Friday, April 29, 2011

KIFARAH

Dah hampir 2 minggu demam, batuk dan selsema.... Kadang-kala demam datang, kadang-kala ia pergi... Emmm... dah lame tk macam ni. Last sakit macam ni waktu zaman sekolah-sekolah dulu....
tak larat rasanya... Tapi kugagahkan juga kerana tanggungjawab. Kepala dah berdenyut-denyut. Sweter ni terpakai je.

Kadang-kala kuberhenti menaip sekejap dek kepalaku yang pening ni. Kifarah dari Allah. Moga dengan sakit yang KAU berikan ini buat penghapus dosa-dosaku....

Sambil menaip, coklat ku makan utk memberi tenaga padaku. Coklat kegemaranku. Sewaktu rehat tadi.... tanpa sedar, terlena seketika. Rasanya baru sebentar mataku tertutup. Emmm... Ya Allah, gagahkan hamba-MU ini.

Air, dah sebotol kuhabiskan. Utk menampung kekurangan air di badanku.... Utk meneutralkan kepanasan badanku yang tinggi ni. Kesakitan-MU ini manis pabila ia menghapus segala dosa-dosaku....
Teringat pesan Ustaz semasa kuliahku dahulu, banyakkan istighfar. Kerana ia ubat segala penyakit dan penghapus dosa kita.....

Batuk lagi......

Maaf ya tintahatiku302. kuingin merehatkan diri seketika....
Esok sukan dah bermula di Melaka selama 3 hari. Jadinya ku kan berkampung di sana. Tempat lamaku sewaktu ku training netball kebangsaan di zaman sekolahku dahulu. "Kompleks belia Dan Sukan" & "ayer Keroh D'Village"....

Terimbau kenanganku training kebangssan dahulu.... Salam'alaik

No comments: