Tuesday, January 4, 2011

TAHUN 2011

Alhamdulillah, diri ini masih bernafas lagi di dalam rahmat-NYA. Di tahun 2011 ni, In nak buat sesuatu perubahan pada diri. Dengan umur yang semakin menginjak dewasa, kematangan pun perlu dalam diri. Ayah ngan mak tanye juga kadang-kadang tu. Bila nak kahwin ni. In selalunya jawab ntah. Hehe. Tak pun kadang-kadang In jawab, tak tahu. Hehe. Mak dan ayah, jangan risau. In boleh jaga diri lagi buat masa ni.Akan ada nanti insan yang jaga In.


Tahun 2011 ni, In nak lambai jauh-jauh pada kedukaan masa lalu.Pada tangisan yang lalu. Pada kepahitan yang lalu. Sebenarnya, semua itulah membuatkan In lebih matang dalam menilai erti hidup. Biarlah orang nak cakap In hati kering, ego. Tetapi In ada pendirian In sendiri. In yakin pada perancangan dan janji Allah. Kerana In tahu, DIA tidakkan mengecewakan hamba-hambaNYA.In nak ucapkan terima kasih pada seseorang coz lift me up. Membuat In kembali seperti sediakala yang pernah dikenali dulu.=)Kalau tak gado, takde tangisan, In takkan sedar utk menghargai hari-hari yang mendatang. maaf ya. Tapi terima kasih sangat2...=)


In cuma manusia biasa. Kadang-kala kalah pada diri sendiri. Tahun ini dan selamanya, In tetap mahu menjadi anak yang baik. Cucu yang baik. Isteri yang solehah andai bile-bile sahaja jodoh itu bertandang. Kebahagiaan kita yang cipta, bukan dicipta oleh orang lain.Dan, In nak sentiasa tenang dan happy walaupun dugaan dan ujian datang. Insya'Allah.=)Kalau dulu In suka je mengukirkan senyuman dan tawa di wajah, In akan tetap kekalkan itu dan kecomelan itu.hehe...Moga ketenangan dan kebahagiaan menjadi milik In buat selamanya...amin


No comments: