Pengisian ceramah tadi amat bermakna buatku....
Terima kasih Ustazah... Terisi juga rohaniku hari ini...Tercuit hati-hati yang menghadirkan diri di sesi itu...
Yang pertama kita perlu mengenali diri kita... Kita sebagai apa di Bumi Allah ini... Kita cuma hambaNYA... HambaNYA yang lemah. Aidilfitri yang bakal menjelma ini, perlu bersihkan hati kita. Perlu bersangka baik atas setiap perkara yang terjadi. Aidilfitri bukan untuk kita bersedih dan berduka. Ia adalah hari kemenangan buat kita dari Allah swt. Bersyukurlah sebagai hamba-NYA yang terpilih untuk merayakan Aidilfitri.
Jangan hiasi Aidilfitri kita dengan tangisan duka. Jangan bersedih andai tiada baju raya atau kuih raya... Kita masih yang lama. Di kesempatan hari kemenangan itu, jadilah diri kita yang baru. Jadinya dalam bulan Ramadhan inilah masa untuk kita polishkan diri kita. Menjadikan diri dan hati kita terbaik buat Allah swt.
Rasa tercuit ceramah ustazah tadi.... Ye lah, selama ni mungkin kita tak sedar dan perasan apa yang kite sedihkan dan terasakan... Sebenarnya kita tak layak untuk memarahi sesiapa...Tak berhak untuk berkecil hati dengan sesiapa, dan macam-macam lagi. Kerana kite semua sama sebahai hamba-NYA...
Pasport untuk kita di dunia ini adalah sebagai hamba-NYA, dan cable kita adalah La'ilaha'illallah....
Ustazah ada juga menyatakan, Kaum hawa ni akalnya 1, nafsunya 9. Sebab itu ia boleh buat pelbagai kerja dalam 1 masa. Tetapi kaum ajnabi akalnya 9, nafsunya 1. Dan kerana itu mereka hanya boleh fokus pada satu perkara sahaja dalam 1 masa. Dan purata umur ajnabi adalah 60-65, kerana mereka ini kerap memendam dan jarang meluahkan.... Ustazah menasihatkan supaya kaum ajnabi ni rajin-rajinlah memujuk dan meluahkan... Jika pendam je sakit nanti...
Itulah kata-kata terakhir ustazah....
Wallahua'lam =)
Monday, September 6, 2010
SENYUM SEINDAH SURIA
Minggu ni last week Ramadhan.... emmm sedihnya... Ramadhan kali ni berlalu dengan cepat. Mak dan Ayah dah terima kad raya... =) Alhamdulillah... Mak ayah mesti suke...hihi Tak sabar nak balik rumah, nak jumpe semua...
Emm ya, hari ni ada ceramah khas sempena Ramadhan di Lembaga Tabung Haji... Nanti boleh lah share same... =) Tajuknya Memuliakan Aidilfitri....
Hari Khamis, hari terakhir Ramadhan, aku baru pulang ke kampung. Emm tak sabar rasanya.... Emm... Sama-samalah kita menikmati Aidilfitri yang menjelang tiba... =)
Sesungguhnya Redha, ketenangan dan kebahagiaan dari-Mu yang kudambakan.... =)
Emm ya, hari ni ada ceramah khas sempena Ramadhan di Lembaga Tabung Haji... Nanti boleh lah share same... =) Tajuknya Memuliakan Aidilfitri....
Hari Khamis, hari terakhir Ramadhan, aku baru pulang ke kampung. Emm tak sabar rasanya.... Emm... Sama-samalah kita menikmati Aidilfitri yang menjelang tiba... =)
Sesungguhnya Redha, ketenangan dan kebahagiaan dari-Mu yang kudambakan.... =)
Subscribe to:
Posts (Atom)
