Tuesday, March 8, 2011

MY SWEET ^^












SELAMAT HARI LAHIR 603


Buat yang mengenali...^^ Selamat Hari lahir...
Bila umur dah meningkat, kematangan pun perlu dipertingkatkan...
Maafkan pada segala kesilapan... ^^
Manusia memang biasa buat silap.
Tapi maafkan In ya....
mata ni suke sangat nak nangis... Tak boleh salah sikit...
hihi...
Itulah kekuatan wanita. Bukan kelemahan ya...
sometimes we need time to think. ...
But nobody perfect.

Makcik, pakcik, kakak, abang wan, japi...syukran sebab layan In macam family sendiri.
sedap mee bandung yang makcik buat, Lauk hidangan tengah hari pada 6hb3 hari tu. Kite gi maidin same-same, beli barang.
Terima kasih makcik dan pakcik sekeluarga.
Kek yang kakak buat sedap... tapi bile lah kakak nak buat kek velvet lagi. Sedap...
Moga tempahan kakak lebih mendapat sambutan ramai...
pada yang nak tempah, blogwalkinglah di sini http://de-serikandi.blogspot.com/
sedap sangat....



Selamat Hari Lahir,
Iringan Doaku hulur...
Bersyukur kepada-NYA,
Atas nikmat usia...


Monday, March 7, 2011

ALIF,TOK AYAH VS SOALAN CEPU MAS

Balik kampung juga In. seronok sebab dapat jumpe tok ayah dan tok mak tersayang. Siap dah sume keje hari ni. Alhamdulillah. Sambil-sambil menunggu minum petang dan hari senja, kami pun duduk lah di beranda. Sambil menghirup angin segar. Beruntung rumah di sebalik ladang getah. ^^. terasa kekampungan itu. Sejuk je rasa. Tengok tu, tok ayah.... duk bersilang kaki ea...







Sewaktu berdiri di tangga ini, di depan, sambil snap pic tok ayah di depan tadi, terdengar perbualan tok ayah dengan mak... Lambat betul otak ini berfikir waktu tu.


"Yang tu (In-saye), bile lagi?" tok ayah tanye pada mak.
Macam lah telinga ni tak dengar...^^ Mak senyum je. Mak pun jawablah yang sewajarnya. Tok ayah sambung lagi...."umur dah berapa dah"...
In jawab, tak ape lah tok ayah... sabar ya^^ ada la nanti ya...
Rupanya tok ayah dah plan. Macam-macam. Kat mane utk balai, masak dan macam-macam lagi utk hari bermakna In. Tok ayah ni, buat kite rase terharu sangat. Nak nangis je rase waktu Tok Ayah beritahu mak perancangan tok ayah. Tok ayah, sabar ya. akan Ain tunaikan harapan Tok ayah.
Terima kasih Tok Ayah...
Doakan Ain dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. amin



Seronok berhujung minggu bersama buah hati kecit ni. Main jeling-jeling die ya....
comel sangat.Eeee rase nak gigit pipit die yang  comel ni...
Puas dapat pegang Alif.
Kite g kfc same-same...makan kentang putar same-same kan?


Ya allah, peliharalah Muhammad Daniel Alif di dalam jagaan-MU. Bentuklah peribadinya ke arah peribadi seorang Muslim yang sejati. Sesungguhnya aku amat menyayanginya.
eee tomeynye

manje betul dgn atok ea

 
I MISS YOU SWEET ^^

Friday, March 4, 2011

HARI YANG SANGAT BUSY

Minggu ni saye amat busy. Semalam sahaja saye perlu buat story utk majalah and paper work. Tido lewat sahaja minggu ni. Mesej-mesej kawan-kawan malam tadi pun tak sempat saye nak reply. Maaf ya zi and lela... busy sangat. Stay rumah 'makcik' sampai hampir pukul 12 tgh malam. Alhamdulillah siap juga keje.

Bila hantar je, alhamdulillah, dapat pujian...^^ sukanya hati ni. Saye cuma buat ape yang termampu. Pagi ni dah seharian dari tadi duk je di office. busy utk becoming meeting. Walaupun saye tak terlibat dengan meeting, tetapi membantu membuat persediaan meeting. Letih juga. Tapi saye hepi. Sebabnyaaaaa...........

Hari ni saye mahu pulang bertemu bonda dan ayahanda tercinta...

Dan alhamdulillah hari ni juga rezeki murah. Maafkan ain mak, tak sempat nak call mak before solat jumaat tadi. Ain pun tak kuar rehat, duk office je, buat kerja. nanti malam ni kite cite panjang2 ya waktu nak tido sebelah mak nt ^^.

Insya'Allah, selagi jari-jemari ini sentiasa menari di atas keyboard ini, akan ada suatu yang akan dikongsi bersama semua...
 Selamat berhujung minggu semua ^^

Thursday, March 3, 2011

KEGUSARAN

Tak suka akan kegusaran hati... Ya Allah, berilah petunjuk kepada hati ini. Permudahkanlah jalan untukku. Berilah yang terbaik untukku dan juga utk agamaku... Redhakanlah hati ini.

Setiap kali jalan menuju kebaikan, pasti ada syaitan yang mengganggu. Tak suke macam ni... Mungkin ada hikmah semua ni kan...Ya Allah, hamba-Mu ini mengharap petunjuk dari-MU. hamba-Mu ini amat-amat mengharapkan-MU. Ya Allah, damaikan hatiku ini.

pabila mengingati-Mu, hati kecit ni rase tenang je. ^^....
 ikhlaskanlah hati ini. Jauhkanlah segala ujian yang hamba-Mu tak mampu menggalasnya.

Esok balik kampung... rindunya... tak sabar nak balik. Nantikan kepulangan ain ya....

Wednesday, March 2, 2011

BUAT BAKAL SUAMI

~SAJAK AMINAH QUTBI BUAT BAKAL SUAMI~

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.

Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.

*Aminah Qutb merupakan adik perempuan kepada tokoh terkenal Syed Qutb yg mati di tali gantung kerana ketajaman penanya

SAHABAT

Pabila kedengaran lagu deevotees "Sahabat", hati ni rase sebak sangat. Sesungguhnya hati merindui sahabat. Alhamdulillah, ade juga kami spend time bersama 2 weeks before. Emm...

"biarlah kita di pandang rendah di dunia ini, asalkan terhindar segala dosa di hari akhirat nanti."

^^ sebenarnya ayat dalam kurungan di atas adalah potongan hadith yang saye dengar hari ni di permulaan waktu bekerja tadi. Macam berkaitan dengan entry saye before ni. Emmm rindunya sahabat. Yang bersama di jalanNYA. Saye tak mengira siapa pun utk saye berkawan. Kerana saye juga tahu yang saye tidak sempurna. Dan saye kagum dengan siapa pun yang saye kawan and kenal. Dalam 5 minit pertama kita mengenali seseorang, carilah kebaikannya instead of keburukannya. Kerana first sight itu penting dalam menjalinkan sebuah persahabtan.

Syam, walau di mana syam berada, ain doakan syam tabah dan sentiasa di dalam lindunganNYA. Doakan Ain juga ya. kita ikut aturan Allah, jaga hakNYA, Allah akan jaga hak kita.

Salam sayang buat sahabat

Tuesday, March 1, 2011

RENDAH DIRI

Kenapa ya people alwez look at someone mistake? Apa lah salahnya kita saling mengingatkan bahawa kita manusia ini tidak sempurna. Dan apalah salahnya jika kita buat sesuatu perkara untuk kebaikan semua. Hari ni terasa hati ni kurang tenang. sesungguhnya saye benci pada kegusaran hati. Saye tak sukakan sifat dengki dan saling tak puas hati antara semua.
kita hambanya yang hina ini sering lupa akan ketidaksempurnaan kita kan? apa lah salahnya ada sikap rendah diri. Saling hormat menghormati antara satu sama lain dan sebagainya. Nobody perfect.
Kadang-kadang saye nak bersuara, tapi saye takde kekuatan.
Emm selagi saye di bumi Allah ini, saya just follow the flow yang telah ditetapkan Allah. Menjaga utk yang hak dan akan diberi hak kite nanti dariNYA.
Rendah diri......
Adakalanya insan merasa rendah diri kerana terlalu rasa dirinya hina. Adakalanya insan merasa rendah diri kerana bersikap sederhana. Tetapi saye pelik, ada juga insan yang sombong di atas muka bumi ini.
Wahai umat, bersangka baiklah pada setiap sesuatu yang terjadi. Bersangka baiklah dalam setiap perkara. jalankankanlah tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita dengan ikhlas. Bila tiada keikhlasan, hati rase penat, stress, dan sebagainya. Kerana apa? Kerana kemanisan berkat itu kita tidak dapat rasainya.
Sesungguhnya keberkatan adalah yang penting dalam kehidupan kita seharian.
Keberkatanlah yang menjadikan seseorang itu merasa bahagia dan ceria.
Saye sendiri pernah merasa rendah diri sangat-sangat. Tetapi saye tahu, Allah sentiasa di sisi. DIA sentiasa ada bersama hambanya yang bersabar. Bersabar di jalan Allah.
saye juga bukanlah sekuat mana, tetapi saye juga tujukan entry ini utk diri saye dan para pembaca. Sesungguhnya Cinta dan Kasihnya yang amat membahagiakan hati kecit kita ini....

Friday, February 25, 2011

MOODY.....

Minggu ni nak kata gembira pun tak, nak kata sedih pun boleh la. Tapi saye akan tetap ukirkan senyuman di wajah comel ni.... ^^ hikhik, perasan je comel. saye cuba utk melakar senyuman. Kenapa saye nak sedih kan? Allah ada. Hujan kat luar ni pun dah cukup dan membuktikan kesedihan saye sekarang. eeee tak perlu sedih-sedih la. Allah sayang kite lah hati kan?

"mak, mak................. ain rindu mak" :'(
"Ayah, ayah............ ain rindu ayah" :'(
"Tok mak, tok mak......... ain rindu sangat tok mak" :'(
"Tok ayah, tok ayah............ ain rindu ngan tok ayah" :'(

Usai siap sume keje, teringat pada mak, ayah, tok mak, dan tok ayah. Insya'Allah, Ain balik next week ya.

"mak.......... sabarla ya mak".
"Ayah......... ada hikmah semuanya ni".
"Tok mak............ janganlah sedih...pasti ada hikmah semua ni"

;'(..... emmm saye tak boleh sebut dan cakap pun tentang mak, ayah, tok mak dan tok ayah.
pasti bergenang airmata. Tapi saye tak boleh nanges, nanti saye malu dengan hidung merah naik lift nt.
tak pe lah, saye nangis dalam hati je....

Eeee ain dah besar lah, tak mau nangis-nangis k. saye tak dapat teruskan coretan ni sebab nanti lagi nangis....
Asif-asif (minta maaf).
selamat berhujung minggu semua....
Ain dah senyum balik dah....
Dun worry, Hati je kecit, tapi cepat ketawa n senyum balik....

Thursday, February 24, 2011

SABARLAH WAHAI TOK MAK, MAK , AYAH


Rindunya pada tok mak. Rindu sangat-sangat. Kenapalah hati ni rase rindu sangat pada tok mak. emm hanya saye, sahaja yang tahu. Sabarlah wahai mak dan ayah.
Pasti ada hikmah segala yang terjadi. jom kita doa yang terbaik buatnya.
Emm tok mak, percaya tak, Ain ade record suara tok mak mase ain call tok mak. Dan Ain simpannya dalam laptop ain. Sebab nanti bila Ain rindu-rindu, Ain akan dengar suara tok mak.

Walau sampai hujung nyawa pun, Ain tetap akan berada di sisi tok mak. Emmm best terasa pabila teringat waktu kecik. naik basikal same dengan tok mak. Kite jalan-jalan dalam ladang getah. Tok mak belikan jajan untuk ain. Yang paling seronok, Tok Mak suke sangat bercerita. Bila tok mak cite, mesti ade nasihat.
To mak lah yang ajar Ain mengaji. Ain tak pernah gi belajar ngaji tempat lain. Bila al-Quran di buka, teringat tok mak ajar ngaji... Rindunya
sampai kini, ain tak pernah jemu dengar cerita Tok Mak.

SALAM SAYANG BUAT TOK MAK


BERSENDIRIAN DAN MENDIAMKAN DIRI

Wahai hati....
Sabarlah dengan dugaan yang datang,
Bukannya Allah tidak tahu deritanya kamu,
Bukan DIA tidak tahu peritnya kamu,
Bukan DIA tak nak melapangkan kamu...
Kerana DIA amat sayangkan kamu.
MehnahNYA itu buat penghapus dosamu.


Wahai hati...
Ambillah berapa banyak pun masa yang kamu inginkan,
Bukan mudah utk melakar senyuman dalam keperitan,
Andai masa itu menenangkan,
Brbungalah si hati,
Yang tangis akan bertukar gembira,
Yang sukar akan bertukar mudah,
Yang pahit bertukar manis.


Wahai hati...
bertawakallah pada NYA selalu,
Sesungguhnya DIA merindukan rayuan darimu,
DIA merindukan warkah-warkah aduanmu,
DIA merindukan utk bertemu utk sentiasa ada denganmu.


Wahai hati...
Adakalanya aku ingin bersendirian,
Mendiamkan diri,
Tanpa siapa pun tahu apa yang kualami,
Sesungguhnya aku inginkan rahmah dariNYA.
Adakalanya juga,
Aku ingin ketawa tanpa siapa pun tahu setiap yang kualami...


Wahai hati...
Bersabarlah dengan ujian,
Wahai Allah, berilah petunjuk,
Tenangkanlah si hati kecil.

Wednesday, February 23, 2011

TERIMA KASIH, SELAMAT HARI LAHIR PAKCIK, TEMAN BARU

Semalam, saye dijemput oleh makcik dan kakak ke rumahnya yang takjauh dari rumah saye.... Family nya sambut besday abah dan termasuk saye sekali. Menu hidangan, pulut kuning, kari telur, nasi, sambal belacan, ulam, sayur, ikan goreng, "sum-sum" as desert.
Sangat sedap. first, saye makan nasi dulu sebab sambal belacan yang mnyelerakan. Lepas tu saye makan pulut kuning berserta kari telur. Kenyang... saye di layan seperti keluarga mereka sendiri. Kakak sangat baik. Makcik dan pakcik pun baik sangat. Kesian pakcik, riak wajah sangat penat selepas balik dari kerja.  Dengan tekanan di tempat kerja lagi. Tak pe pakcik, berkat kesabaran, Allah beri ganjaran yang berlipat ganda buat pakcik nanti.

Saye happy sebab saye seperti ada family di sini walaupun family jauh di sana... pada ketika itu, saye rindu pada mak dan ayah di sana. Saye nak jumpe mereka. Tapi hujung minggu ni family di sini sambut besday saye dan abah di restoran. Saye pun tak tahu di mana. Maknya yang dah berpesan pada saye supaya jangan balik kampung minggu ni, kerana ade makan-makan. Emm murahnya rezeki. Saye tak pernah sangka akan layanan yang baik seperti sekarang.

In nak ucapkan terima kasih pada mak, abah, kakak, abang wan, abang lali, dan zaf. Insya'Allah, di murahkan rezeki nanti, In nak belanja semua....

Semalam saye dapat kawan baru. Walaupun ianya lebih tua dari saye, saye happy dapat berkawan dengannya. Selalu mengingatkan saye tentang-NYA. Kami berkongsi minat yang sama. Suka sangat membaca buku2 motivasi dan islamik. Kami pun tak suke baca novel cinta-cinta ni... ^^

Saye rase saye cam die. Sebab kami selalu bertembung dalam LRT, gerak hati saye kuat mengatakan itu die^^. Saye je yang suke menyorok...hihi...

Kak Khadijah, I'm happy to be fren with you. Walaupun baru je kenal 2 hari, bagai dah lame kenal. Pasti ada maksud tersirat kenapa Allah mempertemukan saye dengannya... ^^

SUKENYE DENGAR ^^



Dah lame cari selawat atasmu ini utk background music blog ni. Jumpe juga akhirnya after request. Tersentuh je hati ni. Setiap mase nasyid ni terpasang je waktu saye buat keje di office. Emm lumrah hati kecik saye, sukakan ketenangan dan kabahagiaan.

Alangkah beruntungnya andai dapat bertemu dengan Rasulullah.

Bilakah saye dapat menjejakkan kaki di Bumi Makkah. Emm... rindunya mujahadah padaMU. Ya Allah, pelihara daku. Permudahkan aku dalam membuat sesuatu keputusan. Aku redha ape yang telah ditakdirkan utkku.
maafkan andai aku bukan hamba-MU yang terbaik. Tapi akan ku cuba utk menjadi yang terbaik.


Tuesday, February 22, 2011

SALAM SAYANG BUAT MAK, AYAH, ALONG, ADIK & ALIF...


Moga dalam mawaddah warrahmah ...
Salam sayang buat semua...

SUBURKAN KETAKWAAN



Alhamdulillah, dah sampai dah office. Rase tenang je pabila dengar I'tiraf ni. Hati tersentuh dan terpaut.
Ya Allah, sesungguhnya aku merindukan syahid di jalan mujahadah-MU.
Bagaimanakah harus aku meniti jalan ini.
Bagaimanakah utkku mengukir jalan mujahadah-MU bersama yang beriringan denganku?
Tunjukilah daku jalan yang lurus, jalan yang Kau redhai.
Dalam hati, selalu terkenangkan kata-kata mak.
"Sayang Allah dan diri".
terima kasih mak.
Emm...
Ya Allah,
izinkn aku utk menyentuh cinta-MU yang Agung dan suci.
Sesungguhnya imanku hanyalah selembar tisu,
yang kadang-kala terbang ditiup angin. Bimbinglah hatiku ke jalan-MU.
Maafkanku andai ku terleka seketika.
Lindungilah aku... lindungilah hati kecilku ini...