Monday, April 25, 2011

TINTAHATI 1 ~ KISAH ITU

Bermulanya sebuah TINTAHATI

Malam ini, duduk tundukku bertafakur.
Aku mencari ketenangan di sebalik kegundahan dan ujian yang berat buatku. Hatiku terdetik keinsafan Cintaku pada-MU ya Robbi. Tulus doaku untuk-MU. Tulus hatiku membisikkan kalimah cinta buat-MU. Aku rindu akan rayuanku pada-MU.

Saban malam ku meniti waktu
Saat yang belalu terusku tunggu
dikalainsan terus trlena
hatiku ini ingin teus berjaga

Dikala sepiku sendiri
mencari sinar dikegelapan malam
airmataku becucuran
kerna rindu ku yang tak pernah padam

Tangisanku mendayu-dayu
mengharap kasih dari yang satu
kutahucinta kuterbalas
kerna dialah pemilik cinta sejati
Oh Tuhan tunjukanlah jalan
merentai rasa cintaku
citra rindudan kasihku
yang kudambakan hanya untukMu

Usahlah Kau palingkan cinta
yang suci murni lagi sejati
kerna aku hanya ada sekeping hati
yang rapuh dan tak berdaya

Moga rinduku kan terubat
lantaran kasihMu yang murni
Tangisan rinduku
hanya untukMu.

Allahumma anta robbi
Zolam tu naf-si
Wa-ilam -ta'fiq-li
Wa-tar -ham -ni
La -aku-nan na minal-ko-si-rin

Allahummaantarobbi
a-an-ni-ni-ala -
Zikrika-Was-syu'rika
wa-husni-min-iba-datik

Allahumma antarobbi
tah-tim-ni-ya Allah
hus-hus ni ko-ti-mah
wa-la tah-tim-alaiya

Allahumma antarobbi
ta-qab-bal min-ni doa-in-ni
innaka-antas-samiul-a'lim
Wa-tub alaiya ya ALLAH in-naka
antas-samiul a'lim


Usai tadahan doaku pada-MU, kucapai A-Quran milikku untukku tambahkan ketenangan di hati ini. Di malam yang sepi itu, kualunkan kata-kata cinta dari pemilik Cinta itu. Hatiku terpaut akan kata-kata dari-NYA.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
Surah Al-Baqarah Ayat 216
Hatiku tenang ketika membacakan ayat tersebut. Sesungguhnya perancangan-MU amat halus, yang aku sendiri tidak terduga ini tertulis untukku.

“Ya Allah, aku redha akan segala ketentuan-MU pada hamba-MU ini. Kau ampunilah segala dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku.amin.”

Kualihkan kedudukan ku ke meja tulisku…Ku tatap bingkai gambar itu. Tersenyumku sendirian. Kisah itu tergambar di kelopak mataku. Rindunya aku akan kisah itu.

“Lepas main, mandi. Kemudian minum petang. Maghrib kita solat jemaah sama-sama. Ya?” lancar insan kesayanganku menruskan kata.

“Baik^^.hihi”. Aku menjawab tanpa banyak bicara.

Usai solat maghrib berjemaah bersama-sama, Al-Quran kucapai, ku tuntun langkah kecilku ke arah insan kesayanganku.

Itulah rutin harianku disuatu ketika dahulu sebelum aku melangkah dipilih oleh Allah untukku hidup berdikari di sini. Dan setiap kali kulihat Al-Quran itu, kisah itu pasti datang menemaniku untukku ukir senyuman bersama.

Ah, sudah lewat malam, aku harus tidur. Esok kuliahku pagi, takut-takut mengantuk pula di dalam kelas. Em… adakah masih ada kerja yang harus aku lakukan? Insya’Allah tidak ada dah. Aku meletakkan semula bingkai gambar itu, dan ku labuhkan diriku di katil setelah ku sangkutkan persalinan solatku di tempat yang khas yang telah ku tetapkan.  Malam itu hatiku tenang  setelah kuluahkan segalanya kepada-NYA. Alhamdulillah.

BERMULANYA SEBUAH TINTAHATI~NOVEL

Assalamualaikum wbt^^

Alhamdulillah, masih dikurniakan nikmat utkku menikmati udara-MU yang segar dan nyaman ini. Sampai sahaja diriku di sini, jari-jemari ini mahu mneruskan tarian di atas keyboard ni. Rindu? Wallahu'alam. Terima kasih pada sweet weekend^^.

Entry yang lepas

"Disaat wanita itu keseorgn, dtg seorg putera soleh mendekatinya lantas memimpin&membawanya ke suatu sudut lalu memberikan seteguk kasih sayang. Wanita yg kelihatan keletihan&sayu itu mendapat suntikan semangat utk terus menjalani kehidupan dimuka bumi Allah ini. Lelaki itu merawatnya dengan zikrullah beserta tarbiyah yg penuh dgn mujahdah krn akan bersama2 melayari bahtera utk meneruskan perjuangan utk zuriat2 dan anak2 "

adalah episod akhir sebuah novel TINTAHATI... Tak tahu dari mane utkku mulakan menulis. Insya'Allah akan ku tintakan di sini.. Akan kugagahkan jari-jemari ini mencoretkan cerita itu di sini.  Terima kasih padanya yang menyambung ceritaku. Pengakhiran yang sangat indah. Insya'Allah.

Buat masa ni,
masih tidak dapat ku coretkan novel itu di sini kerana kesihatan belum mengizinkan. Asif.
Tak selesa rasanya sambil menulis, batukku mengganggu emosi penulisanku. Insya'Allah, pabila sampai waktunya, keizinan dari-NYA, ia akan tercoret di sini buat tatapan semua termasuk zuriat keturunanku^^.

Terima kasih pada sebuah confirmation. I will do what you wish as long as there still in the right way; Syariah. Focus^^ 
Pabila sukar utk kita dapatkan sesuatu, ia pasti akan bernilai buat kita. Yang Allah nak kita tahu erti menghargai dan Allah nak kita rasa kebahgiaan hidup yang tidak terhingga.

Indahnya pagi ini.


Hasbi Robbi...
Jallallah..
Mafiqalbi...Ghairullah...
Nur Muhammad...
Sallallah...
La ila, Ha illallah...

suka dengar zikir ni... sejuk je hati ni....Thank You ALLAH

Friday, April 22, 2011

PICISAN & MAAFKAN DIRI INI

"Disaat wanita itu keseorgn, dtg seorg putera soleh mendekatinya lantas memimpin&membawanya ke suatu sudut lalu memberikan seteguk kasih sayang. Wanita yg kelihatan keletihan&sayu itu mendapat suntikan semangat utk terus menjalani kehidupan dimuka bumi Allah ini. Lelaki itu merawatnya dengan zikrullah beserta tarbiyah yg penuh dgn mujahdah krn akan bersama2 melayari bahtera utk meneruskan perjuangan utk zuriat2 dan anak2 "

Salam wbt....

Buat yang bertanya kenapa diri ini berhenti menulis......maafkan diriku....
Myra... maafkan ain andai ain berhenti menulis buat seketika. Tiada sebab, tiada apa...
pabila jari-jemari ini segar, minda dan akal segar, insya'Allah akanku sambung menulisnya kembali.
jari-jemari ini sentiasa merindukan tariannya di atas keyboard ini.Diri ini perlukan msa utk bermuhasabah...

PASRAH

TUHAN...
pada-MU aku pasrah
akur, alah dan menyerah
seluruhnya sudah pudar
cintaku kian tercalar
senjaku semakin dekat
di sumur dosa aku melarat
di hujung umur ku pasti kembali
sedang hatiku tak suci lagi.

TUHAN...
langkahku entahkan mati
mendaki kasih-MU nan tinggi
namun cintaku bukan palsu
walaupun sering terganggu
kekadang terasa sayang-MU
bersama kurnia hidayah
kekadang terasa murka-MU
seiring patahnya mujahadah

TUHAN...
Terlerai ribuan taubatku
terungkai semua janjiku
kataku sering mungkir
cinta-MU sering terpinggir
namun
aku masih setia mengemis di jendela usia
terus mencari wajah diri
menadah keampunan-MU, ILAHI

Thursday, April 21, 2011

SELAMAT TINGGAL

KU MEMOHON 10 JARI.
HARI INI KU KAN BERHENTI MENULIS...
MAAFKAN SEGALA KEKURANGAN KU KAN MENULIS PABILA HATI INI TERBUKA SEMULA.

SELAMAT TINGGAL

Tuesday, April 19, 2011

DEMAM...UJIAN... KIFARAH

Salam wbt…
Dah lame tak rasa kurang sihat macam hari ni. Mungkin kifarah dari Allah. ^^. Terima kasih ya Allah. Suara pun dah lain. Kepala pening. Tapi Alhamdulillah, wajahku ini masih mampu mengukirkan senyuman. Islam itu indah kan? Walau dengan senyuman, mampu mencorakkan hari yang dilalui. Dapat pulang ke kampung, terasa amat seronok. Bertemu dengan Alif bersama Saidatul.
Walau tidak mampu diri ni melangkah pulang semalam, kugagahkan diriku utk pulang ke KL ini. Dan pagi ni kugagahkan juga utk pergi bekerja. Sempat kukirimkan email pada yang berwajib. Alhamdulillah. Setelah segalanya berlalu, aku redha akan takdir-MU ya ILAHI. Segalanya ketentuan dari-MU. Rindu pada mak dan ayah terubat juga.
Pilu rasanya pabila tok mak menyatakan rindu padaku. Maafkan ain tok mak sebab membuat tok mak tertunggu-tunggu. Gembira rasanya hatiku pabila bersama keluarga tersayang. Gembira sangat. Seolah-olah tak pernah kujumpa mereka. Puas ku dakap Alif dan Saidatul. Dan sempat juga ku membeli tudung bersama Kak Siti. Dan balik dari kedai juga, kami membuat tudng tersebut. Siap 2 tudung dalam masa tak sampai 2 jam. Alhamdulillah.
Mungkinkah dapat kutemui semuanya lagi? Moga Allah panjangkan umurku utk ku bertemu mereka yang kusayangi lagi. Rindunya pada mereka lagi. Ya Allah, kuatkan hatiku. Kuatkan imanku. Istiqomahkan aku dalam menuju husnul khotimah-MU.amin.
Suatu hari nanti pasti dia akan mengerti hati kecil ini. PadaNYA kuserahkan segala. tadi blogwalking di Ustaz Pahrol blog. Rasa tenang je hati ni membaca entry ustaz. Allah sentiasa menguji hamba-NYA walau dalam kebaikan diberikan. sesungguhnya kita yang kene kaji hikmah segala kejadian ini.
Dah lama tak rasa demam macam ni. Emm memang kujarang sangat demam. Tapi kalau sekali ku demam, memang ku tak mampu bangun dari katil. Sakitnya tekak tak terperi. Emm ujian. semua ni penghapus dosa buatku.

Tak mampu rasanya nak melangkah pulang. rehatkan diri jap di sini, kan ku sambung langkahku utk pulang. Seharian, sesuap nasi pun tidak kujamah. sakitnya tekak bukan kepalang. Bila berbicara, sakitnya menusuk di telinga. Bila batuk, sakitnya sampai ke kepala. Ya Allah... hamba-MU redha. Akan kuteruskan langkah ini... walu ape pun...kite perlu senyum. sampai nafas yang terakhir ^^...
Dari sudut itu, aku masih memerhatikan corak hidupku. Aku takkan pernah berganjak.

SAAT LAFAZ SAKINAH

Saat Lafaz Sakinah – Far East
Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda
Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Friday, April 15, 2011

KELOPAK MAWAR ITU

kelopak mawar ini kuabadikan dalam penanda buku ku...yang ku bawa kemana sahja bersama buku yang ku bawa^^
jadilah tangan yang memberi bunga mawar, kerana harumannya mewangi

love itu utk kelopak mawar merah


putih dan oren utk kelopak mawar warna itu^^

SENYUMAN TERUKIR INDAH...HARGA SEBUAH KEIKHLASAN

Berilah aku keyakinan
Yang menimbulkan keberanian hati
Kurniakanlah aku kebijaksanaan
Yang membuahkan kerendahan diri

Alhamdulillah…
Segalanya yang tersirat telah pun tersurat. Aku redha dengan takdir hidupku. Alhamdulillah… Ketenangan itu kembali dalam genggamanku. Aku berjalan dengan penuh redha dan tersenyum. Hikmah sebuah kemaafan.
Memaafkan orang lain bererti memaafkan diri sendiri. Hidup terlalu singkat utk membenci. Sucikanlah hati mencari ILAHI.
Pandanglah ke bawah utk merasai syukur atas nikmat dunia.
Pandanglah ke atas utk lebih bersemangat menyediakan bekal akhirat.
Kadangkala sifat mahmudah itu tidak dapat disemai hanya dengan beribadat,
Tetapi hanya dituai hasil mehnah (didikan) sebuah mujahadah.
Begitulah jua mazmumah yang ada di kalbu kita,
Kadangkala dicuci dengan kesempitan rezeki dan hentakan kesedihan.
Berlapang dadalah dalam semua hal kerana kesederhanaan itu selalunya menyelamatkan.
Maaf atas segala yang terkurang kerana di situlah letaknya kesempurnaan manusia.
Tetapi santunilah hati yang sentiasa mengharap kebaikan.
Sejauh mana kasih kita kepada Allah
Itulah ukuran kasih yang dapat kita berikan kepada manusia.

Bunga mawar itu kuabadikan dalam penanda buku yang ku buat sendiri.
Kerana bagiku ia tetap bersamaku dalam aku meraih ilmu-MU…
Terima kasih pada kuntuman itu^^

Kita Cuma manusia biasa yang bukan malaikat. Semua orang pernah buat silap.
Satu pintu kemaafan membuka banyak pintu kebaikan.
Allah lebih tahu segalanya. …

Moga ukhwah yang bertaut kekal selamanya di dalam redha Allah…
Amin

Thursday, April 14, 2011

DATING VS MAGGA MADU^^

Usai waktu bekerja semalam , kuteruskan langkahku bersama dia utk pulang... Berdating dengan dia... rasa seronok ukhwah yang diukir kerana Allah swt. Niat di hati, mahu singgah di pasar malam. Kerana kegemaranku pada mangga madu (Chokanan). minat yang sama dikongsi bersama Kak Siti.

Setibanya di pasar malam, kami tertanya-tanya...
"kita ni ade muka student tak kak?" tanyeku..

"Ade-ade, insya'Allah^^", jawab Kak Siti.

Kami pun senyum dan ketawa bersama. Macam biasa.... kami jalan sampai hujung dulu, nanti patah balik, beli terus. tercari-cari mangga madu yang kami beli minggu lepas. Hampir setiap minggu beli mangga^^. Sampai sahaja di tempat mangga, plastik yang depan mata pun tak nampak. tak perasan. Asif pakcik^^.

Ku menghulurkan mangga yang telah kupilih kepada penjual mangga itu.

"adik, abang cukupkan sekilo setengah. Abang bagi RM5. Sebab adik belajar lagi. Abang faham.
kalau adik dah kerja, abang bagi RM6."

Kami tersipu-sipu dan agak terkejut juga^^. kami muka student? tersengeh pada Kak Siti. Kak Siti pun sama. Dapat harga yang sama. Kami tak mampu berkata-kata. hanya tersenyum sahaja. Hikhik...

Kami tak nampak tua ya? Sampai nak beli ayam pun, masih terngiang lagi kata-kata penjual mangga tadi. dan cepat-cepat istighfar takut-takut terlupa akan diri. Astaghfirullahal,azim...

Mangga-mangga.....

Tapi memang ramai semalam student di pasar malam tersebut. Mungkin mereka baru habis exam. Adik-adik di UIA, teruskan perjuangan kalian ya... semoga semua berjaya.

Kenangan berdating bersama kak Siti, inilah yang terindah^^. nanti kite gi pasar malam lagi bersama ya... Indahnya ukhwah kerana Allah swt ni...

Hihi...kak lang kak Siti pun suke mangga tu. mangga madu.....

HARI YANG AMAT BERAT

Aku meniti perjalanan hidupku dengan  penuh persoalan. Kulihat kicau burung, awan yang indah tersenyum padaku. Aku inginkan setenang itu... Ya Allah, tuntun langkahku. Jangan biarkan aku sendirian dalam ranjau ini... Hatiku menangis... hiba.... Mampukah aku mengorak langkahku yang lemah ini?

Kasih sayang dibelai kesetiaan
Pertautan hati dicapai dengan sama-sama berjuang
hatiku dan hatimu
islamlah yang mengingatinya
jiwaku dan jiwamu
ALLAH lah yang mempertautkannya

Dan ketika itu tiada lagi yang terbuku
Segala terlerai tulus di kalbu
Segala-galanya terlerai demi ukhwah
Segala-galanya terungkai kerana mujahadah
Lalu di antara kita tidak ada antaranya lagi!

Dalam diam ku berbisik, adakah aku masih lagi diuji? Hidup ini punya nikmat. Walau ujian itu, nikmat. Hatiku lembut seperti tisu. Bukannya keras seperti batu. Aku tidak mahu menzalimi, tapi aku cuma manusia biasa. Yang bisa melakukan kesilapan. Kerana aku bukan malaikat yang tak pernah buat silap. Maafkanku andai ada tindakanku menimbulkan kemurkaan-Mu ya Robbi. Pimpinlah daku. Jangan biarkan aku bertatih atau tertatih ke dlam jurang dosa-MU. Sesungguhnya Engkau mengetahui segala yang terbaik utkku. Aku redha segala takdir hidupku.

Walau dalam kelam, aku kan tetap mencari-MU. Leraikanlah segala kekusutan. tuntunlah aku dalam membuat keputusan. Harumkan wangian hidupku seharum mawar putih yang kukucup semalam. Suci warnanya menggamit ketenanganku...

Wahai mawar putihku.... walau engkau telah layu, akan kuabadikanmu sentiasa. Kerana aku menerimamu dalam keadaan cantik, dan tak mungkin aku membuangmu pabila kelayuan menjemputmu. Akan ku jadikan hiasan potpouri ku. Akan kuwangikanmu selalu. Agar engkau tetap harum bersamaku...

Segalanya ini, lahir dari hati kecilku ini....
hatiku berbicara lagi pagi ini...

Tuesday, April 12, 2011

SAPAAN SI KECIL SETIAP HARI

Dalam detik pagi yang sejuk. Embun jatuh menyembah bumi, aku meneruskan langkah utk ke taman kerjaku. Dan setiap pagi juga, si kecil itu akan menyapaku. Menyalam tanganku. Sungguh mulus kulitnya. Sungguh comelnya dia, mahu kucubit pipinya. Dan tidak ketinggalan, pagi ini juga si kecil telah bangun utk bertemuku sewaktu langkahku menuruni tangga.

Setiap hari juga, emosi ku dimulai dengan keceriaan si kecil. Awalnya dia bangun. bisik hati kecilku. Rajinnya neneknya mengemas dan menyapu rumah. Pagi semalam si kecil aerobic mengikut siaran tv di hadapannya. pagiku sentiasa terhibur dengan sapaan si kecil.^^

Pabila letih pulangku dari kerja, si kecil menyapa lagi pabila sampainya aku di pintu rumahnya. Acapkali dia menyebut "kakak....shelamat mlm"^^ so sweet my dear. Dan aku pasti mengusap pipinya. sungguh comel....
pabila bersapa dengannya, kuteringat Alif. Rindunya hati ini pada Alif kesayanganku. Insan istimewa bertahta dalam hatiku....

Hilang lelahku di kepulangan kerja melihat akan riak langkah dan tari si kecil. Si kecil adalah bangsa cina^^.
Tapi sangat pandai berbahasa melayu. terimbau kenanganku duduk bersama tok mak dan tok ayah. begitulah diriku dahulu sewaktu di jaga oleh mereka.

pabila ku bersua dengan si kecil, pasti aku terpandang diriku dahulu. dan pastinya petang ini si kecil menungguku di pintu rumahnya^^....

KU BERSAKSI

Aku melihat dunia pada mengenalMu
Namun tak hentikanku untuk terus mencariMu
Sampaiku rasa ada suatu yang berbeza
Kehampaan di jiwa terjawab sempurna

Di sini ku temu kan kedamaian
Tiada yang lain kan menggoyahkan
Ku ikrarkan sungguh sepenuh hatiku
Sepenuh hatiku..

Aku bersaksi bahwa tiada tuhan selain Allah
Penguasa Alam semesta
Dan aku bersaksi bahwa Nabi Muhammad utusanNya
Bagi seluruh manusia di dunia

Keyakinan hati ini membuatku memilih jalan ini
Selamanya akan aku pasrahkan
Hidup dan mati kepada Mu Tuhan

Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah
Penguasa Alam semesta
Dan aku bersaksi bahwa Nabi Muhammad utusanNya
Bagi seluruh manusia di dunia

Ku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah
Penguasa Alam semesta
Dan Nabi Muhammad utusanNya
Bagi seluruh manusia di dunia

Tiada tuhan selain Allah
Nabi Muhammad utusanNya

Monday, April 11, 2011

SATU MALAM

Malam itu gelap, jangan lebih digelapkan oleh dosa-dosamu, berilah ruang utk lebih menabur pahala.

Di kedinginan malam, aku terpaku tergigit ujian yang kulalui. Hatiku rimas diamuk gelombang krisis yang datangnya waktu demi waktu. Suasana malam yang tenang bagaikan satu sindiran buatku.

Jari-jemari ini terus menari-nari mengolah setiap detik hatiku. Detik hati yang takkan pernah berhenti di batasan waktu sampai ajal menjemput kembali. Mengapa aku tidak tenang ketika diusap rintik-rintik hujan ini? “hati resah kerana dosa!”, Ya dosa yang meruntuh kukuh hatiku, hingga ia bocor dan ternoda oleh kemungkaran dan maksiat.

Mengapa anggotaku tidak bermaya ya TUHAN. Aku ingin merintih dan mendengar segala pujukan-MU agar hati ini dekat dan ingat pada-MU ya ALLAH.

Pesan ulama, “dirikanlah sembahyang jika ingin bercakap-cakap dengan Allah”.
“Bukalah Al-Quran dan bacalah ayat-ayatNYA jika kau ingin dengar ‘suara-NYA’. Wahai diri, gelapnya hatiku. Dan betapa tinggi gunung dosa yang bertakhta di hati di dalamnya.

Di luar, hujan kian reda. Kilat dan guruh sudah hilang kekuatan yang dipinjamkan padanya. Dingin malam ini seolah-olah memujuk hatiku yang merajuk. Dingin air wudhuk yang mencecah wajah, bagai air hujan yang kian lembut membelai malam di pentas bumi yang masih basah.

Ya latif, aku dambakan kebaikan
Yang melahirkan kebaikan
Aku pohon ketenangan
Yang memberikan ketenangan
Pinggirkan segala sengketa
Hampirkan semua cinta
Tanpa dendam
Tanpa prasangka
Jika benar yang kau di Raudhah itu
Hanya ALLAH…

KATA-KATA LAHIR DARI HATI AKAN JATUH KE HATI

Ya ALLAH Pilihlah aku utk ikhlas

Kita memberi bukan utk menerima
Menabur budi bukan utk dianggap berjasa
Tulus, putih dan murni hati kita
Memberi adalah kerana-NYA jua

Tidak mengapa jika tidak dikenang
Asalkan segalanya memberi satu ketenangan
Menyebut kebaikan meragut keikhlasan
Bukan kerana kelebihan kita

Dalam samar mainan rasa
Kekadang datang jua serpihan bangga
Mengharap adanya balasan
Mendamba hadirnya kemasyhuran

Bukan itu yang diburu sejak mula
Ditagih kasih rasa di depan-MU
Bila terasa segalanya daripada-MU
Rebah segala daripadaku yang hina

TUHAN…
Dunia ini tidak panjang
Tahun terasa detik di putaran usia
Mengharap yang abadi
Kan lenyap segala ilusi
Bantulah aku
Dalam memahami rahsia itu…

Kerana IKHLAS itu rahsia

BILA BERSENDIRIAN

Bila bersendirian
Jangan rasa kesepian
Walau tanpa teman
Kita tetap diperhatikan

Dalam gelap atau terang
Ada mata yang sentiasa jaga
Melihat perlakuan dan rasa
Mencatat dosa @ pahala

Bila bersendirian
Jangan katakan ‘sunyi’
Sebaliknya selalu bisikkan di dalam hati
Pada diriku sentiasa
Ada Pemerhati

Bila bersendirian
Teruji keikhlasan
Tanpa kejian atau pujian
Apakah terus ada kesetiaan
Berfikir dan berzikir
Dengan tulus kesunyian!