Semalam sewaktu duduk-duduk di playground, di tepi sebuah masjid, terdengar sayunya suara ustaz membacakan bacaan Al-Quran. Sedap sangat alunan bacaannya. Tersentuh hati ni. Sedikit demi sedikit airmata ni bergenang di kelopak mata tanpa diri ini sedari. sebak dan sayu sangat hati ni. Tak pernah dengar alunan yang sangat menyentuh hati.
Ikutkan rasa hati, hendak duduk di situ lebih lama, nak teruskan mendengar, nak isi rohani yang rasanya agak lama tak terisi dengan sentuhan sebegitu, tetapi teman seperjuangan dah menjemput utk pulang. Jadinya In pun melangkahkan kaki pulang. Walaupun dapat mendengarnya hanya seketika dan sedetik, ianya amat bermakna. Teringat Dr. Arif Zakaullah, yang mengajar In satu ketika dulu mengatakan, "Allah always touch the soft hearted". Pada masa tu kami sedang belajar tentang Tokoh-tokoh Ekonomi Islam. Terkebetulan tentang Ibn Hzm.
Siapa yang tak kenal Ibn Hazm al-andalusy, yang terkenal dengar syair-syair nya yang menyentuh hati. Bukunya yang sangat laris di pasaran, "Di Bawah Naungan Cinta". In sendiri sangat suka baca buku itu.. Sementara hendak sampai ke destinasi kepulangan, In menghabiskan masa dengan membaca buku itu dalam LRT. Buat readers, bacalah buku itu. Sangat bermanfaat.=)...
Terima kasih ya Allah kerana mendengar doa ini dan menggerakkan hati nurani ini ke jalan ketenanganMU. Ke destinasiMU yang hakiki..

No comments:
Post a Comment