Thursday, March 31, 2011

EMBUN HIDAYAH ANUGERAH ALLAH

Alhamdulillah, dah selesai segala yang berwajib. sempat jugalah update kejap sementara menunggu waktu setelah selesai semua. Balik-balik je makan buah mangga... Sedap sangat. Semalam teringin nak makan mangga, beli, tapi sebab keletihan, tak sempat nak kupas. Hari ni baru berkesempatan. Dapat kite makan same kan Fara^^.

hari ni alhamdulillah, cuma kepala ade pening sebab banyak figure sangat dipandang tadi... Harapnya rabun tak bertambah. Bile tengok figure banyak2, pening je kepala. Tapi nak buat macamane, kerja itu satu ibadah.

Di rumah pulak, Ayah tak tahu keputusannya. Dan masih meneruskan rawatan. harap mak dan ayah kuat.

based on tajuk, ape ya yang ingin di coretkan? Macam lirik lagu kan? Memang pun ^^ hihi...
Hidayah takkan datang dengan sendiri, tapi kita yang perlu mencarinya. Bila kita sayang, kita perlu ikut, dan bila kita cinta, kita perlu berkorban^^...Hihi bermadah pujangga pulak kan^^...

Allah beri kekuatan utk bersua muka dengan kenalan yang In kenal hanya melalui email, dan kami berbual panjang apabila bersua. Dia adalah Kak Siti Khadijah. Terima kasih sebab banyak beri nasihat, kongsi ilmu, dan yang paling best kami share favourite yang same. Suka baca buku motivasi islamik dan novel islamik. tadi gi office kak Siti, ade novel baru...

hihhi, nanti boleh beli kan?
emm diri masih rasa banyak kekurangan dan kelemahan lagi. masih banyak yang perlu diperbaiki. Emmm...Ya Allah, tuntun langkahku dalam mencari redha-MU. ihdini Nurullah...

Sekarang ni tengah survey2 jubah cotton. Dah lame rasanya tak membeli jubah. utk next month, nak beli satu jubah cotton....^^
 comel nye warna puti
 nice



ni tengah survey2 lagi... sume comel. Tapi nak cari yang affordable and selesa dan nice...

Wednesday, March 30, 2011

ENGKAU INSAN SEMPURNA

Dirimu terlalu sempurna
Akhlakmu yang sungguh mulia
Jasamu yang amat berharga
Menerangi jalan (ke) Syurga

Selalu aku yang terlupa
Selawat jarang terlaksana
Di bibir mengatakan cinta
Di hati pula berdusta

Bila diuji dan dipujuk nafsu
Ku meminjam cekal ketabahanmu
Kerana ku yakin di suatu waktu
Syafaatmu yang dapat membantuku

Tika berenang di laut derita
Sang mentari sejengkal di kepala
Saat dihitung dosa dan pahala
Siapakah yang akan membela

Kesyukuran atas kurniaan Rahmat-Nya
Menghadiahkanku seorang
Insan sempurna berjasa

Selayaknya engkau dikasihi dicinta

Kerana dirimu ya Rasul
Kekasih teristimewa

Tuesday, March 29, 2011

TERIMALAH SEGALA KEKURANGANNYA

Pabila kita melakukan rutin seharian... kite pasti nakkan kesempurnaan kan? Termasuk juga apabila kita mengenali seseorang, pasti ade terselit kesempurnaan yang kita inginkan kan? tapi jangan kita lupa, tak semua yang kita nak kita akan dapat. You know what? Kekurangan adalah amanah Allah buat kita. Usahalah selagi termampu dan terdaya, Insya'Allah akan ada nanti apa yang kita inginkan.

Emm masih teringat lagi, sewaktu sekolah dulu, Ustazah Khamsaton guru Bahasa Arab In memberitahu. Jika kita sayangkan seseorang, sentiasalah sedekahkan al-fatihah padanya. Kerana kita kan terasa hati kita dekat dengannya dan if something happened, kuasa Allah, hati kecil kita akan tergerak sekali. Itulah kuasa gerak hati yang Allah kurniakan atau anugerahkan pada kita. tapi semua tu kita tak perasan.

sometimes, people dah dapat apa yang die inginkan, mereka lupa yang itu semua anugerah dari Allah. Jika kita tak peliharanya dengan betul, ia akan dibiarkan macam tu je, tanpa hiasan yang selayaknya dia dapat. Wahai hati, jika kita sayangkan sesuatu terutama hamba-NYA, sedekahkanlah al-fatihah, kalimah Allah padanya. itulah hadiah yang paling bernilai walaupun ia di anggap mudah. Mudah ke? hanya insan yang benar-benar menyayangi akan berbuat begitu....Percayalah.

Emm pabila kita terasa kemanisan sebuah keimanan itu, dalam sedar atau tidak, airmata akan mengalir bila setiap kali kita mengalunkan doa pada Allah. Emm hanya yang benar-benar merasai Allah disisinya sahaja akan merasa begitu. Cinta Allah adalah cinta yang hakiki. Yang tidak ada tandingannya. Cintanya tak pernah buat kita sedih, malah memberi kebahgiaan dan kegembiraan buat kita. Moga cinta Allah sentiasa mewarnai hidup kita. amin

Diriku tertunduk malu, adakah cukup cintaku pada-NYA sekarang? masih belum lagi.... Ya Allah, pimpinlah langkahku...Jangan KAU lepaskan tangan-Mu dalam memimpinku...

SELAMAT HARI LAHIR ALONG

SELAMAT HARI LAHIR ALONG^^
hikhik...
Along dah semakin tua...
Saye muda lagi...tade lah, kite same-same mengatur langkah utk menuju matlamat...
Semoga kebahagiaan kekal hingga ke akhir hayat.amin...

Monday, March 28, 2011

EM JARI-JEMARI INI AKAN TERUS MENARI

Salamwbt buat semua...
Alhamdulillah, telah selesai segalanya.... Yang berwajib juga sudah. Emm Terima kasih ya Allah kerana masih memanjangkan umur ini utk ku hayun langkahku di sini, mengisi ruang cinta dan kasih-MU dalam hatiku dan hidupku. dapat jumpe mak dan ayah sekejap. Masih teringat senyuman ibunda. Sangat manis. Subhanallah, sangat manis senyuman mak. Ayah pula makin kurus. Ayah tak sihat ya? Insya'Allah nt Ain akan belikan ayah sesuatu. Doakan Ain dimurahkan rezeki. Terima kasih kerana membawa Ain bertemu mak dan ayah^^

hari ni Alhamdulillah tenang je. Ya Allah, lampirkan kasih dan sayang-MU dalam hidupku yang singkat ni. kita tak tahu bila kita akan mati kan? sementara masih hidup ini, aku mahu melakarkan memori hidupku dalam ruang yang kerdil ni. Sebab tu, blog ini adalah buat insan-insan yang mengenaliku dan teristimewa buat insan-insan yang ku sayangi. Senyumlah wahai wajah... Allah pun tak nak kita sedih tau. Cintailah DIA, kerana DIA yang selayaknya kita dicintai dan dikasihi. Dan selayaknya diri ini disayangi dan dikasihi.

Ku mengatur langkah, menyusuri denai kehidupan ini dengan penuh rasa bersyukur dan takwa pada-MU. Maafkan hamba-MU ini yang mudah terleka dan tersimpang. Astagfirullahal'azim.

Wednesday, March 23, 2011

HIDUP NI SANGAT SINGKAT

Hidup ni sangat singkat utk kite bersedih kan?
Ayat ni selalu In bawa dlm hati kecit ni walaupun hati ni tengah berduka.
Kenapa senang sangat diri ni dicemuh? Adakah aku yang terlalu lembut.
nangis kejap je...Then senyum balik. Allah tahu apa yang tersirat. terima kasih pada sebuah kata-kata...
I'm walking slow and very slow here to achieve my target.
I know, I am nobody here, but I wanna be somebody to my parents.
In nak buat sesuatu yang membanggakan mak dan ayah. Kerana In nak bahagiakan mak dan ayah.
Kasih sayang yang lain tak dapat menandingi kasih dan sayangnya mak dan ayah.
Walau mak dan ayah tak jaga In dari kecit, tapi kasih sayang In pada mak dan ayah amat sangat.
I wanna do something proud to my parents. sementara mereka masih hidup.
Sayang sangat pada mak dan ayah.
Ya Allah, terima kasih kerana meminjamkan kasih sayang mak dan ayah padaku.
Sesungguhnya aku bersyukur dikurniakan ibu dan bapa seperti mereka yang sangat tabah dalam segalanya.
Ain akan sentiasa senyum utk mak dan ayah.
Walau Ain ade menangis utk perkara yang lain.

I am nobody, but I wanna be somebody

:'(

Astagfirullahal'azim :'(
Sabar je lah hati kecik ni...
Sedihnya hati ni...Kenapa hati ni disakiti lagi?
Ya Allah...
Tabahkan hati kecik ni.
Mungkin aku menangis,
Tapi Allah sahaja yang tahu...
Hadirnya hati ni bukan utk disakiti...

Astagfirullah...
Wahai Allah, tenangkan hati ni...
Biarlah kegagalan yang didoakan...
Tapi niatku utk insan-insan yg aku sayangi akan aku teruskan...
tapak kaki ini melangkah sedikit demi sedikit mengenali erti kehidupan sebenar...
People change, but DIA sentiasa bersama kita...

Ya Allah...
Kuatkan iman dan hati hambaMU ini.
Lemahnya aku...
Rindu akan sujud kepadaMU :'(
Maaf andai banyak membebankan kepada semua...
Aku nekad...
Sekali aku terasa di tohmah,
Aku tetap akan meneruskan langkah,
Membuktikan walaupun aku menangis,
Tetapi aku mampu...

Mak, ayah... rindu mak ayah.
Sabarlah wahai mak, ayah...:'(

Tuesday, March 22, 2011

TIBA-TIBA

Tiba-tiba rindu sangat dengan
mak & ayah :'(...
RINDUNYA....

Mak sihat?
Ayah sihat?

ASTAGFIRULLAH

Astagfirullah Robbal Baroya,
Astagfirullah minal khotooya,
Rabbi zidniy 'ilman naafi'aa,
Wawaffiqni' 'amalan soliha...
Ya Allah...
Allah tuhanku ampuni hamba,
Dari segala salah dan lupa,
Akulah hamba yang lemah iman,
Harap ampunan Engkau curahkan...
Ya Allah,
Setulus doa aku panjatkan,
Semoga rahmat Engkau limpahkan,
Pada ibuku juga ayahku,
Yang melahirkan membesarkanku,
Bagi mereka guru-guruku,
Jasa tercurah selalu untukku...
Ya Allah,
Berilah hamba ilmu berguna,
Untuk pelita di dalam jiwa,
Kuatkan iman di dalam dada,
Tunduk patuh padaMU semata-mata...
Ya Allah...Ya Allah

SAYANGNYA ALLAH PADA HAMBA-NYA

Semalam sementara nak melelapkan mata, terbaca lah sedikit potongan kisah dalam sebuah buku. Terpaut dengan tajuk sayangnya Allah pada hamba-NYA.  Begitu unik kasih sayang Allah pada hamba-NYA. Who knows? Sangat lembut dan tersirat.^^

Abu Hurairah r.a katanya Nabi saw bersabda,

"Allah swt berfirman yg bermaksud:

Aku tidak akan mematikan hambaKU di dunia ini sebelum terlebih dahulu AKU mengampuni atau mengurangi kejelekan amalnya dgn penyakit dlm tubuhnya atau menyempitkan rezekinya atau dgn musibah yg penuh dgn kegelisahan.



Kalau kejelekannya masih ada lg pd dirinya, maka AKU beratkan di waktu ketika hendak matinya sehingga dia berjumpa AKU dgn tdk ada lagi kejelekan.

Demi kemuliaan & keagunganKU, AKU tidak akan mengeluarkan seorang pun hamba-hambaKU dan AKU tidak akan mengampuninya melainkan AKU menepati seluruh kebajikan yg dikerjakan di waktu sihat badannya dan dia merasa gembira dr apa yg diterimanya & lapang rezekinya.

Kalau kebajikannya masih kekal, maka baginya AKU lapangkan dan mempermudahkan di waktu matinya sehingga dia menemui AKU dengan kebajikan."

Kenapa In highlight kan musibah yg penuh dgn kegelisahan? Kerana pada masa kini, itulah yang DIA kerap beri pada kita tanpa kita sedari. DIA nak kita kembali padaNYA. DIA amat sayangkan kita. Cuma kadang-kala kita sahaja yang terleka akan kasih sayangNYA. Gembira kerana dapat kongsi ilmu ni walaupun sedikit. Insya'Allah memberi manfaat bersama buat semua^^. Wallahu'alam.

Monday, March 21, 2011

HATI TERUSIK


tahniah buat yang berjaya interview dan dapat keje.

Allah Maha Pemurah. Sentiasa mendengar doa hamba-hambaNYA. hari ni bertemu dengan junior... Rase tak sangka je.. jumpe CT^^. insya'Allah nt ade kelapangan kita jumpa lagi ya.

sewaktu kaki melangkah ingin ke office, terdengar lagu Embun Hidayah dari Hijjaz. sejuk je hati ni. ya Allah, tabahkan hati dalam setiap dugaanMU ini. Redhakan perjalanan hidupku agar sentiasa di dalam rahmatMU. Emmm sesungguhnya aku amat sedar akan diriku... KAU takdirkan hatiku derita kerana Engkau amat menyayangiku. Dalam sentuhanMU yang lembut, Engkau cuit hatiku akan kasihMU. AnugerahMU takkan ku persiakan...

Sabarlah wahai hati. Sesungguhnya aku telahpun berusaha setakat termampuku, dan aku serahkan segalanya padaMU ya Allah.

Buat teman, jagalah agama, hati, dan jagalah hubungan dengan Allah. Tanpa DIA segala yang kita nak, takkan kita perolehi. Panjatkan kesyukuran padaNYA. DIA pasti gembira andai setiap segala yang kau lakukan hanya keranaNYA.

Capailah setitis hidayah. Kerana di situ ada ketenangan hidup yang amat bernilai.

Wahai hati, jangan sekali hati mengeluh. Allah ada bersama kita k?senyumlah selalu. Hidup ni sangat singkat utk kita bersedih. Gembiralah walau mehnah datang menimpa. Kerana ALLAH SAYANG KITA^^.

buat teman, knp Allah lambatkan permintaan kita yang satu? krn Allah tahu, hati sebeginilah lebih lunak dalam meraih pertolonganNYA. DIA nak kita selalu denganNYA.

Pabila DIA telah menunaikan permintaan kita, maka berhati-hatilah dalam menyusun langkah. Kerana takut kite tergelincir. Sentiasalah mengingatiNYA yang satu. Ingatlah matlamat kita.

HARGAILAH SETITIS HIDAYAH^^

Hidayah takkan datang dengan sendiri. Tetapi kita yang perlu mencarinya. If ia datang, janganlah kita endahkannya, kerana kelak nt ia akan pergi dan takkan datang lagi...

Tenangkan, andai hidup dalam hidayah dan rahmat Allah? Tak semua orang boleh rasa. Allah ada perlbagai cara utk membuktikan kasih sayangNYA pada kita. Sometimes DIA turunkan musibah dan mehnah. Kita menangis, kita sedih. Sebenarnya DIA nak sangat dengar kita merayu padaNYA. Kerna DIA rindukan rayuan dan doa dari kita. Kadang-kadang DIA anugerahkan nikmat yang melimpah ruah. Dia nak kita berterima kasih pd DIA tanda kita bersyukur pada DIA. tapi hambaNYA sering lupa ketika nikmat yang melimpah ruah di beri. Sampai satu masa Allah paksa dia utk kembali padaNYA. Fahamkan?

Sebenarnya kasih sayang Allah mengatasi kemurkaanNYA. Kita je kadang-kala tak nampak tu semua. Yang kita nak, ape yang kita dapat, tapi kite lupa DIA. DIA je yang mengizinkan sesuatu itu. jadinya, pabila kita nak sesuatu yang kita impikan, kita perlukan pertolongan dariNYA. Jadinya kita perlu buat apa yang DIA inginkan dari kita.

In selalu ingat pesan mak...

"Sayang Allah".

terima kasih mak^^.

kajilah isi al-Quran. Teramat indah sentuhannya. Itulah kata-kata cinta dari ALLAH buat kita. Moga Allah lindungi kita dari sikap berputus asa... . Dah sangat banyak DIA beri petunjuk buat kita. ^^

Friday, March 18, 2011

BERMUHASABAHLAH

Waktu rehat yang cukup lame utk hari Jumaat. Teman officemate gi Mothercare... Banyaknye barang-barang baby...geram je nengok... Nak je beli...^^

Dalam menunggu waktu.... terfikir-fikir tentang bencana alam sekarang. Takutnya. Iman masih nipis lagi. Tak sekuat mane...Kalau Allah nak tarik nikmat, kejap je. Sekelip mata. Melihat kejadian tsunami kat Jepun, dah menggerunkan hati ni. Ya Allah, takutnya. Terimakah taubat dan amalanku ini? Wallahu'alam. Hanya Dia sahaja yang tahu.

Jom same-same polish iman. Takutnya akan kemurkaan DIA. Mungkin satu dosa tu kecil bagi kita, tapi besar bagi DIA. Nauzubillahiminzalik...

Ya Allah, peliharalah hati insan yang kusayangi agar sentiasa bersama-MU. sesungguhnya hidup ini amat singkat utk kita....

ALL THE BEST FOR YOU^^

Assalamualaikum wbt ^^.
Hari ni segalanya berjalan dengan lancar. All the best utk yang menghadiri interview hari ni...
Semoga Allah permudahkan segala urusan^^
Hari jumaat yang tenang ni, harapnya tenang ke akhirnya...Hidup ni sangat singkat kalau kita nak hiasinya dengan kesedihan kan? maknanya janganlah kite ukir kesedihan, happy lah selalu...
Allah kan ada. Dia beri yang terbaik buat kita^^
buatlah suatu perkara kerana ibadah. Pasti kelak akan terasa kemanisannya. Percayalah...

semoga Allah mustajabkan doa kite^^ dalam menuju keredhaan dan kebahagiaanNYA.

Thursday, March 17, 2011

SABARLAH WAHAI MAK,AYAH

Maaf sebab takde waktu kejadian. Maaf sebab tak dapat nak tenangkan mak dan ayah pada waktu itu. Kite je yang tahu ape yang kite alami kan mak, ayah... Senyumlah mak, ayah.. jangan mengeluh. Pasti ada hikmah segala yang terjadi ni. Moga Allah memberi petunjuk pada kita semua segala hikmah.

Mungkin ada perkara yang menimbulkan kemurkaanNYA tanpa kita sedari. Tenanglah wahai ibunda dan ayahanda. Hari ni ayah gi hospital tak? Ain doakan ayah cepat sembuh. Kalau Ain dekat, Ain nak bawa ayah gi hospital macamane Ain bawa tok ayah dan tok mak. Walaupun Ain jauh, hati dekat pada mak dan ayah. nanti kite gi dengar syarahan agama same-same lagi ea. Rindu saat tu. Kita sama-sama melangkah ke rumah Allah. Insya'Allah, setelah segalanya nt, pasti akan damai dan tenanglah hati mak dan ayah.

Mak, jaga kesihatan ya. kalau mak sakit, macamane ayah nanti. Along, tolong tengokkan mak dan ayah. Ain jauh. Ape-ape, beritahu ya. Dan Ain sentiasa update dengan mak ayah juga.

nanti kite 1 family gi pantai nak^^. Kite spend time bersama, lihat matahari terbenam. Dulu pun kite pernah buat kan? Ingat tak? Tapi bukan pada waktu matahari terbenam... Cume masing-masing merenung pantai, muhasabah segala yang terjadi....

Salam rindu buat mak dan ayah. Ain akan sentiasa senyum dan ketawa walau mehnah datang menimpa kita... Allah sayang kita^^. Makin dekat kita padaNYA, makin banyak kite diuji. Semua tu adalah cara DIA nak tingkatkan iman mita^^...