Thursday, May 10, 2012

SETULUS CINTAMU

sekaya mana pun kita, setinggi mane pun pangkat kita, kita adalah miskin jika kita tak dapat redha Ibu bapa kita...dan...semiskin kita, rendahnya pangkat kita, kita adalah kaya dengan adanya redha, kasih dan sayang ibu bapa kita.Tiada mereka, tiadalah kita...
 
 Inilah ayat yang In post di wall facebook In. Emm setulus kasih ibu membesarkan kita, tak dapat kita nak membalas segala kesakitan ibu kita. Teringat suatu ketika, mak ade cerita padaku, masa mak mengandungkan , mak dan ayah accident motor. Mak termasuk dalam parit besar. Kaki mak patah. Mase tu mak fikir, mesti anak yang mak kandungkan akan tiada. Alhamdulillah, mak kata diri ini kuat. Mak sungguh tak sangka. 
Masa mak nak melahirkan anak mak itu, mase baby dilahirkan di dunia, anak mak tidak menangis pun. Mak dah risau sangat, mak ingat anaknya tidak bernyawa. Bila doctor mengangkat anak mak, menepuk punggung, mak kata anak mak menangis sikit je..."isk...isk..." then  doctor tepuk lagi...nangis sikit juga. Mak sungguh risau. kerana seingat mak, ketika mak melahirkan anaknya, mak tak rasa sakit pun. Langsung tak. Bila doctor angkat, baru mak tahu anak mak dah selamat di lahirkan. Mudahnya mak melahirkan anak mak.
Dan anak mak itu adalah diriku. Terima kasih mak..kerana melahirkan kita. Terima kasih ayah kerana menjaga mak. Pabila saat diriku sakit, dapat aku melihat airmata mak sewaktu mengusungku ke bilik bedah. Semangat mak menguatkan ku...Walaupun mak tidak tahu pembedahan itu cuma 50-50. Aku menandatangani surat itu tanpa pengetahuan mak. Berkat doa mak, selamat segalanya. Terima kasih mak, kerana menjaga kita seperti bayi sewaktu kita sakit suatu ketika dahulu. Terima kasih ayah kerana pangkukan kepala ini ketika diri ini sakit di klinik sebelum warded. 
Salam sayang mak dan ayah...
Setulus cinta dan kasihmu takkan kulupakan....

No comments: