Semalam sementara nak melelapkan mata, terbaca lah sedikit potongan kisah dalam sebuah buku. Terpaut dengan tajuk sayangnya Allah pada hamba-NYA. Begitu unik kasih sayang Allah pada hamba-NYA. Who knows? Sangat lembut dan tersirat.^^
Abu Hurairah r.a katanya Nabi saw bersabda,
"Allah swt berfirman yg bermaksud:
Aku tidak akan mematikan hambaKU di dunia ini sebelum terlebih dahulu AKU mengampuni atau mengurangi kejelekan amalnya dgn penyakit dlm tubuhnya atau menyempitkan rezekinya atau dgn musibah yg penuh dgn kegelisahan.
Kalau kejelekannya masih ada lg pd dirinya, maka AKU beratkan di waktu ketika hendak matinya sehingga dia berjumpa AKU dgn tdk ada lagi kejelekan.
Demi kemuliaan & keagunganKU, AKU tidak akan mengeluarkan seorang pun hamba-hambaKU dan AKU tidak akan mengampuninya melainkan AKU menepati seluruh kebajikan yg dikerjakan di waktu sihat badannya dan dia merasa gembira dr apa yg diterimanya & lapang rezekinya.
Kalau kebajikannya masih kekal, maka baginya AKU lapangkan dan mempermudahkan di waktu matinya sehingga dia menemui AKU dengan kebajikan."
Kenapa In highlight kan musibah yg penuh dgn kegelisahan? Kerana pada masa kini, itulah yang DIA kerap beri pada kita tanpa kita sedari. DIA nak kita kembali padaNYA. DIA amat sayangkan kita. Cuma kadang-kala kita sahaja yang terleka akan kasih sayangNYA. Gembira kerana dapat kongsi ilmu ni walaupun sedikit. Insya'Allah memberi manfaat bersama buat semua^^. Wallahu'alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment