"Walau ku senyum... bukan bermakna hatiku tersenyum"
Sayang itu amat subjektif. Sukar diukur dan sukar utk pada sesetengah individu utk mengungkapnya. Dan sayang yang mahal terletak pada diri individu itu tersebut. Di mana ia meletak kemahalan sayang tersebut. Hargailah sewaktu insan lain menyayangi kita. Jangan kita biarkan sayang itu berlalu pergi begitu sahaja dan apabila kita baru tersedar setelah ia pergi, ianya sudah tidakkan bermakna lagi buat kita dan juga insan yang menyayangi kita.
Sayang yang ikhlas dan jujur adalah sayang yang amat mahal. Tidak salah pabila sering mengungkapkan kata sayang pada insan yang kita sayangi, kerana ucapkanlah selagi ia masih hidup ataupun selagi dia masih di sisi, kerana bila dia sudah tiada, ungkapan itu akan terus tersimpan buat selamanya dan akan membuat ianya sakit kerana tersimpan lebih lama tanpa luahan. Jangan malu utk meluahkan. Contohnya, anak-anak sering malu utk meluahkan sayangnya mereka pada mak dan ayah masing-masing. Ungkapkanlah sementara mereka masih hidup. Agar penyesalan di kemudian hari tidakkan timbul.
Dan sayangilah DIA yang utama, kerana, kerana DIA yang mengizinkan sesuatu itu. Tanpa keizinan dariNYA, segalanya yang diinginkan tidakkan akan menjadi nyata. Ada sesetengah dari kita amat sukar menyatakan sayang walaupun dalam hatinya ada rasa itu. Kenapa ya? Pendapat In, mungkin sayang itu amat istimewa di hatinya yang tak mampu diungkapnya dengan kata-kata seperti orang lain. Dan pasti insan yang mengharap kata-kata itu darinya akan merasa sakit. Tetapi fahamilah, insan yang sebegitu perasaan sayangnya amat mahal dan istimewa kepada tersebut. Insan sebegini, lihatlah dari tindakannya. Itu juga 1 bukti perasaan sayangnya. Jagalah kata sayang pada yang betul-betul hak, dan saling menyayangilah antara 1 sama lain, kerana Allah kasihkan umatNYA yang saling menyayangi antara 1 sama lain. Wallahu'alam.
Tuesday, December 21, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
