Friday, April 29, 2011

KIFARAH

Dah hampir 2 minggu demam, batuk dan selsema.... Kadang-kala demam datang, kadang-kala ia pergi... Emmm... dah lame tk macam ni. Last sakit macam ni waktu zaman sekolah-sekolah dulu....
tak larat rasanya... Tapi kugagahkan juga kerana tanggungjawab. Kepala dah berdenyut-denyut. Sweter ni terpakai je.

Kadang-kala kuberhenti menaip sekejap dek kepalaku yang pening ni. Kifarah dari Allah. Moga dengan sakit yang KAU berikan ini buat penghapus dosa-dosaku....

Sambil menaip, coklat ku makan utk memberi tenaga padaku. Coklat kegemaranku. Sewaktu rehat tadi.... tanpa sedar, terlena seketika. Rasanya baru sebentar mataku tertutup. Emmm... Ya Allah, gagahkan hamba-MU ini.

Air, dah sebotol kuhabiskan. Utk menampung kekurangan air di badanku.... Utk meneutralkan kepanasan badanku yang tinggi ni. Kesakitan-MU ini manis pabila ia menghapus segala dosa-dosaku....
Teringat pesan Ustaz semasa kuliahku dahulu, banyakkan istighfar. Kerana ia ubat segala penyakit dan penghapus dosa kita.....

Batuk lagi......

Maaf ya tintahatiku302. kuingin merehatkan diri seketika....
Esok sukan dah bermula di Melaka selama 3 hari. Jadinya ku kan berkampung di sana. Tempat lamaku sewaktu ku training netball kebangsaan di zaman sekolahku dahulu. "Kompleks belia Dan Sukan" & "ayer Keroh D'Village"....

Terimbau kenanganku training kebangssan dahulu.... Salam'alaik

TERIMA KASYI^^

Assalamualaiku wbt

Alhamdulillah hari ni diri ini masih bernafas di muka bumi Allah swt ini....Berat bahu terasa hari ni...Beg berat. Mahu travel^^... Sudah memulakan sukan semula^^. Macam kurang percaya, tapi perlu percaya pada diri. Macam kura-kura hari ni. Bawa beg beshar^^.
Seperti kura-kura membawa cengkerangnya...hikhik



Ini ONIE ku yang lagi satu^^.... Comelkan.!kan! Dah berusia 4 tahun.... Dah beshar.... Tengok tu, ONIE dapat ape? Terima kasyi^^. Cadburry 'hazel nut'.... hikhik... Sebuah kenangan suatu masa dahulu....Syuuuuuyh!! rahsia kite^^.hikhik
Dan Onie pegangkan munga tu sementara diriku mengemas-ngemas malam  tadi... Terima kasyi pegangkan. Suka haruman bungan mawar. Wangi.

 "jadilah tangan yang memberi bunga mawar, keharuman mawar kan mewangi di tangannya"

Mawar putih adalah pilihan hatiku^^. Mawar merah pemberian yang ikhlas.   ^^  Yang suci lagi murni. syukran jazilan. Moga redha Allah sentiasa selalu bersama selamanya.
Puas sudh kucium haruman itu. Sebelum meninggalkannya pagi tadi pun, kukucup juga mawar itu. Baunya harum mewangi.... rasa tak nak dilepaskan....hukhuk :'(
Jagakan bunga mawar baik-baik ya. Ia selalu dekat kerana terletak di tempat yg selalu diri ini duduk di situ....^^
Putih itu suci, jangan dicalarinya.

Sampaikan salam buat semua^^...
Salam sayang....
Senyuman indah terukir dalam tautan ukhwah yang suci dan ikhlas kerana Allah swt....

DIRIKU BEGITU BERHARGA^^

 
Wanita ibarat bunga... cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara...
 
Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya...
kerana akhlak itu umpama bunga diri.
Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlak buruk. Tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu...
 
Ibarat bunga.. Ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya...
Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan...
Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar..
Tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya....
 
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.
 
Kerana itulah... Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah...
Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang berhemah..
sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya..
sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang...
dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya... 
 
Islam tidak membezakan kedudukan atau darjat seseorang samaada mereka wanita atau lelaki melainkan berdasarkan ketaqwaan mereka kepada Allah... 
 
Firman ALLah dalam surah an-Nisa', ayat 24 yang bermaksud... 

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun." 
 
Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya : 
 
"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."(HR Muslim)