Wednesday, January 15, 2014

KASIH SAYANG YANG TIADA TANDINGAN

Saban hari aku lalui hidup ini dengan dikelilingi yg amat kusayangi dan juga yang menyayangiku. Walau berenggang seketika, aku pasti rindu yang teramat sangat hingga menitis airmata. Segalanya terjadi dengan izin Allah swt. Ihdini Nurullah...dialah permata hatiku dan suami. Bila kulihat ke dalam matanya....ya Allah, sayang sangat aku padanya. Aku renung ke dalam matanya....oh anakku, wahai ahli syurga...terima kasih kerana hadir dlm hidup ummi dan ayah sayang.

Aku berharap, setiap apa yang aku lalui hari-hari dan yang akan aku lalui, ia tidak mengabaikan tanggungjawabku sebagai seorg ibu dan juga isteri. Aku ingin masuk ke syurga bersama insan yang aku sayangi. Aku juga tidak sanggup kehilangan insan yang amat ku sayangi. Hadirmu suami dan juga anak, adalah pelengkap hidupku. Yang mmg aku harapkan aku akan berrgelar ibu dan juga isteri.

"Masuklah wanita di mana-mana pintu syurga selagi dia melakukan solat lima waktu dan taat kepada suaminya"

Maafkan segala kekurangan ummi , dini. Maafkan segala kekurangan syg abg. Dini adalah hadiah yang amat berharga buat syg. Sayang Dini dan abg dunia akhirat. Moga kasih sayang kita berpanjangan hingga ke syurga.amin.....