Monday, March 28, 2011

EM JARI-JEMARI INI AKAN TERUS MENARI

Salamwbt buat semua...
Alhamdulillah, telah selesai segalanya.... Yang berwajib juga sudah. Emm Terima kasih ya Allah kerana masih memanjangkan umur ini utk ku hayun langkahku di sini, mengisi ruang cinta dan kasih-MU dalam hatiku dan hidupku. dapat jumpe mak dan ayah sekejap. Masih teringat senyuman ibunda. Sangat manis. Subhanallah, sangat manis senyuman mak. Ayah pula makin kurus. Ayah tak sihat ya? Insya'Allah nt Ain akan belikan ayah sesuatu. Doakan Ain dimurahkan rezeki. Terima kasih kerana membawa Ain bertemu mak dan ayah^^

hari ni Alhamdulillah tenang je. Ya Allah, lampirkan kasih dan sayang-MU dalam hidupku yang singkat ni. kita tak tahu bila kita akan mati kan? sementara masih hidup ini, aku mahu melakarkan memori hidupku dalam ruang yang kerdil ni. Sebab tu, blog ini adalah buat insan-insan yang mengenaliku dan teristimewa buat insan-insan yang ku sayangi. Senyumlah wahai wajah... Allah pun tak nak kita sedih tau. Cintailah DIA, kerana DIA yang selayaknya kita dicintai dan dikasihi. Dan selayaknya diri ini disayangi dan dikasihi.

Ku mengatur langkah, menyusuri denai kehidupan ini dengan penuh rasa bersyukur dan takwa pada-MU. Maafkan hamba-MU ini yang mudah terleka dan tersimpang. Astagfirullahal'azim.

No comments: