Tuesday, January 31, 2012

MACAM-MACAM JADI

Salam'alaik... Baru sempat nak update blog...Ni mamar shaye...cumel kan?Dah pandai duduk dah...sangat lincah...Tak larat...hehe...Emm banyak perkara yang dilalui sepanjang tak update. Sebab sibuk dengan hal-hal yang lebih penting. Dan memori yang kupahatkan pada tintahati ini pun penting jugak...hihi..
Ni bunga... ku hias cantek-cantek di work station ku...agar segar pandangan mata lihat bunga yang tersenyum ni. So ni lah flora ku. Sejuk mata memandang mawar...ade peneman sebelahnya...bunga matahari dan juga bear cumel...Dan ade juga yang membuatkan sangat busy...iaitu pindah rumah....penat sangat tapi sangat seronok. Sangat gembira dan sangat bahagia hati ni...Nak kata barang banyak tu tak, tapi entahlah...hehe...

takde lah banyak kan...mujur ade insan yang sudi menolong. Terima kasih sangat-sangat...Tak terkata...Kecian Onie ku, terlepak atas tudung saji...hihi....Dan hati ni sampai tak terkata sekarang ni...ade rasa gembira dan bahagia...Tak nak fikir perkara yang akan menggugat perasaan, jadinya kite kene ceria...Kerana hidup ini sangat singkat utk kite nak berduka....
Emmm penatnya....
Dan yang sangat seronok lagi...Sok balik kampung, jemput mak ayah datang sini...Tak sabarnye. Lepas keje jemput mak ayah...Nantikan kepulangan anakmu ini, doakan kami selamat sampai mak ayah...
Emmm tak sabar nak jumpe Alif...Yang suke dengan bunga juga...nengok ni, alif main dengan bungaku...Tak mahu lepas,.Semua ie belek...Habis kosong kotak keronsangku....Alif2...Windu pada Mamar juga...



Monday, January 23, 2012

TAHNIAH WANIE^^

21 Jan 2012...
Seronok dapat jumpe kawan-kawan sekolah yang rapat di majlis wani...Tahniah wani...hihi...Selamat Pengantin baru...Ni hadiah buat wani...hehe...cantek tak?

Emm akhirnya kite semua bertemu kan?Dah lame sangat tak bertemu. Yang dari Mesir pun dah balik Malaysia, baru dapat jumpe. hihi...kakak angkat saye lah..

Emm tak sangka dapat jumpe ramai-ramai. Emm masa zaman sekolah dulu ni la member yang paling saye rapat...Seronok ade kawan seperti mereka. Dan tak sangka masing-masing (mostly) akan mendirikan rumahtangga tahun ni. Hihi...Kite semua take turn kan? ^^ Hihi...
Hope ukhwah kite kekal selamanya dunia akhirat...
Sangat sayang kamu semua...
Thanz semua...



Monday, January 16, 2012

ALHAMDULILLAH...SAYA BERSYUKUR APA YANG SAYA ADA SEKARANG


Alhamdulillah...
Aku sangat bersyukur apa yang aku perolehi sekarang. Hidupku semakin lengkap. Insya'Allah .
Rasa bersyukur ke hadrat ILAHI kerana di berikan peluang utk masih bernafas di Bumi Allah swt ini dan dapat merasai kebahagiaan di dunia ini selagi saki baki umurku masih ada.
Emm aku ingin menjadi wanita yang dituntut oleh Allah swt.

Sabda: 
"Sebaik-baik wanita adalah serendah-rendah maharnya"

Emm maksudnya sangat mendalam. Aku tidak mahu membebankan dia. Kerana pabila mahar itu mudah, akan terbit keikhlasan dihatinya. Kerana keikhlasan hati itulah membuat mahalnya mahar itu. Kerana keikhlasan tidak dapat di beli dengan wang ringgit ataupun harta. Dan harga sebuah keikhlasan itu sangat mahal.
Itulah impianku. Ingin menjadi sebaik-baik wanita. 
Dari ustaz Dr. Zaharudin :
Isteri yang 'mahal' lagi 'bernilai' pada pandangan Islam ialah isteri yang tidak meletakkan darjat & kemuliaannya kepada wang & harta, tetapi kepada iman & kasih dalam jiwa dan hatinya. Kalau diletakkan nilai dirinya kepada wang, wang akan hilang serta habis. Kalau diletakkan kepada iman & kasih suci dlm hatinya ia akan berkekalan sehingga hari kiamat dan seterusnya membawanya ke syurga.
 Jadinya, hanya dengan iman yang akan membahagiakan kita. Dan isteri dan juga suami yang beriman yang akan membahagiakan rumahtangga. Aku tidak menginginkan kemewahan, cukup sekadar dia ikhlas denganku, menerimaku, kasihkan aku,sudi berjalan beriringan bersama menuju jalan ke syurga abadi dan sama-sama berjalan beriringan denganku menunaikan impianku ke Makkatul Muqarramah sana. 
Nanti kt ke Makkah bersama ya...
Moga Allah mengizinkan impianku ini. Amin 

Sunday, January 15, 2012

SYUKRAN SAHABAT-SAHABATKU

I miss you all so much... Emm sangat rindu pada zaman sekolah kita...Kita same2 makan, tido, belajar, gi surau dan macam-macam lagi. Tak sangka sangat ukhwah kita kekal hingga ke hari ini. Terima kasih sangat-sangat atas kehadiran kamu semua. Buat Hana, Meci, Echa,dan Fana dan juga Elina dan Rahmatul... I love you all so much.
Emm waktu mak ayah tak dapat datang asrama sebab jauh, mak ayah fana  dah macam mak ayah kami dah...
Paling seronok, mak ayah fana bawa asam pedas. Suke sangat makan asam pedas mak fana. Memang tak dapat nak dilupakan. Sangat indah zaman persekolahan dahulu dengan adanya kawan-kawan seperi kamu semua.
Emm sangat seronok belajar bersama... Dulu in ni memang aktif netball, asyik tertinggal pelajaran je. Mujur ade kawan-kawan yang sebaik mereka ni membantu. Alhamdulillah. Dan result juga alhamdulillah, dapat masuk UIA. Universiti idaman in...^^
Memang sejak sekolah rendah berangan-angan nak masuk dan belajar di UIA. Akhirnya dapat juga kerana Allah memakbulkan doaku.Terima kasih ya Allah. Atas restuMU juga banyak kenangan di UIA hingga kini. 
Kerana di bumi UIA juga aku bertemu dengan hamba-MU...
Buat sahabat-sahabat...
In sangat sayang kamu semua. Dunia akhirat. Kamulah sahabat saye dunia dan akhirat.



Saturday, January 14, 2012

HATIKU...IMANKU ...HIDUP AMAT BAHAGIA DENGAN IMAN DI HATI

Manusia ni sering berubah-ubah, begitu juga dengan iman.emm kadang-kadang takut bila memikirkan iman. Memang aku pasti diri ini masih mempunyai kekurangan iman. Aku pilih jalan bersendiri malam ini untuk aku renungkan diriku selama aku masih bernafas ini. Telah banyak mungkin dosa yang aku lakukan, sedangkan mungkin taubatku hanya sekelumit.
Ya Allah,
terimalah daku... Aku masih mencari dan terus mencari nur Ilahi-MU. Emm janganlah KAU palingkan wajahMU dari hamba-MU ini. Kadang-kala aku kalah atas ujian dan dugaan-MU. Jangan Kau uji aku pada yang aku rasa aku tak mampu mengharunginya. Peliharalah hatiku, jiwaku dan juga imanku
Sesungguhnya aku mengerti hidup amat lebih membahagiakan dengan adanya iman di hati...
Masa sekolah dan sekarang ni berbeza sangat. Aku sendiri dapat menilai diriku...
Dimanakah cintaku padaNYA...

Aku rindukan yang dulu...rindukan iman di hatiku...
Hanya dengan iman aku kuat melangkah di bumi Allah swt ini sehingga hari ini...
Terima kasih buat mak dan ayah yang banyak menagajarku tentang agama, iman dan menjadi Muslim yang sejati.
Kerana ujian dan dugaan mengajarku juga bahawa hanya dengan iman yang mampu membahagiakan hati dan hidupku....
Wahai iman, bertandanglah di hatiku lagi :'(

TERIMALAH TAUBAT HAMBAMU INI

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah .....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Wednesday, January 11, 2012

PERUT

Kenapa perut ni, sakit je sejak semalam. Kadang-kadang elok, dan kadang-kadang sakit. Jap-jap lagi baiklah kan? Emm tak tahu sekarang nak cakap ape...em macam tak tahu nak cakap ape. 
Emm dan kadang-kadang takut nak cakap, nt hati sendiri yang terguris nt. Em lebih baik diam dari berkata-kata.
Sakit perut ni tak lah ssperti sakit di hati..Kalau sakit di hati sukar nak diubati...
Kadang-kadang rasa serba salah. Em nak cakap, nanti jadi lain, tak cakap nt jadi lain. Emmm lebih baik diamkan je kan?
Emm sekarang ni, terasa diri ni macam kaunselor pulak. Kat Office, ramai je yang sudi berkongsi masalah... Emmm kadang-kadang tuh tak tahu nak bagi pendapat macamane...blur... yang dah kawen pun berkongsi masalah dengan ku...
Emmm ade juga yang kata in ni tegas... Sebenarnya, in ade ingat pesan seseorang, 
"jangan buat diri kita mudah" 
maksudnya, jangan mudah kite terpengaruh...Maksudnya lagi, kite perlu ade prinsip...
Dan itu diri in...
Hidup mesti ada prinsip
Emmm...
k lah ya, perut sakit...Nak lelapkan mata...
Insya'allah nanti ia baik....Selamat malam...^^

Monday, January 9, 2012

SURAT BUAT BAKAL SUAMIKU

Salam'alaik...

Entah kenapa, malam ini, jari-jemari ini menari utk mencoretkan kepadamu... 
Buat bakal suamiku, terima kasih kerana memilih diriku. Dan aku harapkan kamu adalah yang terbaik dari Allah swt utkku. 

Buat bakal suamiku, peliharalah imanmu, sayangilah agamamu, semaikan peribadimu dengan acuan al-quran. Kerana aku tahu, engkau mampu menjadi yang terbaik buat isterimu ini nanti...
Maafkan aku andai engkau menemui kekuranganku. Sesungguhnya aku bukan insan sempurna, tetapi aku cuba utk menjadi yang sempurna seperti kamu juga mahu menjadi yang sempurna utk diriku...
Terima kasih kerana telah banyak membantuku baik dari segi lahiriah ataupun zahiriah. 

Alhamdulillah,dengan izin Allah juga kita dipertemukan. Tetapka pilihan sebagai teman dan kekal abadi hingga akhir zaman. Suatu hari nanti juga, aku amat memerlukanmu utk membantuku pd perkara yang mungkin tidak mampu aku lakukan, dan aku harap engkau sudi membantuku.... 

Dan aku berharap kita bahagia di dunia dan juga di akhirat, Pimpinlah diriku utk menjadi seorang wanita yang solehah, mukminah sejati buat peneman dirimu... Sesungguhnya aku mengerti jalan mujahadah itu pahit tetapi manisnya akan tetap kita temui. Jadikan juga aku wanita syurga... Indah pada maksudnya....

Aku cuba menjaga apa yang perlu aku jaga... Sombongku, diamku pada ajnabi yang lain bukan bermaksud aku jual mahal, tetapi aku ingin menjaga apa yang telah Allah takdirkan mu ini dan menjaga hatiku. Kerana Allah aku bertemu dirimu, dan hanya atas restu Allah juga hatiku terbuka utk menerimu...Dan engkaulah yang pertama dan terakhir dalam hiduku...

Terima kasih kerana memilihku... Maaf kerana tidak mampu meluahkan ini di hadapanmu, kerana itu kelemahanku dan ini kelebihanku, mencoretkan utkmu khas buatmu bakal suamiku...
SALAM SAYANG dari bidadari hatimu...

Terima kasih buat lagu bidadari hatiku yang dikau tujukan buatku^^

~ KU PINANG KAU DENGAN BISMILLAH~

Tuhan memberikanku cinta
untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
hanya untuk berkasih berbagi denganmu

atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah

hampa terasa bila ku tanpamu
hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
hanya dirimu satu yang aku inginkan
ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu 




MACAMANE NAK BUAT EA?

Dah lame tak update blog ni...Pastinya tintahati windu nak dengar cite dari hati ni kan?^^
Macamane nak buat ea kalau ade orang yang lagi kite tak suke die buat, lagi die buat...Eeee geram jek kadang-kadang tuh. Tapi tak boleh nak buat ape-ape...Then die boleh gelak-gelak lagi ya...
Bersabar je hati ni...
Orang yang suke kenekan org. Emm kesian saye :( kerana ade org tuh suke main-mainkan saye...
Ni rasanya, die baca jugak blog nih...Jangan nak gelak-gelakkan ea...In tahu ape yang kamu fikirkan...
Suke buli org... Di katanya macam budak kecit ya...
Nanti tunggu sape yang macam budak kecit atau sape yang macam budak beshar...
Kadang-kadang kalau tade senda gurau itu, sunyi juga...
Emm seyes je...Tak best juga.
Suke ketawa, happy2, tenang, dan comfortable. 
Walaupun kadang-kadang terasa nak marah, luar nampak marah, bila dalam hati...selalu kata...
"jangan marah"... hehe...
Tak marah, tapi geram...

Kalau kucing geram macamane? Macam ni ke?
Hihi...
Tawu tak geram...!!!!
Terima kasih sebab menceriakan hidup ini di sebalik kegeraman ini...hihi^^

Tuesday, January 3, 2012

ALIF & MAR


Balik kampung puas bermain dengan anak-anak buah...Geram sangat.Alif memang sangat mencuit hati. Bawa gi makan di Pizza, eeee die tepuk meja kuat-kuat masa waiter tu nak ambik order, terkujut semua...Alif2. Nakal...Then die ketawa....Geram sungguh gelagat die...
Eeee memang nakal... Dah pandai dah die panggil org. Bila ayah balik je dari kebun, Alif mesti duk tunggu depan pintu, dan akan panggil Aaaaaaaaaa....tok...Nak dukung lagi. Kalau ayahku tak dukung, mesti die nangesh. Mengada sangat die...hehe

Ni Mar...Panggilan manja, Mamar...Eeee suke ajuk org cakap. Tak lah sebiji dengan perkataan, tapi kalau mamar tengok org bercakap, mulut die akan terkumat-kamit, tapi tade suara...Hihi...Nakal juga nih...Cumel...Nengok mata die kat pic atas ni, macam tak puas hati...hihi..
Mamar marah angah ye....hehe

Ni Alif ni, waktu mula-mula tamau maen-maen dengan Mamar...Bile dah lame-lame, Alif baring sebelah mamar, terkujut semua bila Alif bersuara panggil Mamar..Alif paggil macam ni
"Maaaaa mar!" Lebut je suara Alif panggil. Hihi...dua-dua comel...

Hihi, ni Mamar waktu lepas Alif panggil....Tahun ni Mamar nak dapat adik lagi...Due date 5hb Ogos...Along ni...pandai ea....Nak skip contribute tenaga utk Hari saye la tuh..Takpe-takpe...yang penting baby selamat lahir ke dunia ini... Yey yey, Mamar nak dapat adik baru....
Mak ayah dapat 2 org dalam 1 masa...^^

Monday, January 2, 2012

MALU

Malam ini, aku coretkan sesuatu...
Sebelum tidur, aku ingin berkata-kata...
Entah knp diri ini terasa sangat malu...Seperti baru sahaja mengenali...
Malu yang teramat sangat. Akukah itu?
Ya, memang diriku...
Kerana aku sudah mulai rasa hormat, rasa dipimpin dan sebagainya...
"Bukan lagi seperti kawan-kawan", bak kata Pak Ngah...
Malu itu bagus, membuat lebih menghormati...
Azam tahun baru masih dalam practice lagi^^
Maaf kalau tersasul-sasul^^

Mulakan hidup baru dengan tak mau ingat perkara negative yang lepas.
Terima kasih kerana segalanya...
You as a leader,
and I will alwez respect you...
Rasa malu ini hanya Allah swt sahaja yang tahu...
Bersama dengan azam yang baru...
Life must be happy with full of happiness...

TERIMA KASIH KERANA MENDOAKAN KEBAHAGIAAN SAYA...

TERIMA KASIH
Maaf utk segalanya... Dan terima kasih kerana mendoakan diriku bahagia...
Dan semoga kamu bahagia juga...
Moga redha Allah sentiasa bersama kami...
Semoga berbahagia juga...
Kunci kebahagiaan...
Jagalah agama,
Insya'Allah akan kekal bahagia selamanya...
Hati yang ikhlas dan suci menenangkan hati, redha dan pasrah atas segalanya...
Utk bahagia perlu ada kepayahan dahulu...
Maaf andai terluka..
Allah lebih mengerti segalanya...
Dalam doa, semoga kamu bahagia juga...
amin