Monday, January 3, 2011

TRAVEL... UJIAN & DUGAAN NEW YEAR 2011

Sekejap je dah 2011. Kenangan dan memori semalam takkan boleh diputar balik. Cuma boleh diingati sahaja. Ada nama baru...hihi... Seorang hamba Allah ni selalu panggil Lin. Kenapalah dengan nama tu je dipanggil. Apa-apa je lah. Lin ke, In ke, semuanya same je. Yang penting diri ini tetap sama.

Emmm tak diberi kesempatan utk pulang ke kampung pun. Huhu. Tetapi travel jauh weekend. Teman Diana gi site utk thesis nya. Dalam peta lokasinya lain. Tapi bile pergi, tempat tu takde. Mengikut alamat, Pusat Asasi UiTm. Tetapi Asasi dah di pindah ke Puncak Alam. Jadinya kami pun pergilah sampai ke Puncak Alam tu. Sebelum sampai di Puncak Alam tu, sesat banyak kali sangat. Kenapalah signboard ke situ tak banyak. Kesian Diana.

Serata Shah Alam kami pusing. Tak jumpe tempat lagi, singgah sekejap dekat petronas, solat sume and rehat, dan sambung balik perjalanan. Perut pun tak rasa lapar bile keadaan dah genting. Kerete pun temperature naik. dengan hujan lebat lagi. Kami berteduh di masjid berdekatan dan solat sekali.Minta juga tolong dari sahabat di sana, tetapi die takde. Hadirkan diri ke kenduri. Em jadinya kami usaha sendiri. Sampaikan sahabat In tu dah sampai Shah Alam balik.

Bila dah penat lelah mencari site, sampailah kat UiTM Puncak Alam tu. Cantik jugalah pemandangan. Tapi sahabat saya yang di Shah Alam kata tak cantik. Hehe, tak tahu lah. Cantik tu kan subjektif. Dah sampai sane,tengok Plan nya di pintu masuk UiTM, macam tak same dengan plan yang di bawa oleh Diana. Emm dah pening dah. Tak tahu nak cari kat mane lagi.

Bila tengok balik plan, lokasi yang berdekatan dengan tempat yang kami pergi tu takda. Tak nampak langsung pun nama-nama tempat dalam plan yang Diana dapat. Adoi ai, di mana pulak lah lokasi site ni. emm dengan keletihan yang amat sangat, kitorang singgah di Petronas Shah Alam,tak ingat seksyen brape, solat sume dan perut pun lapar. Tak tahu nak cari macamane lagi. Masa tu pulak, hari dah gelap. Dah malam. If lokasinya jumpe pun, tak boleh nak ambil gambar.

Akhirnya minta juga sahabat In yang di Shah Alam, datang minta tengok plan yang kami bawa tu. Dia datang di tempat kami makan. Restoran D'kampung. Kesian die. Dah lah baru balik dari Nilai petang tadinya. Tapi dah takde sape lagi nak tanye, terpaksa menyusahkan die. Bila die tengok plan tu, rupanya tempat tu belum dibangunkan lagi. Dan kawasan tu adalah kawasan pendatang dan kampung-kampung. Dan die juga takde dengar kabar angin pun tentang pembangunan Pusat Asasi kat situ.

=( Muka masing-masing masam je. Dalam otak semua dah blank. Kesian sangat pada Diana. Terima kasih pada cik Hazwan yang tolong explain tempat tu. Tahun lepas  je dah banyak minta tolong die dan susahkan die. Sorry ea. Tak tahulah pada Diana. Hari ni Diana kene present site thesis nya. Hopefully dipermudahkan.

Lepas habis makan, tapi makanan pun tak habis. Sebab perut masing-masing dah masuk angin, kami pun pulang ke rumah. Dalam pukul 10 pm lebih juga la sampai. Penat sangat-sangat. Selepas solat je,terus naik tilam. Tak larat sangat. Macam nak pengsan. Tapi memang sangat-sangat menduga kesabaran hari tu. Then esoknya schedule main badminton pun terpaksa di cancel kan. Penat sangat.Seharian duk rumah. Merehatkan badan.

Bila fikir-fikir balik, bagus juga dengan hadirnya dugaan sebegitu. Kalau tak hidup ini sunyi dan tak tahu nak buat ape bile sesat atau ape-ape ke. Walau ape pun, TQ Allah, kerana dengan dugaan buat In lebih tahu dan faham erti hidup...=)

No comments: