Berilah aku keyakinan
Yang menimbulkan keberanian hati
Kurniakanlah aku kebijaksanaan
Yang membuahkan kerendahan diri
Alhamdulillah…
Segalanya yang tersirat telah pun tersurat. Aku redha dengan takdir hidupku. Alhamdulillah… Ketenangan itu kembali dalam genggamanku. Aku berjalan dengan penuh redha dan tersenyum. Hikmah sebuah kemaafan.
Memaafkan orang lain bererti memaafkan diri sendiri. Hidup terlalu singkat utk membenci. Sucikanlah hati mencari ILAHI.
Pandanglah ke bawah utk merasai syukur atas nikmat dunia.
Pandanglah ke atas utk lebih bersemangat menyediakan bekal akhirat.
Kadangkala sifat mahmudah itu tidak dapat disemai hanya dengan beribadat,
Tetapi hanya dituai hasil mehnah (didikan) sebuah mujahadah.
Begitulah jua mazmumah yang ada di kalbu kita,
Kadangkala dicuci dengan kesempitan rezeki dan hentakan kesedihan.
Berlapang dadalah dalam semua hal kerana kesederhanaan itu selalunya menyelamatkan.
Maaf atas segala yang terkurang kerana di situlah letaknya kesempurnaan manusia.
Tetapi santunilah hati yang sentiasa mengharap kebaikan.
Sejauh mana kasih kita kepada Allah
Itulah ukuran kasih yang dapat kita berikan kepada manusia.
Bunga mawar itu kuabadikan dalam penanda buku yang ku buat sendiri.
Kerana bagiku ia tetap bersamaku dalam aku meraih ilmu-MU…
Terima kasih pada kuntuman itu^^
Kita Cuma manusia biasa yang bukan malaikat. Semua orang pernah buat silap.
Satu pintu kemaafan membuka banyak pintu kebaikan.
Allah lebih tahu segalanya. …
Moga ukhwah yang bertaut kekal selamanya di dalam redha Allah…
Amin

No comments:
Post a Comment