Thursday, January 17, 2013

18 WEEKS OF BABY...SHEKOLAH & AYAH


Minggu 18

Bayi Anda
Kulit bayi anda ketika ini masih lagi berkedut kerana mereka belum pun mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi anda juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, janganlah terperanjat jika tiba-tiba bayi anda menendang setelah terdengar bunyi kuat yang tidak anda duga. Bayi anda kini berukuran kira-kira 21 sm dengan beratnya 235 gm.

Tubuh anda
Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakan anak. Dalam masa yang sama, ibu hamil juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana semasa hamil, membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah. Sepanjang trimester kedua ini, anda akan dapat mengesan beberapa perubahan sampingan yang ketara pada tubuh selain daripada pertambahan berat badan."



comelnya die.....tak sabar nak menantikan kelahiran baby...malam tadi baby gerak-gerak ya?terjaga ummi. Tapi tak kejut ayah la. Sebab ummi tengok muka ayah penat sangat keletihan.Tak sampai hati ummi nak kejut. 
Petang ni ummi balik awal. Insya'Allah. Ummi relief lagi kelas BM.... Ape nak ajar hari ni ya?
Eeee...
semalam anak murid ummi cakap...
"ustazah, suara ustazah ni lembut je"
ummi jawab
"ooooo sebab saya lembutlah awak nakal ya? saya garang kang baru tau. nak?"
emmm cepat je die jawab tanak....eeee sabar je lah ummi tau...
Apa-apa pun ummi terhibur sgt2...
ni salah satu kelas yang ummi relief semalam...^^
Ummi cakap, sape nakal-nakal ummi ambik gambar die, emmm sume lari^^...haha
Emmm semalam pun ayah ade PMS...Lebih kurang macam KPI jugalah. Ayah dapat Gold. Alhamdulillah... Rezekimu baby....
ni ayah...handsome tak ayah?hehe...kalau baby muka macam ayah kan, mesti ummi geram...sebab ayah suka nyakat....hihi....Ayah...keje baik-baik....ikhlaskan hati kerana Allah swt...Tahniah buat ayah....
Salam sayang...

No comments: