Thursday, December 30, 2010

ESOK CUTI (*_^)

Alhamdulillha, esok cuti. Dan insya'allah In akan pulang berjumpa dengan insan-insan tersayang. Tak sabar rasanya. Ayah called pukul 6.45 pagi tadi..

"Tak balik ke?Esok kan cuti", ayah tanye.

"Ye ke! Tak tahu pun ayah.:)...hihi", In ketawa.
"Insya'Allah, kalau takde ape-ape dan dipermudahkan, kite balik ;)", jawab In.

Sebenarnya dalam hati ni, gembira sangat. Iye lah, siapa tak gembira pabila akan bertemu dgn insan -insan yang kita sayangi kan?Mak, ayah dan Alif tersayang, nantikan kepulangan si comel ni.=). buat Along dan adik, I saje nak beri surprise dekat korang. Hihi;). If Angah balik, Angah sampai je rumah nanti. jangan marah.Dan Alif, bersedialah utk jadi teddy bear Cik In Alif yang comel ni ya.

Tak sabar nak tunggu esok. Lumrah, pabila ayah dah menelefon bertanyakan antara balik kg atau tak, pastinya perasaan ayah itu mahukan anaknya ini pulang. Faham sangat dengan ayah. Tak pe ayah, Insya'Allah In balik. Ayah doakan In selamat di dalam segala yang In lakukan. Terima kasih ;) ayah dan mak.

Emm... tiba-tiba rindu sangat dengan Tok ayah dan tok mak. Tak boleh nak telefon Tok Ayah. Nanti tok ayah nangis. selalu macam tu. Nanti In nangis sekali. Tak sanggup nak dengar tangisan tok ayah. Tok Ayah, sedaya upaya In tunaikan impian Tok Ayah. In cuba selagi termampu. Dan Inya'allah, ada umur panjang sampai In di rumah, In akan ke kampung jenguk Tok Mak dan Tok Ayah. Ada hadiah buat Tok Ayah dan Tok mak.Pasti Tok Ayah dan Tok Mak suka sangat.tak lupa juga, ada juga hadiah buat mak dan ayah.

Terima kasih ya Allah kerana meminjamkan kasih sayang mak, ayah, tok mak, dan tok ayah pada In. Moga kite bertemu esok nanti.
Now and forever, I'll be there for you my love....hukhuk:'(

1 comment:

IN said...

insya'Allah =)... Moga di beri kesempatan utk pulang...huhu