Wednesday, January 5, 2011

CORETANKU

Si comel nak sharing. Tintahatiku302 ni adalah blog yang saje In hadirkan utk memori hidup In sendiri dan juga zuriat keturunan In nanti dan juga utk yang In sayangi. Mungkin kurang ruang yang bermanfaat. But jikalau ada, akan In kongsikan. Suka melakarkan memori melalui coretan. Coretan yang hadir sendiri dalam hati kecil ini.


Seiring usia menginjak dewasa, coretan dan memori juga akan bertambah hinggalah nafas yang terakhir. Insan-insan yang menyayangi dan In sayangi akan In tinggalkan dengan coretan-coretan dari In ni. Pernah juga terasa nak berhenti menulis blog. Tetapi mungkin ada masanya nanti In akan berhenti. Wallahu'alam.


In sukakan kehidupan In yang sekarang. Tenang dan bahagia je hati ni. Kalau orang lain, pantang bahagia je, "dalam hati ada taman", tapi In tak, there is butterfly in my stomach =). Kerana In rasakan hidup ini indah dan tak lama. Jadinya hidup yang singkat ni, In nak bahagiakan hati kecil si comel ni dan ukir kenangan-kenangan terindah yang termampu In buat.

Hadapilah hari ini seakan kita tidakkan ada pada esok harinya.Dan pabila In bersikap begini sekarang, In takut ada yang mengguris hati sesetengah pihak. In minta maaf. In juga cuma manusia biasa. In nak jaga hati In. In sayang hati yang comel ni. Hidup In cuma sementara. Yang tak tahu bila DIA datang menjemput. Izinkan In jalani kehidupan ini dengan tenang dan ceria ya....


Yang penting, jangan nak emosi dan sedih-sedih lagi. Live simple, Forgive and forget, Expect less. Tu yang penting. Dalam menggapai redha Allah, ketenangan hati itu penting. Tapi In takkan lupakan, kesedihan juga membuat kita lebih kenal diri kita dan doa yang tulus utkNYA waktu itu. Bersederhanalah kan =)
Wallahu'alam

No comments: