Monday, January 28, 2019

HIKMAH UMRAH

Allahuakhbar...
Terlalu banyak hikmah yang datang selepas umrah. Tak terkata segala rahmat kurniaan Allah swt. Terlalu banyak untuk diceritakan.. 
Kasih sayang Allah swt sangat kurasai. Pada mula membuat keputusan untuk membawa puteri hati pergi umrah bersama, ada juga halangan dari sesetengah pihak. Tapi.... memang umi dah niat, umrah adalah hadiah untuk puteri hati umi ni. Sebab umi tak tahu apa hadiah terindah untuk Dini. Dan Umi nak kenangan terindah bersama puteri umi dan imam umi.
Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan Allah swt. Segalanya indah di Haramain. Kamu sangat istimewa di hati umi ayah sayang. Salah satu hikmahnya ukhwah yang dah lama terputus dari kalangan bekas guru sekolah menengahku  hinggalah pada sahabat lama terhubung semula. 
Allahu😢😭... 
Sungguh aku tidak sangka, besar hikmahMu. 
Jujur aku katakan, termenangis diri ini di hadapan Kaabah atas segala hikmah ini. Jujur juga dari hati ini kenapa Allah gerakkan jemari ini menari berkongsi pengalaman sepanjang di Haramain.

Pada mulanya berat hati ini untuk kongsikan kepada rakan-rakan di media sosial. Ye lah, sebab hati manusia kita tak tahu. Pasti akan ada yang mengatakan yang negative. Tapi... nekad dan niat dalam hati "ya Allah, aku berkongsi ini hanya keranaMu. Datanglah yang baik-baik pada kami dan moga bermanfaat pada semua".🤲🏻... 
Terketar jari-jemari ini pada mulanya untuk share sewaktu di sana. Allahu...😭...atas permintaan insan-insan yg baik, kutunaikan...
Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. Allah sebaik-baik penggerak hati... Hikmahnya selepas diri ini berkongsi rasa hati dengan kasih sayang Allah sangat bermakna. 
Allahuakhbar...
Indahnya hikmah tak terkata oleh diri ini. Tak terungkap dengan kata-kata, tak tergerak jemari untuk menaip untuk meluahkan.
Tatkala tika terkenang kami di sana, pasti airmata akan bergenang. Terasa istimewanya layanan Allah kpd pendosa seperti kami. Ya allah, sungguh kami tak sangka layananMu pada kami. Kami dtg membawa puteri hati, anugerahMu yang sgt istimewa untuk kami. Pelihara kami sentiasa di dalam jagaanMu hingga ke syurgaMu. Amiin.
Sebenarnya... terlalu banyak hikmah yang tak terluah. Biarlah rasa itu tersimpan dan terluah dari pandangan mata-mata yang terlihat. 
Terima kasih untuk segalanya...
Sesungguhnya aku mengetahui bahawa segalanya punya hikmah.