Wednesday, March 18, 2020

WARKAH CINTA BERBAU SYURGA



Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa
Setiap untai kata yang termaktub
Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga

Simpanan batinku hampir terbelah
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota cinta dari syurga

Biar beribu parut luka menghiris kalbu
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar
Sekalipun diriku terbuang di mata insan
Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini

Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu
Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ

[Selama-lamanya kelembutan
takkan pernah tewas dengan kekerasan]
Cintaku ini

Wednesday, December 25, 2019

TITIPAN MUJAHADAH UMRAH-1

Kasih Allah swt...
Kita takkan tahu kasihNYA sampai satu masa kita sendiri merasainya. Tatkala kaki menjejakkan kaki buat kali ke dua di sana, hanya Allah sahaja yang tahu hati ini. Sungguh tidak terjangkau di fikiran akan sampai lagi di sana menyambut kasih dan sayang-NYA. Berguguran juga airmata tika teringatkan memori umrah kami. Aku pergi dengan seribu persoalan. Persoalan yang mungkin terjawab atau yang takkan terjawab di sana. Hanya satu yang kupinta, jangan hilangkan kasih-MU padaku yang berdosa ini. Itu  yang sangat aku takutkan. Aku sendiri akan gusar andai aku berada di haramain airmataku tidak mengalir. Yang aku takutkan itu. Sebab, aku taknak sombong berjalan di bumi-MU ya Allah. 

Saat aku menjejakkan kaki di Airport Jeddah, hatiku berdebar Allah taala sahaja yang tahu. Seolah seperti mimpi kerana tahun lepas (2018) rasa seperti baru menjejakkan kaki di sana. Tapi kuasa dan rezeki Allah tak siapa boleh persoalkan. Aku pendosa datang kepadaMU untuk kupersembahkan diriku untuk KAU menerimaku sebagai tetamuMU....


Sungguh hati sangat merindui. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang tersirat di hati ini. Andai diberi peluang, aku tidak mahu pulang. Akan kuteruskan hidup di sana. Tapi apa dayaku untuk menghalang takdir Allah untukku. Di sana tiada apa yang difikirkan melainkan hanya untuk-MU. Semuanya aku perasan....

 Engkau beri yang terbaik buatku. Tempat terbaik dan masa yang terbaik untuk meluahkan segalanya. Andai Engkau tiada dalam hidupku, aku takkan masih di dunia ini. Hanya Engkau ya Allah yang sangat memahami hati dan kehendak ini. Dan hanya Engkau sahaja yang bisa memujuk tika hati ku terluka. Hanya Engkau sebaik-baik tempat untukku meluah segala. 
Sesungguhnya aku mngetahui bahawa kasih sayang-MU mendahului kemurkaanMU... Allahu Rabbi.....Aku rindu haramain. Rindu yang teramat sangat hingga menitis airmata. Kuatnya kasih sayang-MU bertaut di hati ini. Jangan Kau jauhkan aku dariMU. Sesungguhnya aku amat memerlukanMU hingga nafasku yang terakhir dan hingga ke syurgaMU....

Wednesday, November 20, 2019

HATI


Manusia berubah pada 2 perkara. 1 pada ketika memang belajar untuk berubah. Yang kedua adalah berubah kerana keadaan mendesak. Yang pertama memang da sering kita dengar. Tidaklah dihairankan sangat pun. Tapi yang kedua acapkali kita terfikir kenapa-kenapa dan mengapa. Perubahan kepada keadaan yang mendesak kau takkan faham apa yang dia telah lalui. Ada perkara yang terbuku di hatinya. Yang disimpan dalam-dalam. Yang tak mampu diluah dengan kata-kata. Walau didesak dan di asak pelbagai cara pun, dia takkan mampu meluahkan segalanya. Kerana apa?
Ada hati yang perlu dijaga. Ada maruah yang perlu dijaga. Ada rasa yang perlu dijaga. Ada Allah menjadi pendengar setianya tak kisah di mana dia berada. 

Orang memang senang mengatakan, beri peluang pd diri sendiri. Buanglah yang lama, buka buku baru. Tetapi kau takkan mengerti segala apa yang telah dia lalui.Renunglah matanya dalam-dalam. Terlalu banyak yang disimpan yg adakala boleh menjadi barah. Berapa lama dia simpan usah kau tanya. Terlalu pahit untuk dilalui sedangkan jalan itu dia terpaksa tempuhi sendiri. Kalau dicerita, takda kata yang mampu terluah melainkan airmata berbicara. Bukan mudah, bukan senang untuk kau ubahnya semula. Bukan kerana degil atau egois, tapi kerana dia bukanlah seperti yang dahulu lagi. 

Kaca yang hancur, apabila dicantum, takkan cantum cantik seperti yang asal. Hati, bukan kerana dia tak kuat. Tapi kekuatan dahulu yang dikumpul menjadikan dirinya yang sekarang. Sakit, perit utk dilalui berhadapan orang sebegini bukan? Tapi percayalah, hati tak sama seperti kaca yang berderai sebenarnya. Hati mampu dipujuk. Mampu dilentur. Percaya dan yakinlah padaNYA. Jangan sandarkan pada manusia. Tapi sandarkanlah harapan pd Allah. Insya'Allah, akan tertunai hajat kau.

Semuanya punya hikmah yang Allah sampaikan dengan cara yang halus. Ada redha Allah disetiap ujian. Ada seribu hikmah yang perlu kau gali dan cari. Kerana 1. Kasih sayang Allah mendahului kemurkaanNYA. Sang hati, merajuk itu perlu. Terlalu lama juga boleh menjadi gila atau pun sakit. Sesungguhnya kau sedar itukan?

Wallahu'alam

Monday, October 14, 2019

MOGA DINI JADI ANAK YANG SOLEHAH

 Pada ketika umi taip ni, anak umi tengah solat dengan ayah. Sejuk perut umi tengok. Umi suka tengok. Alhamdulillah... Suka umi dengar suara halus tu ikut ayah baca. Umi harap Dini takkan pernah tinggal solat ya. Jadilah anak yang solehah. Yang sering mendoakan umi ayah. Tiada apa yang lebih bernilai melainkan doa anak-anak yang soleh buat ibu dan ayah...

Umi ayah sayang Dini dunia akhirat. Dini kakak yang baik, kakak yang sangat memahami untuk adik-adik Dini di dunia ini nanti. Insya Allah....

Cintailah Allah semahunya anakku. Kerana dengan cintaNYA yang akan sentiasa membuatkan hatimu tenang. Hanya cintaNYA yang mampu menggembirakan hatimu walaupun kau sedang diuji dengan ujian yang hebat. Dan cintailah manusia keranaNYA. Kerana dengan keranaNYA, kau akan sentiasa tenang.

Umi ayah sayang Dini dunia akhirat. Setiap masa umi akan rindu Dini even umi di sekolah. Sayangnya umi ayah pada Dini hanya Allah sahaja yang tahu. Sayang yang tiada batas. Umi ayah sayang Dini dunia akhirat. Satu janji umi ayah, Umi dan ayah akan sentiasa sayang Dini.....

Salam sayang dari umi dan ayah.
Dalam hati umi ayah ada Dini, dalam hati Dini ada umi dan ayah....

Monday, October 7, 2019

ADA PERKARA YANG PERLU KITA SIMPAN


Hidup ini...Bukanlah untuk kau sorang-sorang..Ada perkara yang perlu kau simpan rapat-rapat untuk kau lebih kuat dan lebih menghargai. Dan akan datang andai kau memerlukan kekuatan, kau imbas kembali apa yang telah kau lalui. 
Tak semua perkara kau perlu luahkan. Cukup hanya Allah swt sahaja yang tahu. Dialah pendengar setia kau, tempat kau luahkan rasa cinta yang tiada batas. Memang kau akan rasa puas apabila meluahkan pada manusia, tetapi fikirlah dengan panjang...
Luah pada manusia, pelbagai andaian dan pendapat dan juga pandangan akan datang akan kau hadap. Tiada siapa yang layak kau luah pun, hanya DIA. Lalui sahaja harimu dengan senyuman...
Senyuman tanda kau redha, 
Senyuman tanda kau kuat,
Senyuman tanda kau boleh laluinya sendiri
Senyuman tanda kau ada DIA selalu...

Segalanya atas izinNYA. Untuk DIA naikkan martabat kau sebagai hambaNYA. Itu kalau kau Redha atas semuanya. 
Redhalah atas segalanya...akan ada yang baik-baik selepas ujian atau di masa kau diuji. Allah sayang kau. Kerana kasih sayangNYA mendahului kemurkaanNYA.
Kasih SayangNYA yang tiada batas...
AllahuRobbi
-innia-

Monday, August 19, 2019

HIDUP INI PERLU TENANG


HIDUP INI PERLU TENANG

Tenang...

Mudah untuk menyatakan... tapi bukan mudah untuk praktikkan. Hiduplah dalam suasana positif. Sentiasa positive kan diri. Tak kisahlah apa pun yang kau lalui, hidup perlu positive. Apabila hati yang bersih, akan lahirlah hormon yang sihat yang membuatkan airmuka mu tenang. Setiap hari create lah kata-kata positive untuk memujuk hati walaupun kau pedih dan perit. Walaupun kau tahu ianya sukar.

Kita tak tahu kita akan hidup sampai bila lagi di dunia ini. Apa yang ada ini, hargailah. Tipu jika hidup sentiasa positive. Tipu kalau tak rasa marah. Tapi kemarahan yang maksimum adalah beberapa minit sahaja. Dan yang beberapa minit sahaja itu yang akan menjejaskan mood harianmu. Yang akan membuatkan harimu pahit.

Aku juga insan lemah, yang kadang kala sukar untuk positive kan diri. Tapi aku yakin, setiap apa yang Allah hadirkan itu bersebab. Yang kita takkan tahu apa hikmah yang Allah nak beri sampailah saatnya hikmah itu kita rasa. RASA...ya RASA..HIkmah yang mampu membuatkan airmatamu jatuh tanpa disangka...Airmata yang sgt indah..

Satu yang aku pelajari, positivekan diri selalu. Sharing positive vibes to all, berjalanlah dengan tenang dan diam tanpa bicara. Buatlah hal yang positive kan diri, dekatkan diri pdNYA. Hati kau kan tenang. Ketenangan yang kau sendiri takkan jangka. Satu aura yang sangat indah. Pedulikan kata-kata negative yang datang. Senyum dan teruskan langkah. Kerana sebenarnya kau tahu siapa diri kau yang sebenar. Walau kau tahu kau bukanlah insan atau hambaNYA yang terbaik, sekurangnya kau sendiri sedar siapa kau. Dan itu lebih baik untuk kau perbaiki diri sendiri daripada menyalahkan orang lain.

Kuatkan hati untuk positive kan diri. Akan datang yang baik-baik dalam hidupmu nanti. Percaya dan yakinlah pada Allah, kau takkan sangka ketenangan yang Allah anugerahkan nanti.

alhamdulillah. Rasa itu takkan mampu kau jual beli...

#sharingpositivebvibes

#innia