna mata bayi terbentuk.
- Dalam minggu-minggu ini juga aktiviti gelombang otak bayi adalah menendang kerana dia tidak hanya mendengar suara-suara malah bertindak balas dengan caranya (peningkatan denyutan nadi dan aktivitinya)
- Bayi yang semakin berkembang mungkin akan merasakn ruang rahim agak sempit baginya, tapi jangan risau ciptaan Allah adalah unik..
*tips untuk mommy to be:- banyakkan berbicara dengan baby, membaca Al-Quran dan dengarkan surah2 Al-Quran , melodi yang lembut dan bapa bayi berbicaralah dengan bayi anda sebelum tidur ;)"

 sukanya baca perkembangan baby.....baby suka kan nasyid kan?ni pun sambil tulis-tulis ni dengar nasyid. Baby...selamatlah lahir ke dunia dengan selamat dan tepat pada waktunya ya. Ummi harap baby tak keluar waktu ummi di maktab. Emmm nak menangis je rasa...Macam ni lah pengorbanan seorang yang bergelar ibu...
Ummi harap baby faham ummi ya. Daokan ummi kuat dan selamat juga....Buat suami yg sedang membaca, doakan isterimu ini juga ya. Juga anak di dalam kandungan ini....
Ummi sayang baby dan ayah...... salam sayang buat anakku dan suamiku