Sekejap je dah 2011. Kenangan dan memori semalam takkan boleh diputar balik. Cuma boleh diingati sahaja. Ada nama baru...hihi... Seorang hamba Allah ni selalu panggil Lin. Kenapalah dengan nama tu je dipanggil. Apa-apa je lah. Lin ke, In ke, semuanya same je. Yang penting diri ini tetap sama.
Emmm tak diberi kesempatan utk pulang ke kampung pun. Huhu. Tetapi travel jauh weekend. Teman Diana gi site utk thesis nya. Dalam peta lokasinya lain. Tapi bile pergi, tempat tu takde. Mengikut alamat, Pusat Asasi UiTm. Tetapi Asasi dah di pindah ke Puncak Alam. Jadinya kami pun pergilah sampai ke Puncak Alam tu. Sebelum sampai di Puncak Alam tu, sesat banyak kali sangat. Kenapalah signboard ke situ tak banyak. Kesian Diana.
Serata Shah Alam kami pusing. Tak jumpe tempat lagi, singgah sekejap dekat petronas, solat sume and rehat, dan sambung balik perjalanan. Perut pun tak rasa lapar bile keadaan dah genting. Kerete pun temperature naik. dengan hujan lebat lagi. Kami berteduh di masjid berdekatan dan solat sekali.Minta juga tolong dari sahabat di sana, tetapi die takde. Hadirkan diri ke kenduri. Em jadinya kami usaha sendiri. Sampaikan sahabat In tu dah sampai Shah Alam balik.
Bila dah penat lelah mencari site, sampailah kat UiTM Puncak Alam tu. Cantik jugalah pemandangan. Tapi sahabat saya yang di Shah Alam kata tak cantik. Hehe, tak tahu lah. Cantik tu kan subjektif. Dah sampai sane,tengok Plan nya di pintu masuk UiTM, macam tak same dengan plan yang di bawa oleh Diana. Emm dah pening dah. Tak tahu nak cari kat mane lagi.
Bila tengok balik plan, lokasi yang berdekatan dengan tempat yang kami pergi tu takda. Tak nampak langsung pun nama-nama tempat dalam plan yang Diana dapat. Adoi ai, di mana pulak lah lokasi site ni. emm dengan keletihan yang amat sangat, kitorang singgah di Petronas Shah Alam,tak ingat seksyen brape, solat sume dan perut pun lapar. Tak tahu nak cari macamane lagi. Masa tu pulak, hari dah gelap. Dah malam. If lokasinya jumpe pun, tak boleh nak ambil gambar.
Akhirnya minta juga sahabat In yang di Shah Alam, datang minta tengok plan yang kami bawa tu. Dia datang di tempat kami makan. Restoran D'kampung. Kesian die. Dah lah baru balik dari Nilai petang tadinya. Tapi dah takde sape lagi nak tanye, terpaksa menyusahkan die. Bila die tengok plan tu, rupanya tempat tu belum dibangunkan lagi. Dan kawasan tu adalah kawasan pendatang dan kampung-kampung. Dan die juga takde dengar kabar angin pun tentang pembangunan Pusat Asasi kat situ.
=( Muka masing-masing masam je. Dalam otak semua dah blank. Kesian sangat pada Diana. Terima kasih pada cik Hazwan yang tolong explain tempat tu. Tahun lepas je dah banyak minta tolong die dan susahkan die. Sorry ea. Tak tahulah pada Diana. Hari ni Diana kene present site thesis nya. Hopefully dipermudahkan.
Lepas habis makan, tapi makanan pun tak habis. Sebab perut masing-masing dah masuk angin, kami pun pulang ke rumah. Dalam pukul 10 pm lebih juga la sampai. Penat sangat-sangat. Selepas solat je,terus naik tilam. Tak larat sangat. Macam nak pengsan. Tapi memang sangat-sangat menduga kesabaran hari tu. Then esoknya schedule main badminton pun terpaksa di cancel kan. Penat sangat.Seharian duk rumah. Merehatkan badan.
Bila fikir-fikir balik, bagus juga dengan hadirnya dugaan sebegitu. Kalau tak hidup ini sunyi dan tak tahu nak buat ape bile sesat atau ape-ape ke. Walau ape pun, TQ Allah, kerana dengan dugaan buat In lebih tahu dan faham erti hidup...=)
Monday, January 3, 2011
Thursday, December 30, 2010
ESOK CUTI (*_^)
Alhamdulillha, esok cuti. Dan insya'allah In akan pulang berjumpa dengan insan-insan tersayang. Tak sabar rasanya. Ayah called pukul 6.45 pagi tadi..
"Tak balik ke?Esok kan cuti", ayah tanye.
"Ye ke! Tak tahu pun ayah.:)...hihi", In ketawa.
"Insya'Allah, kalau takde ape-ape dan dipermudahkan, kite balik ;)", jawab In.
Sebenarnya dalam hati ni, gembira sangat. Iye lah, siapa tak gembira pabila akan bertemu dgn insan -insan yang kita sayangi kan?Mak, ayah dan Alif tersayang, nantikan kepulangan si comel ni.=). buat Along dan adik, I saje nak beri surprise dekat korang. Hihi;). If Angah balik, Angah sampai je rumah nanti. jangan marah.Dan Alif, bersedialah utk jadi teddy bear Cik In Alif yang comel ni ya.
Tak sabar nak tunggu esok. Lumrah, pabila ayah dah menelefon bertanyakan antara balik kg atau tak, pastinya perasaan ayah itu mahukan anaknya ini pulang. Faham sangat dengan ayah. Tak pe ayah, Insya'Allah In balik. Ayah doakan In selamat di dalam segala yang In lakukan. Terima kasih ;) ayah dan mak.
Emm... tiba-tiba rindu sangat dengan Tok ayah dan tok mak. Tak boleh nak telefon Tok Ayah. Nanti tok ayah nangis. selalu macam tu. Nanti In nangis sekali. Tak sanggup nak dengar tangisan tok ayah. Tok Ayah, sedaya upaya In tunaikan impian Tok Ayah. In cuba selagi termampu. Dan Inya'allah, ada umur panjang sampai In di rumah, In akan ke kampung jenguk Tok Mak dan Tok Ayah. Ada hadiah buat Tok Ayah dan Tok mak.Pasti Tok Ayah dan Tok Mak suka sangat.tak lupa juga, ada juga hadiah buat mak dan ayah.
Terima kasih ya Allah kerana meminjamkan kasih sayang mak, ayah, tok mak, dan tok ayah pada In. Moga kite bertemu esok nanti.
Now and forever, I'll be there for you my love....hukhuk:'(

WELCOME HAPPINESS!
Deposit all the happiness you can in your bank account of memories.
TQ for your part in filling my account with happy memories, which I am still continuing to fill...
Remember these simple guideline for happiness:
1. Free your heart from hate.
2. Free your mind from worry.
3. Live Simple.
4. Give more.
5. Expect Less
SALAHKAH?
Salahkah? Besar sangatkah salah saye?Kalau memang benar saya dah dimaafkan, kenapa saya tidak rasa seperti dimaafkan? Ntahlah, saya hanya ada 1 pengharapan. Saya serahkan segalanya pada Allah. Kerana saya tahu, saya tidak ada kuasa utk memaksa hamba Allah utk memaafkan saya.
Saya minta maaf kerana mengguris dan menyedihkan hati anda. Membuat anda kecewa. Sesungguhnya, kenalilah diri saya, bukan itu yang saya maksudkan. Destinasi kita satu. Ke jalanNYA. Saya gembira ketika di ajak beriringan bersama ke jalaNYA. Hanya Allah sahaja yang tahu. Dan saya menanti saat itu.
Biarlah orang mengatakan saya kolot. Saya pentingkan diri. Saya tak faham orang. Saya sombong.Tapi saya tahu, hanya orang yang betul-betul mengenali saya tahu apa yang saya rasa dan apa corak kehidupan saya. Saya nak sampai ke syurga abadi. Bukan syurga dunia semata-mata.
"Semua orang pernah buat silap".
Kata-kata ini sering bermain di fikiran saya. Mengingatkan keikhlasan dalam menerima setiap hamba Allah. Saya redha menerima jodoh yang sanggup membawa saya ke jalanNYA dan membawa ke syurga abadi. Kerana itu yang saya inginkan dalam salah satunya menggapai redha Allah.
Walau selama mana pun yang dijanjikan Allah, saya akan tunggu insan yang dijanjikan Allah itu. Segalanya akan terjadi dengan izin dariNYA.Dan saya yakin dengan janji Allah. Saya tidakkan memutuskan sebuah ikatan persaudaraan dan perhubungan sesama Muslim kerana itu adalah perkara yang amat dibenci Allah. Sekali saya mengenali seseorang yang tidak kira siapalah dia, ianya akan kekal buat selamanya. kerana kita semua sama. InsanNYA yang kerdil.Saya marah dan sedih hanya sekejap. Kerana itu fitrah manusia manusia. Kerana itu juga, saya bukan alien =).
Saya nak kembali seperti dahulu. Seperti sediakala. Maafkan saya buat kali ini. Sesungguhnya saya sangat menghargai setiap detik dalam hidup saya.

Wednesday, December 29, 2010
KESETIAAN, DITINGGALKAN, & BERSERAH
si comel nak bercerita... tapi karang2 dulu (*_^)
Tetapi tidak seorang pun yang tahu kenapa sahabat ini menolak perkenalan dengan lelaki-lelaki lain. Sampailah satu saat, rakan biliknya terhidu akan sikapnya. Rakan biliknya terbaca mesej di paparan screen handphone sahabat ini. Dan barulah rakannya tahu bahawa hati si dia telah di miliki. Dan sejak itu, rakan-rakannya yang lain juga akur andai die masih menolak perkenalan dengan mana-mana jejaka yang hendak berkenalan dengannya.
Sahabat ini sangat mementingkan syariat Islam dan sangat menjaga batas-batas cintanya terhadap manusia. Sampai masanya, suatu ketika sahabat ini terhidu sesuatu yang tidak elok. Walaupun hatinya kecewa, tetapi tidak kelihatan langsung kekecewaan dan kesedihan di raut wajahnya. Sahabat ini redha pada ketentuan ILAHI. Teman istimewanya memutuskan agar membuat haluan masing-masing. Sahabat ini juga akur kerana baginya siapa dia utk memaksa si dia mencintai dan menyayanginya.
Sahabat ini juga berpeluang mengungkap kata-kata dengan calon isteri si dia. Dan sahabat ini yakin, Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui atas segala yang terjadi. Dalam hatinya terdetik;
" Ya Allah, jika dia bukan utkku, jauhkanlah die dari hidupku dan hatiku. sesungguhnya aku yakin bahawa dia akan datang semula dalam hidupku, dan aku harap, pada saat dia datang kembali dalam hidupku, hatiku telah tiada lagi utknya jika dia bukan jodohku".
Sahabat menjalani hari-harinya dengan penuh ketabahan. tidak pernah dikhabarkannya pada seorang jejaka yang telah lama menunggunya sejak di bangku sekolah menengah lagi. Kerana bagi sahabat, tidak adil jika setelah segalanya, baru die menerima jejaka tersebut. Sahabat terus mendiamkan diri sampai pada suatu hari, si jejaka yang meminatinya itu bertanyakan tentang sahabat dengan teman istimewanya dahulu. Pabila sahabat berterus-terang, jejaka itu sangat sedih dan terluka kerana si jejaka sangat mengharap sahabat itu bahagia. Rupanya tidak seperti yang disangkakan.
Sahabat hanya mendiamkan sahaja. Si jejaka tersebut tidak mampu berbuat apa-apa kerana si jejaka tersebut telah terlanjur melamar seorang gadis. Sahabat hanya tersenyum dan mengatakan
"kita tiada jodoh, terimalah dengan redha".
Dan sejak itu sahabat dan si jejaka tersebut mendiamkan diri. masing-masing mendoakan kebahagiaan antara mereka.
Selang beberapa tahun ditinggalkan teman istimewa, tiba-tiba satu panggilan dari number yang tak dikenali menelefon sahabat. Sahabat seakan kenal suara itu. Ya, itu suara teman istimewanya dahulu. Sahabat hanya tersenyum sendirian dan yakin pada doa yang yang sahabat doa satu ketika dahulu. Kerana keyakinannya pada Allah, sahabat menghadapi situasi itu dengan tenang sekali.
Sahabat menjawab panggilan telefon itu dengan seolah-olah tiada apa perkara yang terjadi antara mereka. Sesungguhnya tiada dendam di dalam hati sahabat.
Kerana ketulusan dan layanan baik dari sahabat kepada insan yang pernah menjadi teman istimewanya itu, membuatkan si dia menangis teresak-esak memohon keampunan dari sahabat. Tetapi sahabat dengan tersenyum mengatakan,
"sesungguhnya saya dah lama memaafkan awak, dan saya tidak pernah berdendam dengan awak. Kerana segalanya saya serahkan pada Allah.Saya sentiasa doakan awak bahagia bersama keluarga yang telah awak bina. Jaga isteri awak baik-baik.Dan juga anak".
Si dia terus-terusan menangis dan ingin kembali semula kepada sahabat. Berkat doa dan petunjuk dari Allah, sahabat menolak proposal si dia. Kerana bagi sahabat, sahabat tidak akan meruntuhkan rumahtangga orang lain dan melukakan hati perempuan lain yang bergelar isterinya.
Sejak dari itu, si dia mnghilangkan diri dan meminta maaf atas perlakuannnya yang dahulu.
Sehingga ke hari ini, sahabat masih meneruskan langkahnya yang disusun atur oleh Allah swt. Sahabat redha atas segala yang telah berlaku dalam dirinya. Kerana sahabat amat yakin pada perancangan Allah yang Maha Halus dan penuh hikmah.
*Bagi In, pabila kita yakin pada cinta dan janji Allah, kemana kita pergi, seteruk mana kita dikecewakan, hati tetap akan tenang walaupun pada suatu ketika airmata mengalir juga. Dan ketenangan pasti akan datang setelah itu....
In mengenali seorang hamba Allah ini. Dia seorang yang sangat setia. Dan harapannya hanya disandarkan pada Allah sahaja. Dalam diam-diam, tidak seorang pun yang tahu dia telah mempunyai teman istimewa dalam hidupnya. Pabila setiap kali ada jejaka yang cuba mendekatinya, dia akan tolak mentah-mentah dan tidak akan melayan langsung. Walaupun ada seorang jejaka yang amat meminatinya sejak di bangku sekolah menengah lagi. Sahabat ini tetap menolak jejaka tersebut. Tetapi tidak seorang pun yang tahu kenapa sahabat ini menolak perkenalan dengan lelaki-lelaki lain. Sampailah satu saat, rakan biliknya terhidu akan sikapnya. Rakan biliknya terbaca mesej di paparan screen handphone sahabat ini. Dan barulah rakannya tahu bahawa hati si dia telah di miliki. Dan sejak itu, rakan-rakannya yang lain juga akur andai die masih menolak perkenalan dengan mana-mana jejaka yang hendak berkenalan dengannya.
Sahabat ini sangat mementingkan syariat Islam dan sangat menjaga batas-batas cintanya terhadap manusia. Sampai masanya, suatu ketika sahabat ini terhidu sesuatu yang tidak elok. Walaupun hatinya kecewa, tetapi tidak kelihatan langsung kekecewaan dan kesedihan di raut wajahnya. Sahabat ini redha pada ketentuan ILAHI. Teman istimewanya memutuskan agar membuat haluan masing-masing. Sahabat ini juga akur kerana baginya siapa dia utk memaksa si dia mencintai dan menyayanginya.
Sahabat ini juga berpeluang mengungkap kata-kata dengan calon isteri si dia. Dan sahabat ini yakin, Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui atas segala yang terjadi. Dalam hatinya terdetik;
" Ya Allah, jika dia bukan utkku, jauhkanlah die dari hidupku dan hatiku. sesungguhnya aku yakin bahawa dia akan datang semula dalam hidupku, dan aku harap, pada saat dia datang kembali dalam hidupku, hatiku telah tiada lagi utknya jika dia bukan jodohku".
Sahabat menjalani hari-harinya dengan penuh ketabahan. tidak pernah dikhabarkannya pada seorang jejaka yang telah lama menunggunya sejak di bangku sekolah menengah lagi. Kerana bagi sahabat, tidak adil jika setelah segalanya, baru die menerima jejaka tersebut. Sahabat terus mendiamkan diri sampai pada suatu hari, si jejaka yang meminatinya itu bertanyakan tentang sahabat dengan teman istimewanya dahulu. Pabila sahabat berterus-terang, jejaka itu sangat sedih dan terluka kerana si jejaka sangat mengharap sahabat itu bahagia. Rupanya tidak seperti yang disangkakan.
Sahabat hanya mendiamkan sahaja. Si jejaka tersebut tidak mampu berbuat apa-apa kerana si jejaka tersebut telah terlanjur melamar seorang gadis. Sahabat hanya tersenyum dan mengatakan
"kita tiada jodoh, terimalah dengan redha".
Dan sejak itu sahabat dan si jejaka tersebut mendiamkan diri. masing-masing mendoakan kebahagiaan antara mereka.
Selang beberapa tahun ditinggalkan teman istimewa, tiba-tiba satu panggilan dari number yang tak dikenali menelefon sahabat. Sahabat seakan kenal suara itu. Ya, itu suara teman istimewanya dahulu. Sahabat hanya tersenyum sendirian dan yakin pada doa yang yang sahabat doa satu ketika dahulu. Kerana keyakinannya pada Allah, sahabat menghadapi situasi itu dengan tenang sekali.
Sahabat menjawab panggilan telefon itu dengan seolah-olah tiada apa perkara yang terjadi antara mereka. Sesungguhnya tiada dendam di dalam hati sahabat.
Kerana ketulusan dan layanan baik dari sahabat kepada insan yang pernah menjadi teman istimewanya itu, membuatkan si dia menangis teresak-esak memohon keampunan dari sahabat. Tetapi sahabat dengan tersenyum mengatakan,
"sesungguhnya saya dah lama memaafkan awak, dan saya tidak pernah berdendam dengan awak. Kerana segalanya saya serahkan pada Allah.Saya sentiasa doakan awak bahagia bersama keluarga yang telah awak bina. Jaga isteri awak baik-baik.Dan juga anak".
Si dia terus-terusan menangis dan ingin kembali semula kepada sahabat. Berkat doa dan petunjuk dari Allah, sahabat menolak proposal si dia. Kerana bagi sahabat, sahabat tidak akan meruntuhkan rumahtangga orang lain dan melukakan hati perempuan lain yang bergelar isterinya.
Sejak dari itu, si dia mnghilangkan diri dan meminta maaf atas perlakuannnya yang dahulu.
Sehingga ke hari ini, sahabat masih meneruskan langkahnya yang disusun atur oleh Allah swt. Sahabat redha atas segala yang telah berlaku dalam dirinya. Kerana sahabat amat yakin pada perancangan Allah yang Maha Halus dan penuh hikmah.
*Bagi In, pabila kita yakin pada cinta dan janji Allah, kemana kita pergi, seteruk mana kita dikecewakan, hati tetap akan tenang walaupun pada suatu ketika airmata mengalir juga. Dan ketenangan pasti akan datang setelah itu....
Tuesday, December 28, 2010
SAYUNYA HATI NI
Semalam sewaktu duduk-duduk di playground, di tepi sebuah masjid, terdengar sayunya suara ustaz membacakan bacaan Al-Quran. Sedap sangat alunan bacaannya. Tersentuh hati ni. Sedikit demi sedikit airmata ni bergenang di kelopak mata tanpa diri ini sedari. sebak dan sayu sangat hati ni. Tak pernah dengar alunan yang sangat menyentuh hati.
Ikutkan rasa hati, hendak duduk di situ lebih lama, nak teruskan mendengar, nak isi rohani yang rasanya agak lama tak terisi dengan sentuhan sebegitu, tetapi teman seperjuangan dah menjemput utk pulang. Jadinya In pun melangkahkan kaki pulang. Walaupun dapat mendengarnya hanya seketika dan sedetik, ianya amat bermakna. Teringat Dr. Arif Zakaullah, yang mengajar In satu ketika dulu mengatakan, "Allah always touch the soft hearted". Pada masa tu kami sedang belajar tentang Tokoh-tokoh Ekonomi Islam. Terkebetulan tentang Ibn Hzm.
Siapa yang tak kenal Ibn Hazm al-andalusy, yang terkenal dengar syair-syair nya yang menyentuh hati. Bukunya yang sangat laris di pasaran, "Di Bawah Naungan Cinta". In sendiri sangat suka baca buku itu.. Sementara hendak sampai ke destinasi kepulangan, In menghabiskan masa dengan membaca buku itu dalam LRT. Buat readers, bacalah buku itu. Sangat bermanfaat.=)...
Terima kasih ya Allah kerana mendengar doa ini dan menggerakkan hati nurani ini ke jalan ketenanganMU. Ke destinasiMU yang hakiki..
Monday, December 27, 2010
CONFESSION SAYANGNYA IN PADA....MEREKA
SAYA SANGAT SAYANG......
kasih sayang mereka amat bernilai.... Kasih sayang pada mereka tidak boleh di jual beli...
MAK & AYAH
TOK MAK & TOK AYAH
SI COMEL BERCERITA
Hari ni cerah. tenang je. Duk sini asyik dengar lagu Maher Zain je.Lagu ape lagi kan, Always be There and For The Rest Of My Life la selalu yang diulang. Berangan je In ni. STOP! jangan berangan. ..hehe. Tercuit juga hati ni. Semalam mesej adik-adik di UIA. Rindunya pada semua (Rozi, CT, & Sal). CT and sal, nanti gi hiking jangan la lupa akak. Ajak akak sekali k. Mesti best kan dapat tengok pemandangan yang cantik. Jeles ni. Tengok pics dalam blog CT, geram je. hihi. dah lama tak buat aktiviti lasak. Mesti best kan. =)
Since CT dah cakap akak comel, akak admit lah. hihi. Akak comel awak ni rindu pada awak-awak semua. Akak mesej je, masing-masing bz. bz dengan program masing-masing. takpe, akak comel awak ni faham. Ape-ape pun akak sokong perjuangan kalian. Dah lame sangat akak tak gi UIA. Rindu bumi UIA.
Ingat lagi tak kite same-same bagi burung makan roti, biskut. Setiap pagi mesti burung-burung tu datang kat jendela bilik kite kan, kejut kite.=). Especially die kejut CT. Hihi. Sebab CT special case. gurau je. Marah CT nanti.
Ingat lagi tak, kite minum same-same. Akak buat air teh, kite minum same-same malam-malam. Sweet sangat memori waktu tu. bahagia je. hihi. Itupun kalau adik-adik ni balik bilik awal hari tu. Mostly, balik lambat je. Akak comel awak ni macam baby (ayat CT), tido awal.hehe. Ye la, asyik balik lambat je. Akak tido je lah. Waktu nak final exam, time tu lah ade game baru. Orang sibuk bace buku, akak main game,and akak pun ajak CT and semua maen game. Nakal akak ea. Saje tak nak bagi semua tension. Hihi.Marah CT akak maen game je. Orang nak exam, akak main game.
Bile lagi kite nak spend time bersama? Adik-adik, free-free kan lah time ya. Nanti kite jumpe ya. Akak bile-bile je boleh datang UIA.=)...
Buat semua, terima kasih tau teman akak berceloteh pagi-pagi, petang-petang dan malam-malam. Terima kasih teman akak di bilik. terima kasih sebab jadi roomate akak. terima kasih sebab sudi mengukir senyuman di wajah akak. Dan terima kasih pada kenangan terindah sewaktu akak di Bumi UIA.
Last but not least, terima kasih sebab jadi adik-adik pada akak yang comel ni... =)...
Salam rindu dan sayang buat semua...
Semoga semuanya sentiasa di dalam redha Allah.

Masihkah Ada Taubat Bagi Dosa Yang Berulang?
Soalan: Prof Madya Dr MAZA, saya seorang pemuda dan sering melakukan dosa. Sudah berulang kali saya bertaubat. Tapi kemudian saya tidak mampu kawal diri, saya buat lagi. Sudah berapa kali saya taubat sehingga saya rasa Allah sudah tidak mahu terima lagi taubat saya. Adakah taubat saya palsu? Adakah saya bohong Allah? Saya terus hanyut dengan perbuatan saya sendiri. Saya hendak taubat lagi, tapi rasa macam Allah dah tidak terima, atau takut saya sendiri ulang lagi. Boleh tak Dr berikan nasihat kepada saya?
Safwan, Melaka.
Jawapan Dr MAZA: Saudara, perasaan kesal atau keinsafan yang ada dalam jiwa saudara –alhamdulillah- menandakan bahawa cahaya iman itu masih kuat dalam diri saudara. Semoga kita semua selalu dibimbing Allah ke jalanNya yang lurus. Untuk soalan saudara maka saya jawab seperti berikut;
1. Secara umumnya taubat bermaksud kekesalan dan keinsafan terhadap dosa yang dilakukan, lalu memohon keampunan Allah dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Ini berdasarkan firman Allah: maksudnya:
“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal” (Surah Ali ‘Imran: 135-136).
Maka, asalnya taubat itu di samping keinsafan dan memohon keampunan, ia juga adalah azam untuk tidak mengulanginya.
2. Keikhlasan atau kesungguhan seseorang yang bertaubat itu hanya diketahui oleh Allah dan dirinya sendiri. Ketika dia bertaubat, jika ia lahir dari keikhlasan maka perasaan khusyuk, duka, insaf, mengharapkan keampunan Allah akan menyelinap masuk ke dalam setiap pelusuk jiwanya. Airmata keinsafan antara bukti kejujuran insan yang menyesal dan mengharapkan keampunan. Keinginan untuk berada dalam keampunan itu akan membawanya kepada azam untuk tidak mengulangi dosa. Jika taubat seperti itu berlaku, maka itu adalah taubat yang nasuha atau yang ikhlas. Ia diterima Allah.
Sekalipun kemungkinan selepas itu, atas kelemahan diri dan kecuaian, hamba yang bartaubat tadi tergelincir sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Jika, dia ikhlas pada taubatnya yang awal, Allah Maha Mengetahuinya dan insyaAllah akan mengampuni dosanya yang awal, juga dosa kemudian jika dia terus bertaubat lagi.
3. Taubat yang sebenar bukan satu perkara yang boleh dibuat-buat. Ia bukan satu lakonan. Perasaan keinsafan yang hadir dalam jiwa seorang hamba bukannya perkara yang diada-adakan. Ia adalah cahaya iman yang lahir dari kekudusan jiwa yang mengakui kebesaran Allah dan takutkan dosa. Apabila perasaan kerohanian itu wujud, maka seorang hamba pun bertaubat dengan penuh insaf dan nekad untuk tidak mengulangi. Siapakah yang mengetahui kewujudan perasaan itu dalam sesuatu jiwa? Sudah pasti hanya Allah dan insan yang bertaubat itu sendiri. Jika keadaan yang disebutkan itu berlaku, insan itu sebenarnya telah benar-benar bertaubat.
4. Insan atau anak Adam itu ada kelemahannya. Kadang-kala dia terjatuh lagi dalam kesalahan setelah bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Ini –seperti yang dijelaskan- kegelinciran kedua atau ketiga dan seterusnya tidaklah bererti dia tidak ikhlas dalam taubatnya yang sebelum itu. Namun, kelemahannya menyebabkan dia berulang kali jatuh ke dalam dosa, sekalipun telah benar-benar insaf sebelumnya. Maka, jika hal ini berlaku dia hendaklah mengulangi taubat dan jangan berputus asa. Syaitan akan membisikkan perasaan putus asa dalam jiwa, sedangkan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penerima taubat.
5. Hal ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda:
“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
6. Dari hadis di atas menggambarkan, selagi seseorang hamba Allah menyesal dan insaf, sekalipun telah berulang dosa, Allah Yang Maha Pengampun tetap mengampuninya. Namun, hendaklah kita berhati-hati kerana waktu kematian tidak pasti. Orang yang bertaubat dan berjaya mengawal dirinya tentulah lebih baik dari yang gagal mengawal diri. Tidak mustahil ketika dia gagal mengawal diri itu, kematian menjemputnya pergi.
7. Apapun, pintu taubat dalam Islam ini sentiasa terbuka. Tidak kira besar mana pun dosa, berapa kali ia mengulanginya. Insan jangan berputus asa dari rahmat Allah. Firman Allah: (maksudnya):
“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar: 53).
Putus asa dari rahmat Allah adalah bisikan syaitan yang enggan melihat hamba-hamba Allah kembali kepada Allah.
8. Antara cara untuk memboleh kita istiqamah dengan taubat kita ialah memohon pertolongan Allah agar kita tetap atas jalan hidayah. Al-Quran mengajar kita doa: (maksudnya)
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).
Nabi s.a.w pula selalu membanyakkan doa:
“Wahai Yang Membolak-balikkan jantung hati (Allah)! Tetapkan daku atas agamuMu” (Riwayat al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Abi ‘Asim- dinilai sahih).
9. Juga, antara langkah mengekalkan dalam kebaikan adalah dengan mendampingi mereka yang baik dan soleh. Teman yang baik dan mahukan kebaikan akan membawa kita berterusan dalam kebaikan. Begitulah sebaliknya. Firman Allah: (maksudnya)
“dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang menyeru Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaanNya semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui jantung hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran”. (Surah al-Kahfi: 28).
Hiduplah dalam lingkungan teman-teman yang selalu berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.
10. Maka, diingatkan jangan kita berputus asa dari rahmat Allah, dan jangan kita jadikan orang lain berputus asa dari rahmat Allah. Insan mempunyai peluang bertaubat sehingga nyawa ke halkumnya. Sabda Nabi:
“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).
http://drmaza.com/home/?p=1301

Friday, December 24, 2010
HUJAN TERINGATKAN AKU....
Hujan Teringatkan Aku
Tentang Satu Rindu
Dimasa Yang Lalu
Saat Mimpi Masih Indah Hidup Bersamamu
Terbayang Satu Wajah
Penuh Cinta Penuh Kasih
Terbayang Satu Wajah
Penuh Dengan Kehangatan
Kau Ibu Oh Ibu
Awan mendung, gelap. Petanda nak hujan. Patutlah hari ni sejuk sangat-sangat. Kesihatan pun macam cuaca hari ni. Ia datang balik. Teringat kene masuk wad dulu sewaktu tengah malam. Kesian mak dan ayah, terpaksa bawa gi hospital. Kene tahan sekejap. Sakit tak hilang-hilang, doctor masukkan air. Mak ade je duk tepi sampai mata ni tersedar. tapi hari ni ia datang balik....
Tahan je... tahan ya. Mak ayah jauh. Tak de sape nak bawa nanti. harap-harap kembali seperti sediakala. Esok pasti sembuh. Insya'Allah. If tak juga, Hospital Tuanku Mizan lah tempat yang paling dekat. Mak Ayah, doakan In sembuh dan sihat seperti sediakala. Tak nak jadi macam dulu. tak sanggup. Rindunya pada mak dan ayah. Wahai tummy, neutral lah....:'(...
In kuat...mesti boleh tahan...selamat berhujung minggu semua....
Thursday, December 23, 2010
DIA DAH BESAR
eeee dah besar dah die. alala... comelnye alif... eee geram Cik In tengok. Cubit pipi baru tau. Main cak-cak pulak die ya. Dah lame dah rasanya tak jumpe. Cik In macam nak balik kampung, tapi keadaan tak mengizinkan. Tak lame lagi Alif dah nak dapat sepupu. Siaplah Mak Long tu. hehe...
Geramnye tengok.... macam teddy bear. Tak sabar nak tunggu tengok Alif boleh duduk. Nanti Alif ikut Cik In gi jalan-jalan ea. Cik In drive, Alif duk sebelah k. Cakap kat ibu, Cik In pinjam Alif.Hihi
![]() |
| comelnye die.... geram...rupa macam ibunya.... |
![]() |
| ala.....minum susu ya. Sambil peluk bantal bushuk lagi...hihi |
BIARKAN
Bisakah aku mengorak langkah,
Mengukir senyuman seperti suatu ketika dahulu,
Bak sang burung berkicauan gembira,
Mampukah aku menjadi yang terbaik,
Khilafku membuahkan airmata kekesalan,
Memutuskan suatu yang bermakna,
Mengukir memori duka.
Biarkan saja airmata itu mengalir,
Jika ketenangan menjadi hasilnya,
Biarkan saja memori duka itu berlalu,
Agar senyuman terukir indah,
Biarkan saja perasaan itu tersimpan,
Kelak akan terluah juga dengan izinNYA,
Biarkan saja hati bersendirian seketika,
Untukku bermujahadah kepadaNYA yang ESA.
Biarkan TUHAN menjadi penyimpan rahsia hati ini...
Rahsia yang kekal abadi yang hanya dia sahaja yang tahu...

Wednesday, December 22, 2010
SAYA MINTA MAAF
In dah buat orang sedih dan kecewa. In minta maaf. Dan terpulang pada individu tersebut utk memafkan atau tidak. Segalanya In serahkan pada Allah. Segala yang terjadi ada hikmahnya. Kalau betul In telah membuat orang menangis dan sedih, In minta maaf. Dan pada individu tersebut, In serahkan pada Allah. Sesungguhnya ukhwah itu indah apabila bertemu dan berpisah kerana Allah.
In juga insan biase. Tidak lari dari membuat kesilapan. Segalanya In serahkan padaNYA. Wahai penilai hati... lihatlah dan nilailah dengan mata hati... wallahu'alam.

Tuesday, December 21, 2010
SAYANG
"Walau ku senyum... bukan bermakna hatiku tersenyum"
Sayang itu amat subjektif. Sukar diukur dan sukar utk pada sesetengah individu utk mengungkapnya. Dan sayang yang mahal terletak pada diri individu itu tersebut. Di mana ia meletak kemahalan sayang tersebut. Hargailah sewaktu insan lain menyayangi kita. Jangan kita biarkan sayang itu berlalu pergi begitu sahaja dan apabila kita baru tersedar setelah ia pergi, ianya sudah tidakkan bermakna lagi buat kita dan juga insan yang menyayangi kita.
Sayang yang ikhlas dan jujur adalah sayang yang amat mahal. Tidak salah pabila sering mengungkapkan kata sayang pada insan yang kita sayangi, kerana ucapkanlah selagi ia masih hidup ataupun selagi dia masih di sisi, kerana bila dia sudah tiada, ungkapan itu akan terus tersimpan buat selamanya dan akan membuat ianya sakit kerana tersimpan lebih lama tanpa luahan. Jangan malu utk meluahkan. Contohnya, anak-anak sering malu utk meluahkan sayangnya mereka pada mak dan ayah masing-masing. Ungkapkanlah sementara mereka masih hidup. Agar penyesalan di kemudian hari tidakkan timbul.
Dan sayangilah DIA yang utama, kerana, kerana DIA yang mengizinkan sesuatu itu. Tanpa keizinan dariNYA, segalanya yang diinginkan tidakkan akan menjadi nyata. Ada sesetengah dari kita amat sukar menyatakan sayang walaupun dalam hatinya ada rasa itu. Kenapa ya? Pendapat In, mungkin sayang itu amat istimewa di hatinya yang tak mampu diungkapnya dengan kata-kata seperti orang lain. Dan pasti insan yang mengharap kata-kata itu darinya akan merasa sakit. Tetapi fahamilah, insan yang sebegitu perasaan sayangnya amat mahal dan istimewa kepada tersebut. Insan sebegini, lihatlah dari tindakannya. Itu juga 1 bukti perasaan sayangnya. Jagalah kata sayang pada yang betul-betul hak, dan saling menyayangilah antara 1 sama lain, kerana Allah kasihkan umatNYA yang saling menyayangi antara 1 sama lain. Wallahu'alam.

Friday, December 17, 2010
MAK AYAH DATANG....
Hari ni sejuk sangat. Sangat-sangat. Kepada CT, akak comel awak ni minta maaf sangat-sangat. Akak tak dapat nak datang UIA dalam masa terdekat ni, sebab mak ayah datang. jadinya akak perlu menyambut kedatangan mak dan ayah akak... maaf ya CT. Insya'Allah, kite jumpe and akak will let u know bile akak akan datang k my dear... ;)Suka sangat mak ayah datang sini. Macam dah lame je tak jumpe mak dan ayah. Mak dan ayah nak bercuti, jalan-jalan. Adik dan Along tinggal.
"Kamu berdua, sila jaga rumah mak ayah baik-baik. Hehe. Dan jaga rumahtangga baik-baik... Hihi. Angah yang single ni nak jalan-jalan dengan mak dan ayah. Jangan jelous ea."
Jubah utk mak ada ni. Mesti mak suka. Mak nak yang macam In punya. Tapi patern tu dah takde dah mak sekarang. Dan In beli yang sama jenama dan patern lagi lawa utk mak. Nanti mak tengoklah. Mesti mak suka.Tak sabar nak tunjuk kat mak.
Malam ni, after Maghrib terus gi Kajang rumah makteh bertemu mak dan ayah. Mak doakan In selamat sampai. Esok jom lah kite ke pantai. Tengok matahari terbenam dan main-main air dengan nana comel. Jom lah mak ea. Pujuklah ayah. Hehe... Dah lame tak gi pantai. Dah bertahun kite tak berpicnic same kan?
Hari ni hati terasa tenang sahaja. Alhamdulillah. Pabila kata-kataNYA sentiasa menari-nari di mata pemilik Cahaya Mata ini, hati ini sentiasa tenang dan sangat kagum akan anugerahNYA yang tak ternilai.
buat Kak Sha, moga cepat sembuh. Kesian akak....
Jumpe nanti hari Selasa...=)
Subscribe to:
Posts (Atom)