Sunday, May 6, 2012

SUKA DENGAR

~HAMBAMU~
Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

HambaMu Allah
Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

HambaMu Allah
HambaMu Allah

Suka dengar lagu ni...sambil dengar zikir kat astro oasis ni, sementara nak tunggu asar ni, nak coret sikit kat sini. Emm suke tengok gambar yang lepas-lepas. Rindunya...Ya Allah, moga imanku terjaga dan terdidik. Hanya padaMU aku berharap dan berserah. Didik dan peliharalah imanku. Sesungguhnya aku mengerti bahawa ENGKAU menyayangiku.

Sesungguhnya aku tenang dengan segala anugerahMU. Tuntun langkahku ke jalan yang KAU redhai. Bersama teman hatiku di dunia dan akhirat. Keluarga yang sakinah indah di sisiMU. 

Pelihara iman kami, langkah kami...Ya arhaman Rohimin...

No comments: