Monday, May 9, 2011

AKTIVITI HUJUNG MINGGU^^ PUDING ROTI WITH KISMIS

Di malam hujung minggu, pastinya waktu utk bersantai. Belek-belek majalah wanita terdahulu, takde ape pun yang menarik... Housemate pun datang menjengah dibilikku yang sedang berteleku waktu itu. dengan mesra ku sambut mereka masuk ke bilikku. Masing-masing membelek majalah-majalah itu. Khusyuk sungguh mereka berdua. Aku hanya mendiamkan diri sambil membaca ma'thurat yang ku bawa selalu, same dengn ma'thuratnya.

Tiba-tiba salah seorang dari mereka bersuara...."jom kita buat puding roti nih...macam sedap jek kan?".
Tanpa berlengah, mulut ini lantas menjawab. "Jom-jom^^". semuanya setuju. Usai menghabiskan ma'thutratku, kami bertiga pun turun ke kedai bawah membeli bahan utk membuat puding roti. Bukannya selalu kami bersama, dek kerana kesibukan masing-masing. Pada malam itu, kami bersama melangkah ke kedai nyonya itu^^.





Inilah sewaktu permualaan utk merendam roti2 yang telah dikira^^. kami ikut sukatan kami jek^^...


sedapnya.... banyaknye kismis kami masuk....^^. Ni nak kukus dulu. Nanti tak macak pulak...hikhik..."MACAK"... sebenarnya itu perkataan mak waktu mak tersasul minta along tutupkan gas sewaktu air dah masak. "Along, tutupkan gas, air dah macak". hehe... mak tershashul..comel mak.
Ok2, berbalik pada puding rotiku....

Yang ini setelah masak. Waaaah sedapnya bau. Nak2 dengan susu. sedapnya....Tak sabar semua nak rasa mase tu...


sedapnya... kami makan dengan susu. Alhamdulillah. Macam lazania la pulak...hihik..
Amat bermanfaat malam tuh. Dan malam tu juga, kami bertiga menghabiskan masa menonton tv, cerekarama. DOSA SIAPA. Sedihnya citenya... Nanges In.... tapi penuh moral.....

SELAMAT HARI IBU^^~SETIAP HARI, HARI IBU~

Terima kasih buat mak dan ayah... Yang telah mendidikku sejak kecil hingga kini. terima kasih buat tok mak dan tok ayah juga. Ayah... walaupun Ain malu nak cakap sayangnya Ain pada ayah, ain tahu, ayah dapat rasakan kasih sayang ain buat ayah.

Buat mak, selamat hari ibu^^. Dan setiap hari adalah hari ibu.bila hari ibu je ni, In teringat apa yang telah mak alami dan diri ni alami. Tapi semua tu dah berlalu kan mak? Ada hikmah Allah jadikan itu. Sekarang kita bahagia selamanya insya'Allah.
Tamau ingat kisah sidih dah ya mak. Yang penting hari kita sekarang ini^^. Dan hari yang akan kita tuju, ke akhirat sana.

Selamat hari ibu buat Along dan adik. Bestnye masing-masing ade baby. Macam teddy bear. Terima kasih mak sebab melahirkan Ain^^. Mak kata, kelahiranku suatu miracle. Sebab mak ingatkan ku tidak bernyawa sewaktu lahir. Hikhik... Sebenarnya In tak nanges pun mase lahir...bile doctor tepuk, baru nanges terkujut...hihi.
Doctor ni, shaye sedap tito....gi tepuk pulak. tapi nangesh sikit jek. Then tito balik atas pangkuan mak...cian mak..... hikhik...Anak mak ni kuat^^. Tapi nak rehat manyak..hehe...

Dengar lagu sentuhanmu ni...teringat ayah.... ni liriknya...buat ayah....

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu


Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..
Sentuhanmu amat bermakna ayah...
Suke nengok ayah... ayah tak boleh tanpa mak di sisi. ke mana pergi berdua...dan tinggallah In di rumah sorang-sorang ditinggalkan. hehe... taaaaape mak, ayah.... anak mak dan ayah ni faham....
salam sayang mak dan ayah...^^

Friday, May 6, 2011

SEGALANYA PUNYA HIKMAH

Tidak kusedar, jalan yang berliku telah kutempuh. Namun hati ini tetap redha pada ketentuan-MU. Allah lebih tahu segalanya. Kita yang harus membuat pilihan jalan mana yang harus kita pilih. Dalam hidup, pilihan terletak di tangan kita sendiri, dan ia adalah dorongan dari Allah buat kita.

Berjalanlah di muka bumi Allah swt ini dengan tenang dan sentiasa bersangka baik pada-NYA. Dalam sedar atau tidak, terlalu banyak yang kita lalui hinggakan kita sendiri tidak sangka itu yang kita telah lalui. Suatu ketika dahulu, kita juga tidak sangka apa yang akan jadi pada kita hari ini kan?

Pabila kukenangkan kembali, tersenyum sendirian. Rasa tak sangka, teruja, dan yang paling penting rasa diri ini bertuah kerana di pilih oleh Allah utk menempuh semua ni. Sekarang alhamdulillah, hati makin tenang, kehidupan makin tenang dan sentiasa terasa ada redhaNYA.  Jika kita dahulukan Allah, Allah akan dahulukan kehendak kita.....^^

kehidupan seperti alam... Adaklanya mendung, panas dan hujan. tapi semua tu adalah lakaran dari Allah swt yang nak kita rasa apa itu susah, senang, sedih, dan gembira. sebabnya DIA nak kita menghargai kehidupan. Dan DIA nak kita merasai nikmat bahagia dariNYA yang tak terhingga. percayalah^^

SIMBA, ONIE, STITCH & ALIF

Alaaaaa... comelnye Simba lari2 kat depan mata ni.... Comey sungguh die. Nak kacau2 die la. Oh, hari ni Stitch berehat ya? hikhik, die kene kuarentin oleh In. Pak Qi ni jalan-jalan dengan tongkatnya. Cian die, dah tua, nak juga jalan-jalan. Mane la meow ni.... Tito agaknya die. meh nak kujutkan die. Eh2, stitch ni nak suruh klik2 die lah. Alamak, die marah dah. Jap ya Stich ^^

time kasih pada Kak Sha kerana memberi diri ini merasa Red Velvet sempena anniversary nya. Sedap sungguh. Yang Cheese tu sedap sangat. hikhik. kalau nak lagi buleh? hik...gurau jek... Happy anniversary Kak Sha.

Mane la meow ni... takkan tito lagi. Dah kujut dah tadi.... waaaaah die conteng-conteng pulak kat PC ni. Nape nih. Nakal sangat ya. Ha..... meh teman In ni jalan-jalan dalam nih...^^...Sambil tu meow mamam la. in mamam coklat ni. Shedap....

Baru jek lepas call mak. Seronok dapat dengar suara Alif. Rindunye dengan Alif. Hari tu masa di Melaka dapat juga jumpe Alif. tapi Alif pandang je muka ni, lame sangat. Mesti dalam hati Alif cakap....

"oooooo orang ni lah yang botakkan kepalaku....nanti ye"
hikhik^^.
sorry la Alif, Angah ngan Along yang botakkan. cukur Alif. Sebab Alif kan ta pernah botak lagi. jangan marah tau. Nanti pasni rambut Alif yang baru, lagi cantik dan halus.ea?ea sayang?hehe...asif tau..Angah shayang Alif.....

'Tayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaggggg..................'
ingat tak ni panggilan dari sape utk sape Alif? ni panggilan utk Alif dari Along. Bila Along panggil, mesti Alif pandang Along dan tenyum.... Comelnye Alif....hikhik

Sayang Alif.... Rindu pulak. mase di melaka, dapat dukung Alif lame-lame pun tak puas. Alif dah semangat. Jenuh Cik In ni tau.....

Thursday, May 5, 2011

LAKARAN SEJARAH~MAJLIS SUKAN


Di sinilah tempatku dan kontinjen2 yang lain menginap....^^
Dan gambar-gambar di bawah ini adalah tempat sejarah yang pernah ku lakar suatu ketika dahulu....
Wahai Kompleks sukan Melaka, diriku kembali semula menjengukmu... pabila ku berjalan di setiap tempat itu, masih terbayang sewaktu diri ini training netball di situ.Ianya sudah berlalu 7 tahun yang lepas...

Di sinilah tempatku berjalan dan berkampung selama sebulan sebelum perlawanan kebangsaan suatu ketika dahulu. Macam tak percaya jek..^^

 Di tapak inilah kami suatu ketika dahulu, team Melaka membuat latih tubi. Dan yang paling sweet sekali, pelajar tingkatan 5 yang menyertai kebangsaan suatu ketika dahulu terpaksa mengambil percubaan SPM di sini. Hihi... termasuklah diriku ini....

Di laluan inilah yang kami sering lalu suatu ketika dahulu usai menjalani latihan bola jaring utk ke dewan makan.


Inilah laluan yang sering kami lalu... Urm masih teringat kepada pemain-pemain itu, kak oyet, Yani,  cikgu-cikgu dan ramai lagi.


Di dalam dewan ini lah kami membuat latihan indoor. pada masa duduk di dewan ini hari itu, ternampak bayangan kami membuat latihan suatu ketika dahulu... Erm sungguh sekejap masa berlalu....



Di kerusi-kerusi atau tempat duduk inilah tempat kami melepaskan lelah setelah penat bermain.

Ha...... dan di bawah pohon inilah pernah suatu ketika Yani dan diriku membuat trial SPM selepas kami berlatih bola. Sambil bersandar di bawah pohon inilah.
Semua itu kenangan yang amat bernilai dan sungguh tidak kusangka diriku ini sampai semula di sana...
Asif.... dalam gambar-gambar di atas tiada diriku. Kerana diri ini sendiri lah yang snap pictures ni.

Semoga kenangan itu tetap ada dan segar dalam ingatanku ini....

AMAR~AMANI....TERIMA KASYI^^

Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi


Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah

Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati


Wednesday, May 4, 2011

HUJAN TERINGATKAN AKU.....

"Hujan, teringatkan aku....
Tentang erti rindu...."

Masih terngiang lagi, bait-bait kata itu, kunyanyikan bersama junior ku sewaktu kami same-same melangkah ke kelas English suatu ketika dahulu. dua-dua terkujut kerana maasing-masing tahu lagu tu dan nyanyi. Tapi nyanyi slow-slow je. Orang keliling ta dengar. ^^


Pagi ni hujan.... Hujan rahmat. Pintu langit sentiasa terbuka. Allah pasti akan makbulkan doa para hamba-NYA. Ku juga tidak melepaskan peluang pada waktu itu. Diri ini tenang meniti hari-hari yang KAU pinjamkan padaku.

Alhamdulillah... dan beransur pulih. Selama hampir 2 minggu lebih kurang sihat, tapi ku dapat jalani hidup dgn tenang dan sebaiknya. dan selama 4 hari di Melaka berkampung. Dan TAHNIAH!! bola jaring dapat number 3 utk team HQ B, dan number 2 utk team HQ A. Seronok, kerana dah lama tak bersukan.... kakak2 yang best dan enjoy. Alhamdulillah.

Ish2 Onie dalam PC ni, mengeow2 pulak die. jap yea, nt In layan onie k. Kite maen klik2 kat Onie, Simba, dan Stich. hihi.jap tau.

Asif kerana dah lame kot tak update blog. Kepada yang sudi membaca, asif ya. Insya'allah ade kelapangan, akan di update. dan juga if ade keizinan dari-NYA. Tiba-tiba teringat dengan ayat "....marah?^^". Bila ade orang marah pada diri ni, automatically lidah ni lancar bertanya macam tu sambil tersenyum... hikhik, nt die ta jadi marah. Tingkah ku sahaja begitu, kerana ta nak menyemarakkan api yang sedang marah. Maafkan In ya... ^^ Then, pasti die akan tersenyum, ta jadi nak marah....Shory :)

Alhamdulillah, hari ni terasa tenang dan bahagia di dalam rahmat-MU. Moga redha dan rahmat Allah sentiasa bersinar selalu buat kita. amin....

sejak akhir2 ni shuke sangat dengar lagu 1st dedication itu. Walaupun ianya dedicated sudah berlalu 4 tahun yang lepas, tapi ianya tetap segar dalam ingatanku ini. Emm hargailah setiap segala pemberian. Ianya akan kekal mewangi selamanya.

Orang yang baik, pabila die telah pergi menghadap ILAHi, pabila ade peninggalannya yang baik utk kite, kite pasti akan terasa ia tetap masih hidup walaupun ia telah pergi menghadap ILAHi. Contohnya arwah ustaz Asri~Rabbani.Pabila terdengar zikir atau alunan azan darinya, terasa ustaz masih hidup lagi....

Kerana itulah diri ini amat menghargai segala pemberian yang ikhlas dari hati dia buat IN. hargailah insan yang ada di sisi kita selagi ia masih hidup dan kite juga masih mampu memberi padanya....^^





Friday, April 29, 2011

KIFARAH

Dah hampir 2 minggu demam, batuk dan selsema.... Kadang-kala demam datang, kadang-kala ia pergi... Emmm... dah lame tk macam ni. Last sakit macam ni waktu zaman sekolah-sekolah dulu....
tak larat rasanya... Tapi kugagahkan juga kerana tanggungjawab. Kepala dah berdenyut-denyut. Sweter ni terpakai je.

Kadang-kala kuberhenti menaip sekejap dek kepalaku yang pening ni. Kifarah dari Allah. Moga dengan sakit yang KAU berikan ini buat penghapus dosa-dosaku....

Sambil menaip, coklat ku makan utk memberi tenaga padaku. Coklat kegemaranku. Sewaktu rehat tadi.... tanpa sedar, terlena seketika. Rasanya baru sebentar mataku tertutup. Emmm... Ya Allah, gagahkan hamba-MU ini.

Air, dah sebotol kuhabiskan. Utk menampung kekurangan air di badanku.... Utk meneutralkan kepanasan badanku yang tinggi ni. Kesakitan-MU ini manis pabila ia menghapus segala dosa-dosaku....
Teringat pesan Ustaz semasa kuliahku dahulu, banyakkan istighfar. Kerana ia ubat segala penyakit dan penghapus dosa kita.....

Batuk lagi......

Maaf ya tintahatiku302. kuingin merehatkan diri seketika....
Esok sukan dah bermula di Melaka selama 3 hari. Jadinya ku kan berkampung di sana. Tempat lamaku sewaktu ku training netball kebangsaan di zaman sekolahku dahulu. "Kompleks belia Dan Sukan" & "ayer Keroh D'Village"....

Terimbau kenanganku training kebangssan dahulu.... Salam'alaik

TERIMA KASYI^^

Assalamualaiku wbt

Alhamdulillah hari ni diri ini masih bernafas di muka bumi Allah swt ini....Berat bahu terasa hari ni...Beg berat. Mahu travel^^... Sudah memulakan sukan semula^^. Macam kurang percaya, tapi perlu percaya pada diri. Macam kura-kura hari ni. Bawa beg beshar^^.
Seperti kura-kura membawa cengkerangnya...hikhik



Ini ONIE ku yang lagi satu^^.... Comelkan.!kan! Dah berusia 4 tahun.... Dah beshar.... Tengok tu, ONIE dapat ape? Terima kasyi^^. Cadburry 'hazel nut'.... hikhik... Sebuah kenangan suatu masa dahulu....Syuuuuuyh!! rahsia kite^^.hikhik
Dan Onie pegangkan munga tu sementara diriku mengemas-ngemas malam  tadi... Terima kasyi pegangkan. Suka haruman bungan mawar. Wangi.

 "jadilah tangan yang memberi bunga mawar, keharuman mawar kan mewangi di tangannya"

Mawar putih adalah pilihan hatiku^^. Mawar merah pemberian yang ikhlas.   ^^  Yang suci lagi murni. syukran jazilan. Moga redha Allah sentiasa selalu bersama selamanya.
Puas sudh kucium haruman itu. Sebelum meninggalkannya pagi tadi pun, kukucup juga mawar itu. Baunya harum mewangi.... rasa tak nak dilepaskan....hukhuk :'(
Jagakan bunga mawar baik-baik ya. Ia selalu dekat kerana terletak di tempat yg selalu diri ini duduk di situ....^^
Putih itu suci, jangan dicalarinya.

Sampaikan salam buat semua^^...
Salam sayang....
Senyuman indah terukir dalam tautan ukhwah yang suci dan ikhlas kerana Allah swt....

DIRIKU BEGITU BERHARGA^^

 
Wanita ibarat bunga... cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara...
 
Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya...
kerana akhlak itu umpama bunga diri.
Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlak buruk. Tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu...
 
Ibarat bunga.. Ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya...
Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan...
Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar..
Tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya....
 
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.
 
Kerana itulah... Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah...
Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang berhemah..
sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya..
sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang...
dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya... 
 
Islam tidak membezakan kedudukan atau darjat seseorang samaada mereka wanita atau lelaki melainkan berdasarkan ketaqwaan mereka kepada Allah... 
 
Firman ALLah dalam surah an-Nisa', ayat 24 yang bermaksud... 

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun." 
 
Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya : 
 
"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."(HR Muslim) 

Thursday, April 28, 2011

PENGHIBUR HATIKU^^

Assalamualaikum wbt
Hari ni Alhamdulillah segalanya di dalam rahmat ILAHI. Di sini, if diri ni terasa kepenatan membuat kerja-kerja ofis, ade penghibur hati…. Nak tengok tak mereka2 yang menghibur kan hati ni….^^
Jom kite kacau mereka….



Meow tito dalam rumahnya….^^ ni dalam pc ku yang comel ni… jap ea, nak kacau meow…


Ha, terperanjat meow kene usik…hikhik…
Padan muka meow. Meow ni ade name tau… namenya ‘onie’…
Satu ‘onie’ ade kat rumah, satu lagi ade kat sini^^

Onie main lompat2^^. Shuke sangat onie….



Bile di belai, onie pun manje….jinak sangat…. 

 
 

Lapar ya sayang…. Meh mamam…. Shedap tak? Khusyuknya… tak ajak kite pun^^

 ha! tamau tangkap rerame tu....


hikhik...majuk ya...
ooo baling barang...
meh shini meh....


Waaaaaaaaaaaaaaaaaah…. Onie da ade kawan….
Eh! Mane Simba…?



Ha tu pun Simba^^
Tapi Simba malu nak main ngan onie…


Eeeee comel simba nak main ngan onie….
Onie ni sombong tau…


Alamak! Ade pengganggu la… Cabuuuuuuuuuuuuuuuut!............


Eeeeee shebuk jek….. ketepi-ke tepi…
Eh tak boleh…. ‘Assalamualaikum pak Qi’…hehe^^



Wek, padan muka….
Tu la…
Dengki kat onie sangat…hikhik


Lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiii…..



‘onie, jom lah, simba nak bawak gi jalan2’
“simba, tunggulah, kite jalan same-same ea”



“ha! Uiks, Onie mamam tak ajak Simba pun. Tak boleh ni, nak jugaaaaaaaaaaaaaaaaa”
Saye datang menyerang….hiaaaaaaaaaaah……!!!!!






“simba ni tak boleh tengok onie duk diam ea…..onie penat la simba…..”
ops terperanjat shaye...^^

TQ ONIE & SIMBA sebab menghiburkan hati ni^^







Monday, April 25, 2011

TINTAHATI 1 ~ KISAH ITU

Bermulanya sebuah TINTAHATI

Malam ini, duduk tundukku bertafakur.
Aku mencari ketenangan di sebalik kegundahan dan ujian yang berat buatku. Hatiku terdetik keinsafan Cintaku pada-MU ya Robbi. Tulus doaku untuk-MU. Tulus hatiku membisikkan kalimah cinta buat-MU. Aku rindu akan rayuanku pada-MU.

Saban malam ku meniti waktu
Saat yang belalu terusku tunggu
dikalainsan terus trlena
hatiku ini ingin teus berjaga

Dikala sepiku sendiri
mencari sinar dikegelapan malam
airmataku becucuran
kerna rindu ku yang tak pernah padam

Tangisanku mendayu-dayu
mengharap kasih dari yang satu
kutahucinta kuterbalas
kerna dialah pemilik cinta sejati
Oh Tuhan tunjukanlah jalan
merentai rasa cintaku
citra rindudan kasihku
yang kudambakan hanya untukMu

Usahlah Kau palingkan cinta
yang suci murni lagi sejati
kerna aku hanya ada sekeping hati
yang rapuh dan tak berdaya

Moga rinduku kan terubat
lantaran kasihMu yang murni
Tangisan rinduku
hanya untukMu.

Allahumma anta robbi
Zolam tu naf-si
Wa-ilam -ta'fiq-li
Wa-tar -ham -ni
La -aku-nan na minal-ko-si-rin

Allahummaantarobbi
a-an-ni-ni-ala -
Zikrika-Was-syu'rika
wa-husni-min-iba-datik

Allahumma antarobbi
tah-tim-ni-ya Allah
hus-hus ni ko-ti-mah
wa-la tah-tim-alaiya

Allahumma antarobbi
ta-qab-bal min-ni doa-in-ni
innaka-antas-samiul-a'lim
Wa-tub alaiya ya ALLAH in-naka
antas-samiul a'lim


Usai tadahan doaku pada-MU, kucapai A-Quran milikku untukku tambahkan ketenangan di hati ini. Di malam yang sepi itu, kualunkan kata-kata cinta dari pemilik Cinta itu. Hatiku terpaut akan kata-kata dari-NYA.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
Surah Al-Baqarah Ayat 216
Hatiku tenang ketika membacakan ayat tersebut. Sesungguhnya perancangan-MU amat halus, yang aku sendiri tidak terduga ini tertulis untukku.

“Ya Allah, aku redha akan segala ketentuan-MU pada hamba-MU ini. Kau ampunilah segala dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku.amin.”

Kualihkan kedudukan ku ke meja tulisku…Ku tatap bingkai gambar itu. Tersenyumku sendirian. Kisah itu tergambar di kelopak mataku. Rindunya aku akan kisah itu.

“Lepas main, mandi. Kemudian minum petang. Maghrib kita solat jemaah sama-sama. Ya?” lancar insan kesayanganku menruskan kata.

“Baik^^.hihi”. Aku menjawab tanpa banyak bicara.

Usai solat maghrib berjemaah bersama-sama, Al-Quran kucapai, ku tuntun langkah kecilku ke arah insan kesayanganku.

Itulah rutin harianku disuatu ketika dahulu sebelum aku melangkah dipilih oleh Allah untukku hidup berdikari di sini. Dan setiap kali kulihat Al-Quran itu, kisah itu pasti datang menemaniku untukku ukir senyuman bersama.

Ah, sudah lewat malam, aku harus tidur. Esok kuliahku pagi, takut-takut mengantuk pula di dalam kelas. Em… adakah masih ada kerja yang harus aku lakukan? Insya’Allah tidak ada dah. Aku meletakkan semula bingkai gambar itu, dan ku labuhkan diriku di katil setelah ku sangkutkan persalinan solatku di tempat yang khas yang telah ku tetapkan.  Malam itu hatiku tenang  setelah kuluahkan segalanya kepada-NYA. Alhamdulillah.

BERMULANYA SEBUAH TINTAHATI~NOVEL

Assalamualaikum wbt^^

Alhamdulillah, masih dikurniakan nikmat utkku menikmati udara-MU yang segar dan nyaman ini. Sampai sahaja diriku di sini, jari-jemari ini mahu mneruskan tarian di atas keyboard ni. Rindu? Wallahu'alam. Terima kasih pada sweet weekend^^.

Entry yang lepas

"Disaat wanita itu keseorgn, dtg seorg putera soleh mendekatinya lantas memimpin&membawanya ke suatu sudut lalu memberikan seteguk kasih sayang. Wanita yg kelihatan keletihan&sayu itu mendapat suntikan semangat utk terus menjalani kehidupan dimuka bumi Allah ini. Lelaki itu merawatnya dengan zikrullah beserta tarbiyah yg penuh dgn mujahdah krn akan bersama2 melayari bahtera utk meneruskan perjuangan utk zuriat2 dan anak2 "

adalah episod akhir sebuah novel TINTAHATI... Tak tahu dari mane utkku mulakan menulis. Insya'Allah akan ku tintakan di sini.. Akan kugagahkan jari-jemari ini mencoretkan cerita itu di sini.  Terima kasih padanya yang menyambung ceritaku. Pengakhiran yang sangat indah. Insya'Allah.

Buat masa ni,
masih tidak dapat ku coretkan novel itu di sini kerana kesihatan belum mengizinkan. Asif.
Tak selesa rasanya sambil menulis, batukku mengganggu emosi penulisanku. Insya'Allah, pabila sampai waktunya, keizinan dari-NYA, ia akan tercoret di sini buat tatapan semua termasuk zuriat keturunanku^^.

Terima kasih pada sebuah confirmation. I will do what you wish as long as there still in the right way; Syariah. Focus^^ 
Pabila sukar utk kita dapatkan sesuatu, ia pasti akan bernilai buat kita. Yang Allah nak kita tahu erti menghargai dan Allah nak kita rasa kebahgiaan hidup yang tidak terhingga.

Indahnya pagi ini.


Hasbi Robbi...
Jallallah..
Mafiqalbi...Ghairullah...
Nur Muhammad...
Sallallah...
La ila, Ha illallah...

suka dengar zikir ni... sejuk je hati ni....Thank You ALLAH

Friday, April 22, 2011

PICISAN & MAAFKAN DIRI INI

"Disaat wanita itu keseorgn, dtg seorg putera soleh mendekatinya lantas memimpin&membawanya ke suatu sudut lalu memberikan seteguk kasih sayang. Wanita yg kelihatan keletihan&sayu itu mendapat suntikan semangat utk terus menjalani kehidupan dimuka bumi Allah ini. Lelaki itu merawatnya dengan zikrullah beserta tarbiyah yg penuh dgn mujahdah krn akan bersama2 melayari bahtera utk meneruskan perjuangan utk zuriat2 dan anak2 "

Salam wbt....

Buat yang bertanya kenapa diri ini berhenti menulis......maafkan diriku....
Myra... maafkan ain andai ain berhenti menulis buat seketika. Tiada sebab, tiada apa...
pabila jari-jemari ini segar, minda dan akal segar, insya'Allah akanku sambung menulisnya kembali.
jari-jemari ini sentiasa merindukan tariannya di atas keyboard ini.Diri ini perlukan msa utk bermuhasabah...

PASRAH

TUHAN...
pada-MU aku pasrah
akur, alah dan menyerah
seluruhnya sudah pudar
cintaku kian tercalar
senjaku semakin dekat
di sumur dosa aku melarat
di hujung umur ku pasti kembali
sedang hatiku tak suci lagi.

TUHAN...
langkahku entahkan mati
mendaki kasih-MU nan tinggi
namun cintaku bukan palsu
walaupun sering terganggu
kekadang terasa sayang-MU
bersama kurnia hidayah
kekadang terasa murka-MU
seiring patahnya mujahadah

TUHAN...
Terlerai ribuan taubatku
terungkai semua janjiku
kataku sering mungkir
cinta-MU sering terpinggir
namun
aku masih setia mengemis di jendela usia
terus mencari wajah diri
menadah keampunan-MU, ILAHI

Thursday, April 21, 2011

SELAMAT TINGGAL

KU MEMOHON 10 JARI.
HARI INI KU KAN BERHENTI MENULIS...
MAAFKAN SEGALA KEKURANGAN KU KAN MENULIS PABILA HATI INI TERBUKA SEMULA.

SELAMAT TINGGAL