Monday, June 11, 2012

UNDANGAN HARI BAHAGIA NURUL AIN & MOHD ZAFRI


ASSALAMU'ALAIKUM WBT
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

"YA ALLAH,

Engkau mengetahui hati-hati ini,Telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,
Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,Bersatu memikul beban dakwah-Mu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,Akan jalan-Nya yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu,Yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan Iman dan keyakinan,
Dan keindahan tawakkal kepada-Mu,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat tentang-Mu,

Jika Engkau mentakdirkan mati,Maka matikanlah pemilik hati-hati ini,
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu,
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong,

YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini."


Alhamdulillah, dengan doa & restu mak ayah, mak abah, keluarga, sahabat handai, pendidik dan semua,
dengan inzin-NYA kami menjemput semua bersama ke hari bahagia kami....

***Walimatulurus di Ledang,Tangkak Johor(sebelah Perempuan)***
AHAD, 8hb Julai 2012 bersamaan 18 Syaaban 1433H
DEWAN KG ANJUNG BATU 1, LEDANG, JOHOR.
9.00am (Majlis Pernikahan)
11.00am-4.00pm (Jamuan Makan)


***Walimatulurus di Kuala Lumpur (sebelah Lelaki)***
SABTU, 14hb Julai 2012 bersamaan 24 Syaaban 1433H
DEWAN MASJID SALAHUDDIN AL-AYYUBI, TMN MELATI KL.
12.00pm-4.00pm (Jamuan Makan)


Semoga dengan kehadiran serta iringan doa & restu semua akan menyerikan & memeriahkan lagi majlis kami.
Insya'Allah.

Friday, June 8, 2012

SEMENTARA MENUNGGU

Sementara menunggu bas di TBS ni, boleh lah luangkan masa mencoret...Balik kampung...Matul dah bergelar isteri. Esok nak gi kendurinya...Beria balik kampung sebab nak hadirkan diri di majlis matul. Dapat juga jumpe kawan-kawan yang terbaik dulu di waktu persekolahan.
Lepas ni turn sape plak ya?hehe...Dalam menghitung hari ni, terasa sangat penat. Tapi alhamdulillah. Semuanya smooth saje. Perancangan Allah itu Maha cantik. Esok sempatlah jumpe kawan-kawan dan dapat jemput sekali. 
Emm tanggugjawab dah makin besar...^^.
Ni, tak sabar nak balik kampung malam ni. Bas pukul 10. Moga di permudahkan segala urusan. Macam-mcam terjadi tadi.Dengan LRT Star tutup, rosak. Jalan lah kaki ke Stesen Bank Negara. Jauhnya, penat sangat. Dah naik KTM setelah menunggu agak lama, eeem terlepas pulak sampai ke Pantai Dalam. Hari dah makin gelap. Takut pun ya. Nak nangis pun ya. Dah tak boleh nak fkir ape pun.
Then, beristighfar atas saranan teman hati, tenang juga hati ni. Perlahan-lahan melangkah patah balik ke arah KL sentral. Beg dah lah berat. Emm Alhamdulillah dapat juga KTM ke KL sentral. Dan tukar ke arah seremban pulak...Emmm hanya Allah je yang tahu. Dah lah sorang. 
Bila dah sampai TBS ni, panjang plak org beratur nak beli tiket...Perut dah lapar. Lepas je beli tiket terus menuju KFC...sebab teringin nak makan KFC sejak hari tu. Makan KFC sorang2. Cedih je....
Tapi Tak pe lah, Allah kan ada....Cian mak, abah dan abang sebab risaukan IN...Mahap ya...Berkat doa semua, dipermudahkan segala urusan...
Ni dah nak hampir pukul 10 dah...Tak sabar nak jumpe mak ayah pulak.... Nak tito atas katil empuk baru yang mak ayah belikan....Rindunya....Time kaceh semua sebab doakan Ain selamat... Sayang semua...Sayang sangat-sangat....

Wednesday, May 16, 2012

UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA

Alhamdulillah...hari ni rasa tenang di hati. Emm seronoknya bila ukhwah fillah abadan abada. Ukhwah yang tak pernah putus hingga kini dan selamanya insya'Allah. Kasih dan sayang tetap sama seperti dahulu hingga kini. Terima kasih Saedah kerana  menjadi adik akak selamanya. Tak sangka, adik yang kukenali sejak dia di tingkatan 1, kekal ke hari ini dan selamanya ukhwah kami. Selepas SPM dahulu, ter lost contact sekejap. Emm ye lah, lagipun paada masa tu manalah ade hp. Nasib die ada number mak. Bila dia contact mak, dapatlah number phone ku.
Sangat terkejut dapat mesej dari dia. Masa tu diri ini di Matrik UIA, PJ. Ingat lagi, dapat mesej tu semasa sedang study di library. Seronok tak terhingga. Hanya Allah sahaja yang tahu. Then hp hilang, habis semua number hilang. Bila guna number baru, ter lost contact lagi.
Suatu hari gi cafe IIUM Gombak. Mase ni dah kat main camp dah. Ternampak dia bersama kawannya. Emm terdetik di hati,sangat teruja. Gembira pun ada. Katanya datang bersama kawan dan ustaznya. Sangat tak sangka. Terus ku ambil kesempatan minta number hp nya.
Masa die nak beri number hp nya, die tunjuk padaku... emm ingat tak number ni 3212549... Itulah number hp nya yang belakang. Sangat terkejut dan terharu sangat. Itu adalah gabungan hari lahirku dan dia sejak dia menjadi adik angkatku. Nak menangis je rasa mase tu. Katanya, die sayang number tu....
Lagi sekali hp ku hilang. Lost contact lagi. Suatu hari ternampak namanya di fb kawan sekolahku. Terus add die...Petang tu juga berchat denganya. Rupanya die dah di UK. terbang ke sana dah rupanya...Emmm tengah-tengah chat, tiba-tiba ade umber pelik call. Rupanya die...Sejurus selepas die minta number ku.Lame sangat bergayut.
Serius mase tu ht sangat gembira. Ayatnya yang sangat menyentuh hati..."akak tetap kakak saedah dunia akhirat.sayang akak sangat-sangat.." nak gugur jantung ni bila bacanya. Diri ini jawab, "saedah juga adik akak dunia akhirat." Emm rasa sayang sangat padanya.
Tak sangka perkenalan di waktu dia baru masuk asrama form 1 dulu kekal hingga kini. Sekarang pun still lagi berhubung dengannya. Dah ada di Malaysia dah die...^^...
Moga ukhwah kita kekal dunia akhirat ya dik....bersyukur di anugerahkan saedah dalam hidup akak...
pagi tadi sempat berchat sebelum gi keje...Really love u dik...



Thursday, May 10, 2012

SETULUS CINTAMU

sekaya mana pun kita, setinggi mane pun pangkat kita, kita adalah miskin jika kita tak dapat redha Ibu bapa kita...dan...semiskin kita, rendahnya pangkat kita, kita adalah kaya dengan adanya redha, kasih dan sayang ibu bapa kita.Tiada mereka, tiadalah kita...
 
 Inilah ayat yang In post di wall facebook In. Emm setulus kasih ibu membesarkan kita, tak dapat kita nak membalas segala kesakitan ibu kita. Teringat suatu ketika, mak ade cerita padaku, masa mak mengandungkan , mak dan ayah accident motor. Mak termasuk dalam parit besar. Kaki mak patah. Mase tu mak fikir, mesti anak yang mak kandungkan akan tiada. Alhamdulillah, mak kata diri ini kuat. Mak sungguh tak sangka. 
Masa mak nak melahirkan anak mak itu, mase baby dilahirkan di dunia, anak mak tidak menangis pun. Mak dah risau sangat, mak ingat anaknya tidak bernyawa. Bila doctor mengangkat anak mak, menepuk punggung, mak kata anak mak menangis sikit je..."isk...isk..." then  doctor tepuk lagi...nangis sikit juga. Mak sungguh risau. kerana seingat mak, ketika mak melahirkan anaknya, mak tak rasa sakit pun. Langsung tak. Bila doctor angkat, baru mak tahu anak mak dah selamat di lahirkan. Mudahnya mak melahirkan anak mak.
Dan anak mak itu adalah diriku. Terima kasih mak..kerana melahirkan kita. Terima kasih ayah kerana menjaga mak. Pabila saat diriku sakit, dapat aku melihat airmata mak sewaktu mengusungku ke bilik bedah. Semangat mak menguatkan ku...Walaupun mak tidak tahu pembedahan itu cuma 50-50. Aku menandatangani surat itu tanpa pengetahuan mak. Berkat doa mak, selamat segalanya. Terima kasih mak, kerana menjaga kita seperti bayi sewaktu kita sakit suatu ketika dahulu. Terima kasih ayah kerana pangkukan kepala ini ketika diri ini sakit di klinik sebelum warded. 
Salam sayang mak dan ayah...
Setulus cinta dan kasihmu takkan kulupakan....

Sunday, May 6, 2012

Astaghfirullah - Hafiz Hamidun ( Zikir Terapi Diri ) @HAFIZHAMIDUN @Arte...

sangat tenang hati ini...terima kasih ya Allah

SUKA DENGAR

~HAMBAMU~
Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

HambaMu Allah
Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

HambaMu Allah
HambaMu Allah

Suka dengar lagu ni...sambil dengar zikir kat astro oasis ni, sementara nak tunggu asar ni, nak coret sikit kat sini. Emm suke tengok gambar yang lepas-lepas. Rindunya...Ya Allah, moga imanku terjaga dan terdidik. Hanya padaMU aku berharap dan berserah. Didik dan peliharalah imanku. Sesungguhnya aku mengerti bahawa ENGKAU menyayangiku.

Sesungguhnya aku tenang dengan segala anugerahMU. Tuntun langkahku ke jalan yang KAU redhai. Bersama teman hatiku di dunia dan akhirat. Keluarga yang sakinah indah di sisiMU. 

Pelihara iman kami, langkah kami...Ya arhaman Rohimin...

KAGUMMNYA SAYE

Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah

In kagum dengan ustaz ni...Emmm Ustaz Muhammad pernah ajar in sewaktu saye di GEMS...Dan ustaz juga sangat  dikagumi. Nak cite sikit, dalam satu waktu ustaz ajar kelas saye, then bila malam ustaz kene bagi ceramah kat dewan. Kebetulan masa malam tu program ibadah, In as a Ibadah and Motivational Leader. Malam tu memang program group kami. Emm mase sesi soal jawab, In takde lah tanye ape-ape.

Bila dah selesai sahaja, kami gi lah menjamu selera di dewan, tiba-tiba ustaz datang, "kenapa Nurul tak tanye tadi?"...tersenyum In. "Eh, ustaz...actually I wanna ask, but malu...^^ Nt saye tanye dalam kelas dengan kawan-kawan". Ustaz senyum je...

Sampailah In berhenti GEMS, ustaz still keep in touch by email bagitahu di mana ade usrah dan program. Ustaz ni saudara baru Islam. Tak baru sangat, dah lame, tapi cara die, jatuh cinta dia pada Islam mengagumkan saye. Ayat ustaz, "lagi Allah ta'ala sayang pada kita, lagi Dia uji kita".

Saturday, May 5, 2012

SEINDAH BUNGA SAKURA^^


Kenapa pagi-pagi ni, tiba-tiba je tulis seindah bunga sakura?...emmm
Suka sangat bunga sakura. Dulu, dan kini...perkataan sakura ni tak pernah lupa...Kenangan yang indah...Cantik kan bunga sakura...hihi...
 Tiba-tiba teringat...ayah, macamane kite nak jumpe keturunan moyang kite yang cina tu...Ayah kata, macamane nak jumpe, diorang kat negara China.. Dulu moyang datang Malaysia masa zaman Jepun. Di bawa ke sini...Emmm...baru tahu...Adakah mungkin takkan jumpe keluarga moyang ea?
Emm tak mengapalah...Kalau diizinkan Allah, pasti bertemu juga. ^^

Tiba-tiba teringat lagi...eh tak de ape lah...macam-macam pulak

Sakura tu cantek kan?Jadilah seperti sakura...mekarnya sementara...tapi ia kekal abadi di jiwa...^^

BELI BUKU LAGI^^..."TUNJUKKAN AKU JALAN KE SYURGA"

Alhamdulillah...hari ni beli buku lagi...mcm tak percaya je...tapi tu lah nurul ain ni...asyik beli buku je...banyak dah koleksi....tadi pagi jalan nk ke ofis, terpaut pd buku ni...
Memang dah perasan sejak semlam dalam surat khabar tentang buku yang baru keluar ni...Pagi tadi nampak je kat kedai tu mase nak beli air kotak, terus je beli..Best...Seronok bace buku ni...Ingat nak baca malam ni sebelum tido...emm tertinggal buku ni dalam kereta..Eee tak dapat nak baca before tito...tapi nasib dah bace sikit tadi...Tak pe, esok sambil dalam kereta boleh baca lagi...
Memang kalau dah start baca buku ni...tak sabar nak buka helaian yang seterusnya...Based on true story...memang seronok dan menyentuh hati dan perasaan...
Nanti ade buku baru lagi...boleh beli^^...
Bilik sebelah nanti boleh jadi bilik library a.k.a bilik solat^^...
Jom kite membaca

Tuesday, May 1, 2012

Irfan Makki feat. Maher Zain - I Believe

TERIMA DENGAN REDHA


Alhamdulillah ... hujan petang ni...Dah lame tak hujan...Panas sangat... Tempoh hari tengah-tengah google fb, ternampak tajuk lagu ni...Sudah Cukup Sudah...Tak pernah dengar lagu ni. Terlintas nak mendengar...Bila dengar sayu je hati ni...Then blogwalking, terdengar lagu ni di blog...emmm I know the feeling of that person. Mesti same dengan lagu blognya.. Sometimes perasaan boleh di tafsir melalui lagu. Maaf

Emm...semuanya yang terjadi ada hikmahnya. Allah takkan mentakdirkan sesuatu itu dengan sia-sia. Percaya dan yakinlah pada NYA, pasti kita akan temui jawapannya. Percayalah... Kenapa ya In berkata begini? Kerana pernah mengalaminya. Setiap yang terjadi itu ada hikmahnya. Allah lebih tahu. Sesungguhnya kasih sayang Allah mendahului kemurkaanNYA. Siapa pun takkan sangka.

Ujian Allah itu berbeza-beza. Dan kita sendiri tidak mampu utk mentafsirnya. Alhamdulillah...bila direnungkan kembali...hampir segala impian diri ini menjadi kenyataan. Walaupun lambat atau cepat, ia tetap jadi. Allah mendengar doaku. Bukan mudah utk mengecapi sebuah impian tanpa kenal erti sabar dan yakin.

Percaya dan yakinlah padaNYA kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.Senyuman di kala kedukaan adalah tanda kekuata iman kita...
Be strong...Dan Allah yang memilih kita utk berubah. Dan kita sangat bertuah.
Nothing to say...Just....Sabar dan redha...

SELAMAT HARI LAHIR AYAH^^

Ni khas buat ayah^^
terima kasih ayah...Kerana ayah juga kite di lahirkan ke dunia ini...



Monday, April 30, 2012

BALIK KAMPUNG...CUTI LAME...SELESAIKAN URUSAN...SELAMAT HARI LAHIR AYAH

Balik kampung...cuti lame sangat rasanya. Jumaat dah start cuti sampailah esok. Macam-macam yang di buat. Memang sangat sibuk, tapi alhamdulillah...Segalanya dipermudahkan.
Jalan-jalan dengan mamar...Ni gambo atas ni dengan mamar. Mamar dah pandai jalan. Comel kan?
Semua dah hampir selesai....Dapat juga jumpe Alif..Alif dan beshar...


Hari ni besday ayah...Sangat sibuk selesaikan urusan sendiri dan petang pula urusan utk sambut hari lahir ayah malam ni. Rasa seronok balik ni. Gi jalan-jalan dengan mak ayah membeli barang. Dah hampir selesai...
Selamat hari lahir ayah...
Moga dipanjangkan umur, sembuh dari penyakit dan dipermurahkan rezeki. Dan semoga ayah sentiasa di sayang Allah swt^^.Terima kasih kerana menjadi ayah kite^^.
Sukanye bila dah tengok hasil. Cantek sangat.
Suke sangat....
Nanti nak hantar gi dry cleaning...
Alhamdulillah kerana urusan dipermudahkan dan segalanya berjalan lancar
Terima kasih semua kerana membantu...




Thursday, April 26, 2012

DAH LAME TAK UPDATE...BZ

Dah lame rasanya tak update blog. Emm bz, mak ayah datang rumah...seronok sangat. Dapat jalan-jalan dengan mak dan ayah. Mak ayah bersantai-santai di rumah...Emm best sangat. Seronok lah sebab dapat sediakan dengan sempurna buat tetamu rumah. Hihi..Sekarang ni ta sabar je nak balik rumah...Nak bersantai-santai...Ade satu malam tu, bersantai dengan mak ayah di ruang tamu rumah sambi tengok Ustazah Pilihan vs Imam Muda. Ayah dan mak suke sangat tengok rancangan tu...
Seronok...dan lagi seronok dapat mengait...eeee along plak nak tempah skaf...ngade...geram-geram...alas meja pun tak siap agi...ni hasil mengait...hehe.
hehe...mengait di sofa yang empuk...sampai tertido, tido...caye tak...penat ..tapi seronok...ni sok nak balik kg dah...nak uruskan ape yang patut... emmm nak tito dah...selamat malam sume...jumpe lagi nt^^

Saturday, April 14, 2012

RUMAHKU SYURGAKU

Emmm alhamdulillah...sangat suke melihat rumahku...yang sangat aku cintai...hihi...Rumahku syurgaku...terima kasih ya Allah kerana hikmah solat dhuha-MU melmpahi rahmat rezeki padaku. Rahmat kasih sayang, cinta, rezeki,dan macam-macam lagi Gi rumah nek kat Kg Wira Jaya, kelakar dengar nek cite atok nak nanges bile nek marah atok hari tu. atok kata..."Sampai hati marah"...hihi...in jawab, "marah-marah sayang tuh"...hihi...Nek ketawa gelihati...
Romantiknye...
Hari ni seharian bersama family...gi mane ea...Mula-mula gi Proton, then breakfast di Setiawangsa, then gi Proton balik nengok kete, then gi mah nek dan atok di Kg Wira Jaya, pastuh gi Selayang tempah baju, kemudian gi singgah Mydin beli barang-barang yang perlu, emmm then singgah mak atok dan nek semula amek kete, kemudian gi Giant...dan ni baru tiba rumah. Ni nak tunggu org htr barang...Emmm balik-balik je dalam kete, nak nanges...hehe
Sebab ape, sebab penat...Selalu macam tu, kalau penat nak nanges je..."...dah masak dah dengan ...ni" ayat yang dikeluarkan....
Minta mahap...hihi...tapi sangat seronok. Seronok sangat. Terima kasih pada hari ini dan segalanya...rasa terhibur...Ha! lagi 1, atok dengarkan kat telinga in bunyi burung yang atok pelihara...hikhik...shuke^^