"Apabila manusia tidak kenal Allah, manusia tidak akan mencintai-NYA.
Apabila manusia tidak kenal Allah, manusia
tidak akan takut kepada-NYA.
Sedangkan cinta dan takut kpd Allah itu sumber segala kebaikan.
Tanpa cinta Allah, tidak ada cinta sesama manusia...."
Alhamdulillah....
Bersyukur kepada Allah swt kerana masih diberikan nikmat bernafas dan berjalan di muka bumi Allah swt ini. Rindu pada tintahatiku ini... Lame sangat rasanya tak menulis..Tulisan dan diriku tidak dapat dipisahkan. Alhamdulillah, barui habis berkursus di Kompleks Tabung Haji. Banyak input yang diperolehi.
Terdetik utk menulis, dan memang selalu In pesan pada diri ini. Kekurangan adalah amanah Allah swt buat kita. Kita jangan sedih atas kekurangan yang kita ada ataupun kekurangan yang terdapat pada insan yang kita sayang. Kerana, kekurangan itu adalah amanah Allah swt buat kita. Dan kekurangan kita adalah amanah Allah swt buat dia.
Allah swt sangat sayang pada kita. Tanpa kita sedar, segala yang kita lakukan DIA selitkan banyak hikmah yang baik buat kita. Terima kasih buat sahabat-sahabat yang tersayang. Buat sahabat-sahabat yang menemani dan teman yang menyayangi. Kehadiran semua melengkapkan diri ini sebagai hamba-NYA.
Jangan sedih pada diri kita yang jahil dahulu....Kerana mungkin kerana diri kita yang jahil dahulu, kita tak jadi baik macam sekarang.Segalanya punya hikmah. Allah tahu setiap yang terjadi. Kerana kasih sayang Allah mendahului kemurkaanNYA. Pabila memperkatakan tentang cinta Allah, rasa sayu dan sebak sangat.
Lagi besar suatu ujian itu, itulah besarnya sayang Allah swt buat kita. Buat insan yang dipilih Allah untuk menghadapi ujian tersebut.Wahai Allah, ampunilah segala dosaku dan dosa kami. Lindungilah kami dari perbuatan yang mengundang kemurkaan-MU.
Terima kasih Ustaz Nordin pada ilmu yang dikongsi semasa kursus.
