Thursday, February 24, 2011

BERSENDIRIAN DAN MENDIAMKAN DIRI

Wahai hati....
Sabarlah dengan dugaan yang datang,
Bukannya Allah tidak tahu deritanya kamu,
Bukan DIA tidak tahu peritnya kamu,
Bukan DIA tak nak melapangkan kamu...
Kerana DIA amat sayangkan kamu.
MehnahNYA itu buat penghapus dosamu.


Wahai hati...
Ambillah berapa banyak pun masa yang kamu inginkan,
Bukan mudah utk melakar senyuman dalam keperitan,
Andai masa itu menenangkan,
Brbungalah si hati,
Yang tangis akan bertukar gembira,
Yang sukar akan bertukar mudah,
Yang pahit bertukar manis.


Wahai hati...
bertawakallah pada NYA selalu,
Sesungguhnya DIA merindukan rayuan darimu,
DIA merindukan warkah-warkah aduanmu,
DIA merindukan utk bertemu utk sentiasa ada denganmu.


Wahai hati...
Adakalanya aku ingin bersendirian,
Mendiamkan diri,
Tanpa siapa pun tahu apa yang kualami,
Sesungguhnya aku inginkan rahmah dariNYA.
Adakalanya juga,
Aku ingin ketawa tanpa siapa pun tahu setiap yang kualami...


Wahai hati...
Bersabarlah dengan ujian,
Wahai Allah, berilah petunjuk,
Tenangkanlah si hati kecil.

No comments: