Tidak kusedar, jalan yang berliku telah kutempuh. Namun hati ini tetap redha pada ketentuan-MU. Allah lebih tahu segalanya. Kita yang harus membuat pilihan jalan mana yang harus kita pilih. Dalam hidup, pilihan terletak di tangan kita sendiri, dan ia adalah dorongan dari Allah buat kita.
Berjalanlah di muka bumi Allah swt ini dengan tenang dan sentiasa bersangka baik pada-NYA. Dalam sedar atau tidak, terlalu banyak yang kita lalui hinggakan kita sendiri tidak sangka itu yang kita telah lalui. Suatu ketika dahulu, kita juga tidak sangka apa yang akan jadi pada kita hari ini kan?
Pabila kukenangkan kembali, tersenyum sendirian. Rasa tak sangka, teruja, dan yang paling penting rasa diri ini bertuah kerana di pilih oleh Allah utk menempuh semua ni. Sekarang alhamdulillah, hati makin tenang, kehidupan makin tenang dan sentiasa terasa ada redhaNYA. Jika kita dahulukan Allah, Allah akan dahulukan kehendak kita.....^^
kehidupan seperti alam... Adaklanya mendung, panas dan hujan. tapi semua tu adalah lakaran dari Allah swt yang nak kita rasa apa itu susah, senang, sedih, dan gembira. sebabnya DIA nak kita menghargai kehidupan. Dan DIA nak kita merasai nikmat bahagia dariNYA yang tak terhingga. percayalah^^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment